Semangat Yang Hilang & Permohonan Semula Adsense Dengan Domain Sendiri


Aku rasa perjalanan aku berblog dengan menggunakan khidmat Google Adsense ini memang berliku-liku. Aku dah pernah berkali-kali memohon untuk mendapatkan Google Adsense dan juga sudah pernah diluluskan. Tetapi disebabkan ketamakkan dan kurang pengetahuan aku di masa awal berblog dulu juga telah menyebabkan akaun Google Adsense aku di suspended kan. 

Sedih dan sangat sedih sebab masa itu akaun aku baru sahaja diluluskan selama 3 bulan dan selepas akaun aku dibekukan tiada lagi iklan-iklan dari Google Adsense yang boleh diletakkan dalam blog aku. Selama satu bulan jugak akaun aku dibekukan sebelum aku boleh memperlihatkan semula iklan Google Adsense ke dalam blog.

Baru sahaja akaun Google Adsense aku dibebaskan datang pulak idea dalam kepala aku untuk membeli domain sendiri. Konon-kononnya kalau aku beli domain sendiri akan dapat mencantikkan lagi URL blog aku supaya lebih pendek dan mudah untuk diingati tanpa ada perkataan blogspot itu.

Dan sememangnya keputusan aku untuk menukar kepada domain baharu itu juga satu kesilapan. Aku kurang peka bahawa sekiranya kita menukar domain baharu, maka kita perlu membuat permohonan semula akaun Google Adsense. Jadi usaha aku berbulan-bulan untuk meluluskan dan membebaskan akaun aku yang disekat sebelum ini berkecai sekali lagi.

Sepanjang aku menukar domain baharu itu ada jugak aku cuba untuk mohon berkali-kali untuk mendapatkan kelulusan akaun Google Adsense semula tapi haram nak lepas. Aku jugak ada baca dalam artikel-artikel blogger lain yang ramai mengatakan bahawa selepas menukar domain akan menyebabkan lebih sukar untuk blog korang diluluskan oleh Google Adsense. Padanlah muka aku.

Puas jugaklah aku fikir mana silapnya dan apa penambahbaikkan yang perlu aku lakukan untuk meluluskan blog aku ini. Sampailah satu hari itu aku dah betul-betul merajuk dengan Google Adsense yang jugak menjadi punca aku agak kurang aktif berblog untuk tahun 2016. Hampir setahun jugaklah akaun aku di suspended dan semangat aku untuk berblog pon dah makin pudar ditambah dengan kesibukan aku di universiti dengan banyak aktiviti.

Pada tahun 2017 pulak entah macam mana semangat aku untuk berblog itu datang balik dan aku fikir mungkin jugak sebab domain yang sedia ada sekarang aku ini perlu dibayar dan mendatangkan semula mood aku untuk berblog. Kemanisan yang paling manis aku rasa sepanjang berblog ini juga pada tahun 2017 yang menyaksikan blog aku untuk menang dua kontes yang berikan aku hadiah dan memori yang lumayan sebagai seorang blogger; kontes Traveloka I Need A Holidaylah! dan kontest Shopback Birthday Wish. (Kedua-dua artikel yang aku tulis untuk kontes ini adalah berbahasa Inggeris) 




Kemenangan aku ini memberikan aku kembali kepercayaan kepada diri aku sendiri yang rupanya aku ini masih lagi relevan dan mempunyai bakat untuk berblog. Sepanjang tahun 2017 jugak tidak sekali pon aku cuba untuk membuat permohonan ke Google Adsense sebab aku rasa dah muak dapat email disapproved daripada diorang.

Usaha aku yang seterusnya adalah aku cuba memperbanyakkan kesempatan untuk menulis blog dalam bahasa melayu dan membuat posting di blog sebanyak yang aku mampu untuk menambahkan pageviews dan trafik ke blog aku. Usaha aku ini ternyata bukan sia-sia kerana awal Januari 2018 lalu aku terdetik untuk memohon semula Google Adsense dan lepas beberapa hari menunggu email balas dari pihak mereka akhirnya aku diluluskan!

Hampir 2 tahun aku tunggu dan akhirnya apa yang pernah aku dapatkan dan hilangkan dapat aku tebus semula. Aku bersyukur sangat dan In Shaa Allah aku dah belajar dari kesilapan aku yang lepas dan yakin tak akan buat kesilapan yang sama untuk kali kedua.


