Kenapa booking hotel di Agoda.com berbaloi?

Kenapa perlu tempah hotel secara online sebelum percutian?

1) Penjimatan masa dan wang - tempahan hotel secara online lebih mengguntungkan kerana adanya website seperti Agoda.com yang memberikan harga menarik menerusi pelbagai promosi dan diskaun.
2) Memudahkan dan fleksibel - anda boleh menempah bilik hanya dalam beberapa klik sahaja secara online berbanding perlu walk-in setiap hotel dan buat perbandingan harga.
3) Tempahan saat akhir - dapat memudahkan anda mencari bilik-bilik kosong sambil membanding harga dari hotel-hotel yang berbeza untuk anda buat pilihan.

Kalau nak bercuti di Asia Tenggara, website paling berbaloi untuk booking hotel adalah menerusi Agoda.com!


hotel murah book thailand malaysia sabah sarawak indonesia
Sumber


Nak pergi bercuti dan dapatkan tawaran harga hotel yang menarik? Semestinya dia Agoda.com.

Jika percutian anda di Asia Tenggara, booking hotel menerusi Agoda.com adalah amat digalakkan. Agoda.com mempunyai banyak pilihan hotel dengan harga yang menarik dan murah.

Website Agoda.com juga merupakan website yang user-friendly. Di mana anda akan memahami navigasi dan cara menggunakan website tersebut walaupun buat kali pertama.

Menerusi Agoda.com juga kebiasaannya akan ada insider deal; dimana anda akan ditawarkan lagi dengan harga yang murah. Di Agoda.com harga yang dipaparkan adalah per night dan bukannya jumlah harga berdasarkan bilangan hari anda menetap di hotel.

Agoda.com juga memberikan jaminan sekiranya anda mendapati dari mana-mana sumber yang memberikan rate hotel yang lebih rendah di Agoda.com, boleh hubungi mereka sendiri untuk anda diberikan harga yang sama anda dapati melalui sumber.

Sistem points yang diperkenalkan Agoda.com juga membantu anda dalam penjimatan tempahan hotel. Anda akan mendapat reward points bagi setiap tempahan hotel menerusi Agoda.com; 1USD = 20 points. Jumlah reward points yang anda kumpulkan boleh digunakan untuk pengurangan harga bagi tempahan seterusnya di Agoda.com.

Anda juga akan memperolehi 500 reward points bagi menulis review hotel yang anda menginap. Seronokkan?

Untuk setiap tempahan, Agoda.com akan hantar email pengesahan tempahan anda. Mudahkan?

Let's travel;

Untuk memudahkan anda; boleh terus booking di sini:


Share: 1

Matahari dan Pulau di Phuket, Thailand

Pasti ramai yang gemar untuk travel (melancong) tapi masih belum berani. Tak kiralah pergi travel dengan kawan-kawan ataupun keluarga. Travel ini satu aktiviti yang menyeronokkan dan membuka minda.

Ini adalah itineri ringkas (ringkas ke?) percutian 5 hari 4 malam saya ke Phuket, Thailand.





23 Januari 2017 (Hari Pertama)
Flight kami pada pukul 6.05 petang, menaiki Air Asia (sentiasa tambang murah dan menjimatkan). Bertolak dari rumah dan sampai ke KL Sentral pada 4.00 petang dan mula menaiki ERL Transit untuk ke KLIA2.

Saya tak memilih ERL Ekspres ke KLIA2 kerana soal KOS!

Sebaliknya kami pilih untuk jimat dan menikmati masa yang sedikit lama dalam ERL!

Saya gunakan ERL Transit; 


KL Sentral - Putrajaya - KLIA2!

KL Sentral - Putrajaya = RM14

Putrajaya - KLIA2 = RM9.40

Nak lagi jimat?
Sertakan sekali Kad Siswa (jika ada) dan dapat harga diskaun sehingga RM10 dari jumlah kos perjalanan menggunakan ERL Transit. Nak lagi jimat boleh naik bas ke KLIA2, RM12 tapi memakan masa sedikit perjalanan ke sana.

Sesampai di stesen ERL KLIA2, jam tepat pada pukul 5.45 petang. Kami cuma punya 20 minit saja untuk urusan check-in dan masa tu telah pon boarding. Kami berlari sebaik saja pintu ERL terbuka. Jauh jugak perjalanan larian kami dengan luggages dan backpacks berat kami untuk check-in di Kaunter Air Asia. Bayangkan berlari macam orang tak betul dekat KLIA2 yang penuh dengan macam-macam orang. Masa itu dah tak fikir apa asalkan kami tak terlepas flight! *lap peluh sekejap*

Selesai check-in kami teruskan larian untuk semakan bagasi dan backpack di kastam dengan gunakan laluan staf untuk elakkan beratur sebab kesuntukkan masa. Lari punya lari sempat jugak kami sampai di gate L05 tepat jam 5.55 petang. 10 minit sebelum flight kami berlepas. Memenatkan dan melegakan!

