Cara Beli Tiket Kereta Api Indonesia di Traveloka
Tiket kapal terbang? Checked!
Hotel dan penginapan? Checked!
Itinerary travel? Checked!
Tiket train? Ehh macam mana nak beli?!
Mesti ramai yang sudah merancang dan bakal merancang nak bercuti di Indonesia kan? Pasti ramai jugak yang nak tahu caranya macam mana nak beli tiket kereta api Indonesia. Jadi jangan risau dan jangan ragu sebab dalam post ini aku akan beritahu tentang cara-cara untuk buat pembelian tiket kereta api Indonesia supaya perjalanan travel korang yang nak menjelajah setiap pelusuk Indonesia berjalan lancar.
Jadi apa yang korang perlu ada?
1. Aplikasi Traveloka
Beruntung kita semua dengan adanya aplikasi yang memudahkan hidup macam Traveloka ni. Aplikasi Traveloka ini korang boleh download di Google Play bagi pengguna Android dan bagi pengunaan Apple boleh download aplikasi ini di Play Store.
Dah siap download & install?
2. Tukar Setting di Aplikasi Traveloka
Untuk membolehkan korang mengakses carian tiket kereta api di Traveloka yang pertamanya korang perlulah menukar setting di aplikasi Traveloka. Tukar country kepada Indonesia.
Nah! Sekarang korang dah boleh akses carian tiket train Indonesia.
3. Pilih Destinasi
Sekarang tunggu apa lagi, korang silalah pilih destinasi yang telah korang rancang dalam itinerari masing-masing. Dalam perjalanan travel aku yang lepas aku dah gunakan khidmat kereta api Indonesia ini untuk travel dari Surabaya - Bandung - Yogyakarta - Surabaya.
Travel menggunakan kereta api ini memang agak memakan masa lebih lebih lagi kerana jarak perjalanan di antara bandar di sana yang agak jauh. Perjalanan aku yang lepas dari Surabaya - Bandung mengambil masa kira-kira 15 jam. Dan aku memilih untuk beli tempat duduk di gerabak ekonomi. Sumpah taubat dan hampir nak kematu punggung aku dibuatnya!
Nak selesa tak?
4. Pilih Jenis Tiket
Kalau perjalanan korang itu melibatkan destinasi yang jauh-jauh aku sarankan untuk korang pilih tiket eksekutif ataupun business class. Kalau tiket economy class tempat duduknya duduk bertiga dan agak crowded dengan segala macam manusia. Gerabak ekonomi jugak akan berhenti di setiap hentian stesen kecil dan ini pastinya menambah masa bagi perjalanan korang.
Bagi gerabak business class pulak lebih kurang seperti di gerabak economy class cuma tempat duduknya duduk berdua. Agak selesa dan kurang manusia. Kalau nak lagi selesa? Pilihlah eksekutif, siap ada kerusi yang boleh ubah kedudukan dan jugak screen di depan kerusi. Gerabak tiket eksekutif juga akan lebih cepat kerana ianya tidak berhenti pada stesen-stesen kecil tetapi hanya stesen-stesen besar sahaja. Nak selesa dan cepat? Jadi pilihlah eksekutif.
Perjalanan 15 jam? Bateri handphone dah nak habis?
Jangan risau dan jangan gusar. Setiap tempat duduk disediakan dengan plug yang membolehkan korang untuk caj handphone masing-masing. Nak tengok movie dekat laptop pon boleh tau!
5. Isi Maklumat Penumpang
Di bahagian sebelum nak check out bagi buat pembayaran nanti, korang akan diminta untuk isi maklumat penumpang. Jadi isilah nama penuh dan nombor passport korang. Kalau nombor kad pengenalan atau IC korang tak diterima okay.
Info tambahan: Di Indonesia, kad pengenalan dipanggil Kartu Tanda Penduduk (KTP).
6. Buat Pembayaran
Setelah selesai memilih dan mengisi info tiket kereta api tibalah masanya untuk korang membuat pembayaran. Apa yang menarik bagi aku adalah pembayaran tiket kereta api Indonesia melalui aplikasi Traveloka amatlah memudahkan tahu!
Terdapat banyak pilihan pembayaran yang disediakan oleh Traveloka. Tetapi mengikut kesesuaian aku rekomendasi tiga pilihan daripada jumlah pilihan pembayaran yang ada.
- ATM Transfer
Sekiranya korang baru beli tiket kereta api Indonesia di sana antara pilihan yang boleh buat untu lakukan pembayaran adalah dengan cara ATM Transfer. Buat yang beli masa dekat Malaysia jangan pulak pilih pilihan ni, karang puas pulak korang nak merayau pelusuk Malaysia cari bank-bank Indonesia; BNI, BRI dan macam-macam lagilah.