Sekiranya korang juga sudah menukar domain baru dan ingin akaun korang diluluskan semula ini adalah apa yang korang perlu lakukan:

1. Log in akaun Google Adsense
2. Pilih tab My Ads
3. Pilih Other Products daripada dropdown list tab My Ads
4. Isikan url blog
5. Tunggu emel balasan dari Google Adsense 

Selamat berjaya dan terima kasih baca perjalanan blog aku dengan Google Adsense ye! 
Share: 11

Kelebihan Menggunakan Whatsapp Business Kepada Peniaga Online


Zaman sekarang ini kalau kita lihat telah banyak peniaga-peniaga online yang berkembang biak dengan menggunakan bermacam-macam platform sedia ada tak kiralah perniagaan kecil atupun besar. Sejujurnya perkara ini merupakan suatu yang positif dan patut diberikan galakkan.

Jadi dalam ingin memberikan galakkan, aku bercadang nak memperkenalkan aplikasi yang dirasakan akan dapat membantu para peniaga online di luar sana supaya dapat membantu dan memberikan pengalaman yang lebih efektif terhadap komunikasi di antara peniaga dan pelanggan atau konsumer.

Dalam artikel ini aku menerangkan fitur-fitur (feature) yang terdapat dalam aplikasi Whatsapp Business yang dapat membantu para peniaga online berkomunikasi dengan pelanggan mereka.


1. Perbezaan Logo

Seperti yang kita sedia maklum Whatsapp Messenger yang sering kita gunakan dalam kehidupan sehari-hari kita menggunakan logo telefon. Manakala Whatsapp Business pula menggunakan logo yang berhuruf B sebagai logo mereka.

2. Boleh Guna Nombor Rumah / Pejabat

Aplikasi Whatsapp Business dan Whatsapp Mesengger boleh digunakan dalam satu peranti (device) yang sama tetapi dengan menggunakan nombor yang berlainan.

Para pengguna Whatsapp Business boleh mendaftarkan nombor rumah atau pejabat mereka untuk menggunakan aplikasi ini.

3. Balas Mesej Secara Automatik

Kelebihan yang boleh didapati daripada aplikasi Whatsapp Business adalah para peniaga online dapat menetapkan balasan automatik sekiranya mereka mendapat soalan yang sama daripada pelanggan ataupun untuk meraikan pelanggan baharu mereka.

Fitur ini sememangnya efektif dalam penjimatan masa kepada peniaga online yang mempunyai banyak mesej yang perlu dibalas sekiranya dilakukan secara manual.

4. Lihat Statistik Terima Dan Hantar Mesej / Pesanan

Kebiasaan pengguna Whatsapp Messenger akan menetapkan untuk melindungi privasi mereka daripada orang lain; bluetick dan online. Tetapi menerusi Whatsapp Business para peniaga online akan dapat melihat statistik penerimaan pesanan mereka telah dibaca dan diterima atau tidak meskipun para pelanggan mereka menetapkan untuk melindungi bluetick mereka.

5. Memilih Kategori Perniagaan

Menerusi penggunaan Whatsapp Business, para peniaga online akan dapat menetapkan informasi perniagaan mereka. Antara yang boleh mereka lakukan adalah meletakkan informasi waktu operasi perniagaan, link laman web rasmi, lokasi perniagaan malah mampu menetapkan kategori perniagaan meraka.

Fitur ini dilihat dapat memberikan informasi yang berkesan dan mudah kepada para pelanggan dan menjimatkan masa mereka daripada perlu untuk mencari di carian internet berkenaan informasi sesebuah perniagaan.

6. Sistem Verifikasi

Seperti laman-laman sosial masa kini yang menggunkan sistem verikasi yang memberikan simbol tick berwarna biru kepada akaun-akaun, Whatsapp Business pun begitu juga. Akaun-akaun yang berdaftar di bawah Whatsapp Business perlu melalui ujian verikasi dan sekiranya Whatsapp Business sudah memverifikasikan akaun mereka akan diberikan simbol tick berwarna hijau.

"If you see a green badge next to the contact's name, it means WhatsApp has verified if the number is properly owned by the company", kata Whatsapp pada laman web rasmi mereka.

7. Mengkategorikan Pesanan / Mesej Masuk Dengan Label

Para pengguna Whatsapp Business boleh mengkategorikan pesana yang mereka terima dengan menggunkan label. Hal ini supaya komunikasi para peniaga online dengan pelanggan mereka akan menjadi lebih efisien dan juga lebih teratur.


Aplikasi Whatsapp Business ini sememangnya memberikan banyak kelebihan kepada para peniaga online. Jadi kepada semua para peniaga online tak perlu tunggu lagi dan silalah menggunakan kelebihan yang ditawarkan oleh aplikasi ini.

Whatsapp Business sekarang boleh di download di Google Play dan juga Play Store.

Selamat Mencuba!

Kredit kepada Kompas.com (Klik untuk artikel asal berbahasa Indonesia)
Share: 4

Get more nice stuff in your inbox!

@syakiersalleh

Disclaimer


All posts and images are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are allowed to be used in other third-party websites without a written consent from the website owner.