Disebabkan kelaparan dan habis tenaga digunakan untuk berlari tadi, saya pesan in-flight meals Air Asia.

Nasi Dagang with Chicken Curry - RM15
Coca-cola - RM5
* menu kegemaran saya dan sangat saya recommend!*

Nak lebih jimat?
Order online 24 jam sebelum penerbangan ada kombo makanan + minuman. Lagi jimat!

Tiba di Phuket International Airport setelah selesai kastam dan imigresen, saya dapatkan simkad tempatan AIS 4G.

Gadis-gadis Thailand di kaunter beri kami offer yang agak menarik. Saya dapat tawaran 5.5GB speed internet untuk 7 Hari dengan harga 199Baht (rate semasa: 0.1254 x 199 = RM24.95). Tapi pakej ini bukan unlimited dan kami rasa cukup berbaloi kerana penggunaan internet yang lebih kami gunakan wifi di hotel.

Nak tips jimat?
Kena pandai bodek pekerja di kaunter untuk dapatkan pakej telco yang lebih jimat!

Kemudian kami ambil van untuk ke hotel kami di Patong, Beach. Kos satu kepala 180Baht (RM 22.57). Bertolak dari lapangan terbang antarabangsa Phuket dalam pukul 10 malam lebih kami sampai di Tiger Hotel Complex, Patong Beach selepas satu jam perjalanan.

Hotel kami ialah Tiger Complex Hotel berdekatan dengan Bangla Road. Dan kami dapat rate terhebat menerusi Agoda.com dengan RM160/semalam untuk 5 Hari 4 malam + breakfast.

Nak tips jimat?
Booking hotel anda melalui Agoda.com. Banyak pilihan dan tawaran hebat untuk dipilih. Booking hotel sebelum percutian untuk elakkan rate yang tinggi dan memudahkan pergerakan anda dari lapangan terbang.

Kenapa booking hotel di Agoda.com lebih berbaloi? 

24 Januari 2017 (Hari Kedua)
Setelah selesai sarapan di hotel kami ambil peluang berjalan ke Bangla Road yang hanya 500 meter dari hotel kami menginap. Tujuan kami berjalan di sekitar Bangla Road; untuk cari pakej Island Hoping, kami pilih pakej Phi Phi Island dan cari agen sewa motor untuk kami ronda-ronda di pelusuk Phuket.

3 skuter yang kami sewa dengan rate 250Baht (RM31.35) untuk setiap motor / hari. Dan harga gasoline / minyak motor di Thailand sangat mahal, rata-rata jual pada harga 40Baht (RM5.02) / liter. Dan di Thailand sangat jarang kita lihat stesen minyak, jadi nak tak nak kenalah isi minyak di tepi-tepi jalan di Phuket. 

Tips jimat?
Kalau jumpa mana-mana stesen minyak di Phuket seperti Caltex saya sarankan isi terus full tank kerana rate harganya lebih rendah; 26Baht (RM3.26) /liter juga bergantung pada jenis minyak.

Jangan sewa motorsikal di Thailand! (akan datang)

Untuk Island Hoping pula kami sepakat untuk memilih pakej Phi Phi Island. Harga yang kami dapatkan adalah 1200Baht (RM150.48) satu kepala untuk 5 orang. Tawaran yang agak baik bagi kami. Saya cadangkan pilih pakej yang menaiki speed boat untuk lebihkan masa anda di pulau dan percepatkan perjalanan di antara pulau ke pulau.

Nak tips jimat?
Anda boleh dapati banyak agen-agen pelancongan ke pulau yang ada di sekitar Phuket dan harga yang ditawarkan juga berbeza bergantung pada pakej dan jenis pulau. Untuk dapatkan harga rendah; daftar dengan bilangan yang ramai (kelebihan bercuti secara berkumpulan dengan kawan-kawan) ataupun gunakan skil tawar-menawar anda.

Seterusnya pada hari kedua ini, kami pergi meronda menggunakan skuter di sekitar Phuket, melawat di Kata Beach, Promthep Cape Viewpoint, Big Buddha, Phuket Old Town dan banyak lagi tempat-tempat menarik di Phuket.

Untuk pergi bersiar-siar ini kami isi minyak full tank di Caltex dengan harga 100Baht (RM12.54) + 100Baht yang kami isi di tepi-tepi jalan sebelum memulakan perjalanan.

