Beli Tiket Bas Ekspress Di Bus Online Ticket

Thursday, May 30, 2019

Zaman sekarang kalau boleh semua benda kita nak mudah. Mujur teknologi sekarang yang ada ni serba canggih. Teringat masa dulu-dulu belajar di asrama dan bila nak balik raya, terpaksa beratur di kaunter terminal bas untuk beli tiket bas. Kalau nasib baik, dapatlah beli tiket. Tapi kalau tiket dah habis, sia-sialah datang ke terminal bas. Belum cerita lagi kes-kes ulat tiket yang menjadi-jadi semasa musim raya. 

BusOnlineTicket Beli Tiket Bas Harga Murah
Sumber: pixabay.com

Samalah masa belajar di Pahang dulu, setiap kali hujung minggu aku akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Pahang. Sekarang ni dah tak payah nak pening-pening dan susah payah pergi kaunter tiket bas. Duduk dekat rumah pun dah boleh beli tiket bas. Satu laman online ticketing yang paling aku suka untuk buat pembelian tiket bas secara atas talian adalah BusOnlineTicket!

Banyak keistimewaan yang aku suka tentang BusOnlineTicket ni. Maklumlah aku ni boleh kata sebagai seorang pengguna bas ekspress tegar. Dah bermacam laman online ticketing bas yang aku guna dan macam-macam masalah yang aku pernah hadap dengan setiap laman web. Ada setengah laman tiket bas tu, selesai sahaja pembelian tiket dibuat sampai kesudah tak ada email e-tiket yang masuk. Sampai terpaksa aku hubungi support team diorang untuk trace balik pembelian aku dan dapatkan e-tiket aku. Memang melecehkan.

Pengalaman aku sepanjang dua tahun menggunakan laman BusOnlineTicket ni memang tak pernah mengecewakan. Berikut merupakan 5 sebab BusOnlineTicket menjadi pilihan aku setiap kali buat pembelian tiket bas secara atas talian.

Mudah

Mudah dan senang itu merupakan perkara yang paling aku utamakan dalam pembelian tiket bas. Mujur ada BusOnlineTicket yang sentiasa ada untuk aku beli tiket bas tak mengira waktu. Pukul 1 atau 3 pagi sekalipun pembelian tiket boleh dibuat.

24 jam tanpa batasan.

Servis yang ditawarkan

Di BusOnlineTicket bukan tiket bas sahaja yang dijual. Tempahan hotel, tiket train, tiket feri, servis airport transfer pun ada. Yang paling menarik di BusOnlineTicket adalah servis sewa bas (Charter Bus) juga disediakan. Misal kata, kalau nak berkumpul untuk hari keluarga dengan adik-abang dan sanak-saudara pun boleh dan tak jadi masalah dengan sewa bas melalui BusOnlineTicket ni. Sememangnya satu laman online ticketing yang menawarkan servis yang lengkap!

Sistem loyalty point

Ini adalah sebab utama yang paling aku gemarkan menggunakan BusOnlineTicket. Sistem loyalty point laman mereka menawarkan BOT Miles yang boleh ditukarkan kepada diskaun untuk pembelian seterusnya.
Setiap pembelian RM1.00 = 1 BOT Miles
Contohnya, pembelian tiket bas berharga RM24.00 akan memberikan 24 BOT Miles point ke dalam akaun kita. Bukan setakat dengan pembelian sahaja yang kita boleh dapatkan BOT Miles ni. Setiap selesai perjalanan, akan ada emel yang dihantar oleh BusOnlineTicket untuk kita rate perjalanan kita. Setiap rating yang kita beri akan memberikan kita sebanyak 30 BOT Miles. Memang berbaloi, setiap perjalanan yang kita beli melalui BusOnlineTicket membolehkan kita untuk mengumpul sehingga 70 BOT Miles sekaligus.

BOT Miles Point BusOnlineTicket dapatkan diskaun harga

Setakat sekarang, aku dah berjaya kumpulkan sebanyak 446 BOT Miles point di BusOnlineTicket. Untuk kadar pertukaran BOT Miles point kepada harga diskaun dalam pembelian tiket bas kita yang seterusnya adalah seperti berikut.
Kadar tebusan BOT Miles point BusOnlineTicket
Berdasarkan struktur tebusan dalam infografik di atas menunjukkan aku layak untuk tebus 300 BOT Miles point dalam pembelian seterusnya. Bayangkan kalau tiket aku ke Kuantan, Pahang yang berharga RM24.00 tolak dengan 300 BOT Miles = RM6.00, aku cuma perlu bayar sebanyak RM18.00 sahaja. Jimat dan berbaloi!
Harga Tiket = RM24.00
BOT Miles Point Redeem = -RM6.00
Harga Akhir Tiket = RM18.00
  

Banyak promosi

BusOnlineTicket memang tak pernah kedekut dengan promosi. Setiap bulan akan ada banyak promosi baru yang diberikan. Untuk setiap promosi yang ditawarkan boleh langsung disemak di Promosi BusOnline Ticket. Banyak promosi yang ditawarkan untuk pelbagai destinasi. Rajin-rajinlah semak ya!


Operator bas dipercayai

Perkara penting seterusnya untuk aku dalam buat pembelian tiket bas adalah operator bas yang dipercayai. Dah bermacam operator bas yang aku cuba dan cuma ada satu yang paling aku suka dan selalu pilih untuk perjalanan aku. LA Holidays ada bas yang paling aku suka. Setiap bas yang digunakan oleh syarikat LA Holidays adalah bas kategori eksekutif yang mempunyai dua barisan tempat duduk yang besar dan selesa. Tempat duduk bas LA Holidays terdiri daripada single seat dan couple seats. 

Sumber: https://picswe.net

Sekiranya korang buat perjalanan solo dan kebetulan semua single seat sudah ditempah jangan risau untuk tempah couple seat. Setiap couple seats mempunyai bahagian tengah yang menjadi pembahagi antara kedua tempat duduk. Jadi tak ada masalahlah terutama untuk penumpang perempuan. Sememangnya selesa!

LA Holidays juga merupakan antara salah satu operator bas yang menyediakan soket USB di tempat duduk bas. Jadinya sepanjang dalam bas tak perlu risau kehabisan bateri telefon bimbit. Cuma sediakan kabel USB sahaja dan kemudian korang boleh cas telefon bimbit korang. Nak cas powerbank pun boleh!

Bas LA Holidays juga menyediakan perkhidmatan wifi di dalam bas. Jadi bolehlah guna wifi di sepanjang perjalanan korang. Jimat data internet berbayar!

Kesimpulannya, BusOnlineTicket merupakan laman web serba lengkap yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan promosi yang memuaskan. Apa pun, terpulanglah kepada korang sama ada untuk menjadi pengguna yang bijak dan berhemah!

**Untuk ke laman web BusOnlineTicket dan membuat pembelian, klik pada mana-mana link BusOnlineTicket di atas.

Would you like to comment?

Get more nice stuff in your inbox!

@syakiersalleh

Disclaimer


All posts and images are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are allowed to be used in other third-party websites without a written consent from the website owner.