5 Sumber Idea Menulis Blog

Tuesday, May 14, 2019

Kekeringan idea merupakan masalah biasa kepada blogger. Terutamanya kepada blogger baharu. Oleh itu, pemilihan niche blog sangat penting bagi memastikan kelangsungan idea menulis di blog.

Dengan menetapkan niche blog dapat membantu kita untuk menulis tentang apa yang kita minati.

Kalau minat melancong dan selalu melancong ke luar dan dalam negara, jadikanlah travel sebagai niche blog. Ceritakan pengalaman dan perasaan ketika bercuti di dalam penulisan blog.

Seperti saya sendiri, saya memilih gaya hidup atau lifestyle sebagai niche blog. Ini membuatkan saya bebas menulis pelbagai topik yang saya minati di dalam setiap postingan blog.

Namun, saya juga selalu kekeringan idea dan kadang-kadang tak tahu untuk tulis apa di blog.

Bagaimana saya atasi masalah ini?


dapatkan idea untuk tulis blog

Di sini saya sertakan 5 sumber idea yang saya sendiri praktikan bagi mendapatkan idea menulis blog.


1) Blogwalking / Melawat Blog Blogger Lain

Blogwalking merupakan satu sumber idea yang baik. Menerusinya, kita dapat melihat contoh postingan daripada rakan blogger yang lain. Dengan membaca postingan mereka pasti dapat memberikan kita idea baru untuk menulis.

Sementara itu, kita juga dapat menambah kenalan blogger dan berbalas komen di post masing-masing. Follow dan subscribe blog-blog yang dilawati.

2) Media Sosial (Twitter / Facebook)

Kita selalu menghabiskan banyak masa di laman sosial setiap hari. Dan biasanya di platform media sosial ini banyak isu yang dibincangkan oleh netizen. Baik dari isu kesihatan mahupun tentang isu semasa.

Isu-isu ini bolehlah kita gunakan untuk membuat postingan baru di blog. Kupas isu itu menurut sudut pandangan atau perspektif kita sendiri. Misalnya kita setuju dengan sesuatu isu itu, terangkan sebabnya di dalam penulisan blog dan begitulah juga sebaliknya.

Berikan pendirian kita tentang suatu perkara secara menyeluruh. Boleh tambah baik penulisan dengan sertakan sekali kenyataan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.

3) Pinterest

Saya sangat sukakan Pinterest kerana menerusi laman ini saya dapat mencari artikel yang berkaitan dengan topik yang saya inginkan. Boleh kata, Pinterest adalah platform yang penting kepada blogger bagi menjana idea.

Sekiranya anda ingin mencari tentang sesuatu topik seperti "blogging ideas" ataupun "blogging tips" anda cuma perlu untuk masukkan dalam ruang carian di Pinterest. Kemudian Pinterest akan menyenaraikan sejumlah artikel berkaitan dengan topik yang anda cari. 

Anda boleh baca tajuk artikel daripada thumbnail bagi setiap artikel yang disenaraikan. Lihat dan pilih artikel yang relevan untuk di baca.


4) Keywords Tool

Keyword tool sepatutnya jadi teman baik kepada setiap blogger. Sebab melalui keyword tool akan meningkatkan lagi SEO blog kita. Ada tiga kepentingan SEO kepada blog melalui pencarian keyword yang tepat:

* Menjadikan post kita di antara hasil carian teratas

Setiap kali artikel kita disiarkan, enjin carian seperti Google akan membahagikan artikel kita mengikut frasa dan perkataan. Pengguna internet kebiasaannya akan menggunakan Google dengan menaip frasa dan ayat mudah ketika ingin mendapatkan sesuatu maklumat. Dengan kata mudah, lebih spesifik keyword yang kita gunakan, lebih mudah untuk enjin carian padankan dengan apa yang kita tulis dan apa yang dicari oleh pengguna internet.

* Menentukan revenue (Google Adsense)

Bagi setiap iklan yang dipamerkan di blog oleh Google Adsense adalah berdasarkan keyword yang diguna pakai dalam penulisan artikel di blog. Oleh itu, dengan penggunaan yang keyword yang tepat dapat membantu Google Adsense menyiarkan iklan yang releven kepada pembaca artikel kita. Ini akan meningkatkan peluang pembaca untuk klik pada iklan tersebut dan membantu kita menjana duit menerusi pengiklanan di blog.

* Meningkatkan traffic blog

Semakin mudah enjin carian menyenaraikan artikel di blog kita di dalam hasil carian maka makin mudahlah pembaca mencari blog kita. Akan lebih banyak trafik yang akan masuk ke dalam blog menerusi pemilihan keyword yang tepat.

Baca juga: Keyword Tool Percuma Untuk Blogger 


5) Pengalaman & Aktiviti Seharian

Untuk memudahkan kita dalam penulisan adalah lebih baik sekiranya kita mengunakan pengalaman sehari-hari kita. Penulisan akan jadi lebih baik dan mempunyai kualiti yang tinggi untuk dibaca.

Manakala bagi aktiviti seharian pula, terlalu banyak perkara yang boleh kita terjemahkan kepada idea penulisan di blog. Misalnya kita pergi menonton wayang cerita yang baharu ditayangkan, kita boleh tulis artikel review tentang filem tersebut. Begitu juga dengan pengalaman makan di restoran baru dan juga boleh tulis tentang buku dan novel yang baru kita baca. Penulisan menerusi aktiviti seharian begini selalunya akan mendapat lebih engagement daripada pembaca.

Inilah 5 perkara yang saya lakukan setiap kali kekeringan idea untuk tulis blog.  

Kalau dah tak ada idea untuk tulis apa-apa di blog, apa yang korang lakukan? 

Whould you like to comment?

  1. Eh tapi macam lama tak nampak

    ReplyDelete
  2. Hai Syakir! Selamat berpuasa. Bab menulis di blog ni memang kadang-kadang takde idea nak tulis apa. Hurmm..lagi satu malas pun iye jugak. HAHA!

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian. paling biasa nak cari idea sekarang hanya melalui media sosial je. mudah kan

    followed here #90

    ReplyDelete

Get more nice stuff in your inbox!

@syakiersalleh

Disclaimer


All posts and images are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are allowed to be used in other third-party websites without a written consent from the website owner.