Untuk isi perut pulak kami singgah di 7Eleven di terdapat di merata-rata di Phuket. Kami spend untuk roti dan air. Anggaran jumlah seorang 80Baht (RM10.03) bergantung kepada apa yang ada beli ye.

Apa yang ada di 7Eleven di Phuket? (akan datang)

Pengalaman bersiar-siar dengan skuter di Phuket. (akan datang)

Kemudian kami pulang semula ke hotel untuk kemas diri dan keluar makan malam. Kami makan di kedai Arab yang berada di sekitar Bangla Road.

Kami pesan Chicken Tom Yam 300Baht (RM37.62) nasi kosong 5 pinggan 25Baht (RM3.14)/ pinggan dan juga air 40Baht (RM5.07)/ tin.

Tips jimat?
Boleh beli makanan segera seperti spaghetti, nasi kosong, nasi ayam dan macam-macam lagi yang boleh anda dapati di 7Eleven di Phuket. Boleh minta staff mereka untuk panaskan makanan anda dan terus makan bila balik ke hotel.

25 Januari 2017 (Hari Ketiga)
Selepas sarapan di hotel kami menggunakan baki masa yang ada untuk terus explore tempat-tempat di sekitar Patong Beach dan kami tiba di Paradise Beach, tempat baharu dan masih kurang pelancong yang ada dan terletak jauh di atas bukit yang dapat lihat keseluruhan pantai Patong. Tempat ini agak eksklusif dan sesuai untuk orang yang pergi honeymoon. Kami sempat ambil beberapa gambar menarik dan belajar naik surfing board sebelum pulangkan semula skuter.



Hari ketiga kami banyak bersiar-siar di sekitar Patong Beach dan Bangla Road. Kami banyak mencuba makanan-makanan yang di jual di tepi jalan seperti pancakes bermacam perisa 100Baht (RM12.54) tak lupa jugak ice-cream goreng yang jugak berharga 100Baht. 


Untuk makanan seperti sotong panggang pun dan sangat murah untuk didapati di Phuket. Cumanya anda perlu was-was dengan jualan mereka yang lain. Lebih baik beli pada penjual yang hanya jual seafood untuk elakkan kepada makanan-makanan yang haram.

Tak lupa jugak kami sudah mencari sedikit buah tangan untuk bawa balik di KL. 

Selepas dinner di sebuah kedai makan yang agak jauh sedikit yang agak berbaloi berbanding kedai arab yang kami makan sebelum ini. Jumlah makan malam kami pada malam itu dalam anggaran 650Baht (RM81.51), agak berbaloi dengan portion makanan yang agak banyak.

Sebelum balik ke hotel kami cuba thai massage untuk harga 300Baht (RM37.62).

Tips Jimat?
Gunakan skil tawar-menawar anda ketika berjual beli dengan peniaga dia Phuket. Mulakan harga rendah yang paling munasabah. Semoga berjaya!

26 Januari 2017 (Hari Keempat)



Seperti yang ditetapkan, tepat 7.30 pagi kami tunggu di lobi hotel untuk pergi ke Island Hoping yang telah kami rancangan.

Banyak perkara-perkara yang kami dapati sepanjang Island Hoping di Phi Phi Island. Dan kami pulang semula ke hotel pada pukul 5 petang. Untuk bacaan lanjut tentang pengalaman Island Hoping saya di Phi Phi Island (akan datang) akan saya sediakan hyperlink kemudian.

27 Januari 2017 (Hari Kelima)
Selesai sarapan di hotel, kami teruskan bersiar di sekitar hotel untuk sambung cari buah tangan di Bangla Road sebelum berangkat pulang semula ke lapangan terbang. Kami sempat mengambil gambar di beberapa lokasi menarik di sekitar Patong Beach dan berjalan-jalan bersiar-siar di tepian pantai patong.

Kami bertolak dari lobi hotel ke airport pada pukul 4.45 petang dan sempat minta pemandu kami singgah di kedai makanan halal untuk beli sup daging dan nasi kosong untuk kami makan di lapangan terbang.

Harga sangat berbaloi untuk portion yang banyak. Jumlah dua bungkus sup daging dan 5 nasi putih dan jugak 5 bungkus air adalah 400Baht (RM50.16).

Kami jugak sempat belajar beberapa frasa dalam bahasa Thai dengan pemandu van kami. *hari terakhir baru nak belajar LOL*

Kos van untuk pergi ke Lapangan Terbang Phuket kami tempah melalui hotel dengan harga 1100Baht (RM137.94) yang memakan masa satu jam perjalanan.

Flight kami berbeza; ada kawan yang flight 6.30 petang dan flight saya pada pukul 9.15 malam. Flight saya ditunda pada pukul 10 malam dan saya selamat sampai di KLIA2 pada pukul 1 pagi, 28 Januari 2017.