- Debit Card & VISA atau MasterCard
Pilihan ini aku rasa lebih umum sebab boleh dikatakan majoriti manusia dewasa ada debit card melainkan korang duduk dalam gua dan masih berburu binatang-binatang liar dihutan untuk dibuat sup bagi makan malam. Mudah dan cepat.
- CIMB Clicks
Ini merupakan pilihan yang sesuai untuk pengguna-pengguna dan pelanggan CIMB. Dengan beberapa click aja korang dah pun berjaya buat pembayaran.
Jadi di antara ketiga-tiga pilihan pembayaran ini korang pilihlah ikut kemampuan ya!
7. Simpan E-Ticket (Barcode)
Dah bayar? Nanti pihak Traveloka akan emailkan e-ticket kereta api korang. Jadi nak buat apa dengan e-ticket ni? Simpan!
E-ticket ini korang akan perlukan untuk discan barcodenya nanti di stesen untuk print boarding pass. Pastikan screenshot atau pon nak lagi selamat print e-ticket tu ye.
Semoga menerusi apa yang aku kongsikan di sini dapat membantu perancangan korang untuk bercuti di Indonesia mengunakan Kereta Api Indonesia (KAI). Jangan lupa jugak berterima kasih kepada Traveloka kerana menjadikan semuanya bisa!
Traveloka? Pasti bisa!
Psst! Ini bukan artikel berbayar ye.
Bacaan yang berkenaan: 5 Tips Backpackers di Indonesia
5 Tips Backpackers Di Indonesia
Berpandukan 5 tips yang aku akan senaraikan dan jelaskan sebentar lagi diharapkan dapat membantu serba sedikit persiapan dan menambah informasi sedia ada pembaca mengenai backpackers ke Indonesia.
1. Penjimatan Penginapan
Sekiranya merancang untuk backpackers ke Indonesia dan bercadang untuk berjimat bagi modal penginapan, menyewa kos merupakan solusinya. Terdapat banyak pilihan kos yang boleh dipilih dengan harga yang jauh lebih murah berbanding hotel.
Banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk mencari kos. Antara yang pernah aku gunakan adalah Mamikos. Melalui aplikasi ini kita dapat melihat dan mencari kos mengikut bajet dan keselesaan yang kita mahukan.
2. Pengangkutan Online Atau Pemandu Peribadi
Di Indonesia terdapat tiga jenis aplikasi yang boleh digunakan untuk menempah pengangkutan atas talian. Iaitu Uber, Grab dan Gojek (khusus Indonesia) yang masing-masing mempunyai pengangkutan motorsikal sendiri yang boleh anda pesan bagi penjimatan kos pengangkutan untuk pergerakkan jarak tempat yang dekat.
Manakala bagi perjalanan jarak jauh pula, dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mendapatkan khidmat pemandu (supir) bagi menjimatkan kos (kos kebiasaannya berdasarkan lokasi yang ingin dituju) dan keselesaan. Rata-rata bayaran supir di sana adalah tetap atas persetujuan di antara dua pihak dan kadar bayarannya pula jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga pengangkutan atas talian yang lain.
Merancang perjalanan jauh lebih awal merupakan perkara yang utama sekiranya membuat perjalanan ke lapangan terbang supaya anda tiba sebelum penerbangan pulang berlepas.
3. Sentiasa Peka dengan Keselamatan
Perlu sentiasa berhati-hati dengan orang-orang yang tidak dikenali di sana supaya perkara-perkara yang tidak diingini seperti ragut dan pukau dapat dielakkan.
4. Bawa Pakaian yang Minimum
Dengan membawa pakaian yang minimum juga memberikan anda ruangan yang banyak untuk dimuatkan dengan cenderahati untuk dibawa pulang.
5. Pembelian Train Pass Melalui Aplikasi
Ini kerana dapat mengelakkan anda bersesak di stesen kereta api untuk membeli tiket dan anda dapat merancang perjalanan dengan lebih baik. Setiap Train Pass yang dibeli secara atas talian perlulah di print di stesen kereta api melalui printer yang disediakan di stesen.
Rata-rata perjalanan kereta api diantara bandar di Indonesia adalah 8 jam. Terdapat tiga jenis tiket train yang boleh anda beli mengikut keselesaan anda; Eksekutif, Business dan Ekonomi. Untuk keselesaan dan penjimatan masa disarankan untuk memilih train Eksekutif terutamanya bagi perjalanan jarak jauh.
Travel merupakan perkara yang menyeronokkan! Banyak pengalaman yang dapat ditimba semasa melancong. Semoga tips di atas ini dapat membantu dan memberikan pembaca sedikit informasi untuk backpackers ke Indonesia.
Selamat bercuti.
Langgan:
Catatan (Atom)