Berpandukan 5 tips yang aku akan senaraikan dan jelaskan sebentar lagi diharapkan dapat membantu serba sedikit persiapan dan menambah informasi sedia ada pembaca mengenai backpackers ke Indonesia.
1. Penjimatan Penginapan
Sekiranya merancang untuk backpackers ke Indonesia dan bercadang untuk berjimat bagi modal penginapan, menyewa kos merupakan solusinya. Terdapat banyak pilihan kos yang boleh dipilih dengan harga yang jauh lebih murah berbanding hotel.
Banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk mencari kos. Antara yang pernah aku gunakan adalah Mamikos. Melalui aplikasi ini kita dapat melihat dan mencari kos mengikut bajet dan keselesaan yang kita mahukan.
2. Pengangkutan Online Atau Pemandu Peribadi
Di Indonesia terdapat tiga jenis aplikasi yang boleh digunakan untuk menempah pengangkutan atas talian. Iaitu Uber, Grab dan Gojek (khusus Indonesia) yang masing-masing mempunyai pengangkutan motorsikal sendiri yang boleh anda pesan bagi penjimatan kos pengangkutan untuk pergerakkan jarak tempat yang dekat.
Manakala bagi perjalanan jarak jauh pula, dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mendapatkan khidmat pemandu (supir) bagi menjimatkan kos (kos kebiasaannya berdasarkan lokasi yang ingin dituju) dan keselesaan. Rata-rata bayaran supir di sana adalah tetap atas persetujuan di antara dua pihak dan kadar bayarannya pula jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga pengangkutan atas talian yang lain.
Merancang perjalanan jauh lebih awal merupakan perkara yang utama sekiranya membuat perjalanan ke lapangan terbang supaya anda tiba sebelum penerbangan pulang berlepas.
3. Sentiasa Peka dengan Keselamatan
Perlu sentiasa berhati-hati dengan orang-orang yang tidak dikenali di sana supaya perkara-perkara yang tidak diingini seperti ragut dan pukau dapat dielakkan.
4. Bawa Pakaian yang Minimum
Dengan membawa pakaian yang minimum juga memberikan anda ruangan yang banyak untuk dimuatkan dengan cenderahati untuk dibawa pulang.
5. Pembelian Train Pass Melalui Aplikasi
Ini kerana dapat mengelakkan anda bersesak di stesen kereta api untuk membeli tiket dan anda dapat merancang perjalanan dengan lebih baik. Setiap Train Pass yang dibeli secara atas talian perlulah di print di stesen kereta api melalui printer yang disediakan di stesen.
Rata-rata perjalanan kereta api diantara bandar di Indonesia adalah 8 jam. Terdapat tiga jenis tiket train yang boleh anda beli mengikut keselesaan anda; Eksekutif, Business dan Ekonomi. Untuk keselesaan dan penjimatan masa disarankan untuk memilih train Eksekutif terutamanya bagi perjalanan jarak jauh.
Travel merupakan perkara yang menyeronokkan! Banyak pengalaman yang dapat ditimba semasa melancong. Semoga tips di atas ini dapat membantu dan memberikan pembaca sedikit informasi untuk backpackers ke Indonesia.
Selamat bercuti.
Would you like to comment?