Saya naik bas untuk ke KL Sentral dari KLIA2 pada harga RM12 dan bertolak pada pukul 2 pagi dan sampai pada pukul 3 pagi di KL Sentral.

Selamat bercuti!
Share: 12

Kebahagiaan Kecil Sepenamat Januari

Tak terasa telah tamatnya Januari dan tanpa sangka udara Februari sudah kita hirup. 31 hari kiranya Januari - bagaimana rasanya menjalani bulan pertama di tahun ini? 

Aku percaya meski banyak hal-hal yang telah dirasakan; bersilih ganti manis dan pahit berlaku. Dua rasa penting yang mencorak kehidupan tiap-tiap manusia. Seperti kopi yang rasanya pahit dan gula putih manis yang dikacau perlahan di dalam cawan dan dihidang panas hingga jadi tagihan manusia. Keduanya diperlukan kerana saling melengkapi dalam mengimbangi rasa.

Ini adalah kebahagiaan-kebahagiaan kecil yang aku dapatkan di dalam Januari.




Menang percutian biaya percuma.

Sumber.


Dari awal sudah aku bayangkan bau udara bersih negara terbitnya matahari masih ada tinggalan tenang jauh dari hiruk pikuk kemodenan pusat bandarnya yang membangun. Teh hijau yang dipetik segar dibancuh dan disediakan dengan penuh budaya dan seni. Seni reka rumah kayunya mewah dan teliti diukir dengan penuh hati-hati dan tinggi nilai kesenian. Dan dari luar jendelanya jelas dilihat di mana terdapat air jernih mengalir sambil ikan-ikan kecil berenang riang di setiap perparitan kampung-kampung aman mereka. Segalanya terjaga kerana kuatnya mereka percaya pada dewa-dewa yang di puja di segenap tokong yang ada di setiap inci muka bumi Jepun. Agama Shinto yang mereka pegang memastikan upacara pemujaan dewa-dewa ini kekal diadakan dan menyatukan hati penganutnya. Hanya yang indah-indah cuba aku bayangkan. 

Kata dan putus untuk terbang menziarah ke negara ini masih belum aku putuskan. Masih banyak perkara yang perlu diperkira. Selanjutnya akan aku selitkan hyperlink kemudian ke penceritaan pengalaman aku di sana - Menyelusuri Masa ke Jepun. (Akan datang.)


Teriknya matahari di Phuket.

Sumber.


Tegang rasanya kulit bogel dibakar ranggup matahari di Phuket. Pulau-pulaunya yang terletak jauh diantara setiap satunya tersergam indah dan terjaga. Lautnya tenang memainkan alunan ombak yang kencang memukul tepian pantai. Tiada yang lebih menenangkan bila bersantai di bawah matahari dengan sunglass hitam dan seluar pendek melihat gelagat orang putih di pantai-pantai dosa dan seksi. Bandarayanya sesak dengan orang berjual beli. Ada yang menjual murah dan melangit tinggi. Rakyatnya ramai perempuan dari lelaki. Kerana lelakinya lebih gemar menjadi perempuan.

Jalan-jalan kecilnya sesak dengan motorsikal dan skuter berbagai jenama. Waktu malam Phuket lebih bernyawa dari siangnya. Untuk baca yang selanjutnya akan aku siapkan satu entri khas untuk Phuket. Ceritakan kegembiraan yang aku ciptakan di Phuket. Hyperlink seterusnya di sini - Matahari dan Pulau di Phuket, Thailand. 

Kesayangan.

Sumber.


Aku percaya setiap apa yang indah itu datangnya dari hati yang bahagia. Hati yang bahagia pula lahirnya dari rasa bercinta. Dan aku berfikir apakah Tuhan itu bercinta sedang Dia mencipta langit dan segenap alam semesta; indah dan penuh kerahsiaan. Tetapi mustahil dan jauh dari landasan kebenaran kerana Tuhan itu tidak berciri manusia.

Apa pun Januari masih yang membahagiakan. Bila mana aku mula belajar untuk terus hidup sendiri tetapi datangnya seorang yang sedia menemani. Demikian kalaulah rasa bahagia ini dipinjamkan dengan tarikh luput, lalu aku mahu biarlah lewat datang luputnya. Kerana rasa kebahagiaan itu nikmat yang sukar puas dirasakan. Dan jauhkanlah rasa-rasa yang membolak-balik dan mendukacitakan. Kerana biar setitik pun adanya rasa itu cukup mengganti dan hilangkan rasa bahagia.

Aku terus berharap untuk Februari yang lebih membahagiakan.

Share: 2

Get more nice stuff in your inbox!

@syakiersalleh

Disclaimer


All posts and images are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are allowed to be used in other third-party websites without a written consent from the website owner.