Sunscreen & Sunblock Apa Perbezaannya?

Tuesday, February 19, 2019




Sekarang ini ramai orang sudah sedar tentang kepentingan pemakaian sunscreen dan sunblock terhadap kesihatan kulit kita. Tetapi masih lagi ada sesetengah pengguna yang masih keliru apakah perbezaan dan kelebihan kedua-dua jenis produk perlindungan kulit dari sinaran matahari ini.


Terminologi

Pada packaging sunscreen dan sunblock kita biasa lihat perkatan SPF digunakan. SPF itu merujuk kepada Sun Protection Factor yang digunakan untuk menentukan jumlah radiasi UV daripada sinaran matahari yang boleh membuatkan kulit seseorang itu terbakar atau sunburn. Terma lain yang juga kita biasa lihat pada produk ini ialah perkataan UVA dan UVB. A daripada UVA bermaksud Aging. Manakala B daripada UVB bermaksud Burning.

Ada cara mudah untuk menentukan SPF yang sesuai mengikut kulit kita sebelum membeli produk sunscreen atau sunblock iaitu dengan menggunakan formula ini:
SPF number × time to burn without protection = time to burn with protection
Contohnya;

SPF 15, masa terdedah kepada matahari 30 minit.
15 × 30 minit = 450 minit perlindungan (7 jam 30 minit)


Perbezaan Sunblock & Sunscreen

Secara amnya terdapat dua jenis losyen perlindungan matahari iaitu chemical dan physical.

Sunblock

Sunblock merupakan losyen perlindungan matahari jenis physical yang mempunyai kandungan organik dan bukan organik. Sunblock akan membentuk satu lapisan pada kulit untuk menghalang sinaran UV daripada merosakan kulit dengan memantulkan semula sinaran UVB tersebut. Produk sunblock kebiasaannya mengandungi bahan seperti octyl methoxycinnamate, octyl salicylate dan juga octocrylene.

Sunscreen

Sunscreen merupakan losyen perlindungan matahari jenis chemical. Ia akan menyerap ke dalam kulit dan akan memantulkan sinaran UVA sebelum ia sempat untuk mencecah dan merosakkan lapisan dermal pada permukaan kulit. Bahan aktif yang biasanya terkandung di dalam sunscreen adalah seperti zinc oxide dan titanium dioxide. Kedua bahan aktif ini berfungsi untuk memesongkan sinaran UV yang berbahaya daripada permukaan luar kulit.

Sunblock kebiasaannya diformulasikan untuk menghalang sinaran UVB dan manakala sunblock adalah untuk perlindungan daripada UVA. Untuk melindungi kulit kita sepenuhnya, sunscreen yang mempunyai formulasi perlindungan yang broad-spectrum yang akan melindungi kulit sepenuhnya daripada sinaran UVB dan juga UVA. Walaubagaimanapun, di pasaran sekarang sudah banyak produk yang mengandungi campuran kedua-dua sunblock dan sunscreen.

Berapa banyak nak guna?

Penggunaan losyen matahari yang dicadangkan adalah 1 ounce ataupon anggaran mudah dua jari. Kebiasaan orang cuma memakai sehingga 20% - 50% daripada jumlah sunscreen yang disarankan, yang secara tak langsung akan mengurangkan kualiti perlindungan yang diterima oleh kulit.

Secara idealnya, pakai sunscreen 30 minit lebih awal sebelum terdedah kepada matahari untuk penyerapan penuh.

Pemakaian semula atau tidak? 

Bergantung kepada keperluan dan jangka masa kita terdedah kepada sinaran matahari. Aktiviti harian kita juga mempengaruhi pemakaian losyen perlindungan matahari ini. Contohnya, kita akan berenang atau berpeluh dengan banyak, ini memerlukan pemakaian semula supaya kulit kita akan terlindung dari UVB dan UVA secara berterusan.

Untuk sesetengah kulit yang sensitif, kulit kita akan menjadi lebih baik kerana bahan seperti zinc oxide dan titanium dioxide adalah kurang merengsakan daripada bahan lain yang terkandung di dalam sunscreen.

Berikut adalah antara rekomendasi produk sunscreen dan sunblock yang boleh anda cuba. Klik pada butang "Buy" pada gambar untuk terus langsung ke pautan jualan.


sunscreen termurah di watsons



sunscreen termurah di watsonssunscreen termurah untuk kulit combination

sunscreen tak melekit tak ada white cast

sunscreen neutrogena bagus  
Semoga informasi yang dikongsi ini berguna untuk anda mula menjaga kesihatan kulit 😊

Whould you like to comment?

  1. Semoga informasi yang dikongsi ini berguna untuk anda mula menjaga kesihatan kulit 😊

    ReplyDelete

Get more nice stuff in your inbox!

@syakiersalleh

Disclaimer


All posts and images are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are allowed to be used in other third-party websites without a written consent from the website owner.