Buat Visa di Kedutaan Indonesia

Memandangkan aku akan pergi ke Surabaya, Indonesia untuk program mobiliti satu semester nanti aku kenalah sibuk buat visa untuk urusan permit belajar dekat sana nanti.


Kedutaan Indonesia terletak dekat Jalan Tun Razak berdepan dengan Prince Court Medical Centre. Betul-betul sebelah jalan raya dan memanglah sesak gila. Untuk sesiapa yang nak ke Kedutaan Indonesia naik pengangkutan awam boleh turun di MRT Tun Razak Exchange (TRX) dan jalan sedikit. Rasanya itu sahaja stesen MRT yang terdekat.

Sesiapa yang nak buat visa di Kedutaan Indonesia untuk mengelakkan korang jadi macam aku, sebab terpaksa pergi ke sini sampai kali ke-3 baru dapat buat visa. Kali pertama dan kedua pergi nombor habis. Stress sangat dan nasib baiklah aku duduk di Setiawangsa tak perlu bergerak jauh sangat untuk ke Kedutaan Indonesia.

Bayangkan kali pertama pergi ke sana pada pukul 11 pagi dan aku diberitahu oleh pakcik yang jaga kaunter nombor yang nombor untuk buat visa dah habis dan aku cuma dapat ambil borang visa sahaja. Jadi hari berikutnya aku pergi sekali lagi dan tiba di Kedutaan Indonesia jam 9.30 pagi. Nombor habis sekali lagi! 

Untuk pengetahuan Kedutaan Indonesia beroperasi pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Dan nombor untuk buat visa pulak dikeluarkan 120 nombor sehari dan apa yang korang kena buat adalah beratur awal seawal 7 pagi untuk pastikan korang antara pemegang kelumpuk nombor 120 itu.

Kali ketiga aku sampai di Kedutaan Indonesia hari keesokannya pada pukul 7.30 pagi dan dapat nombor 37. Lega dan puas hati! Terdapat beberapa jenis visa yang ada dan visa yang aku kena buat ialah Social & Cultural Visit Visa (VKSB) yang dikenakan bayaran sebanyak RM205.


Gambaran panjangnya barisan beratur sejak awal 7 pagi. 


Untuk permohonan visa sila beratur di Gate 2 ye! Jangan tersalah gate pulak nanti sia-sia beratur sebab nombor habis. HAHAHA.

Dan proses untuk pengambilan visa pulak aku rasa lebih tenang iaitu hari keesokannya diantara pukul 2 petang hingga 5 petang. Untuk proses permohonan visa pula cuma sebelah pagi iaitu pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari. Tak sampai 5 minit pon masa untuk pengambilan visa. Cuma letakkan resit bayaran yang korang akan diberikan selepas selesai buat permohonan visa di kaunter dan tunggu nama korang dipanggil.

Aku nasihatkan untuk tiba dan beratur awal di kedutaan dan tak lupa untuk bawa dokumen lengkap yang diperlukan seperti; salinan passport, gambar 2 keping, surat sponsor dan E-ticket penerbangan ke Indonesia. Duit pon jangan lupa bawak ye!

Selamat beratur dan jadi pemegang nombor!
Share: 15

Pengalaman Melawat Muzium DiRaja (Istana Negara Lama) yang Jadi Sejarah

Cuti pertengahan semester kali ini diisi dengan aktiviti bersejarah sedikit. Sejarahkan untuk dikenang dan di ambil iktibar. Umur pun dah hampir 21 tahun duduk di bandaraya Kuala Lumpur tapi masih belum sempat lagi untuk berkunjung ke Istana Negara yang terletak di Jalan Istana bersebelahan jalanraya yang sibuk dengan lalu-lalang kenderaan.

Sampai sahaja di hadapan pagar Istana Negara Lama sempat juga beli air tin dari mesin layan diri (vending machine). RM1 sahaja, murah dan boleh melegakan tekak lagi-lagi semasa waktu dan cuaca panas terik dekat Malaysia ini. Jalan sedikit berbukit menuju ke perkarangan masuk ke kawasan bangunan istana juga agak jauh untuk berjalan.

Suasana disekeliling bangunan Istana Lama juga agak luas tetapi kosong cuma dipenuhi dengan tumbuhan dan pokok-pokok yang tidak padat. Waktu ini tak ramai pula pelancong asing dan pelawat di sini, mungkinlah kerana hari ini hari minggu dan merupakan hari bekerja. 


DI Perkarangan Hadapan Istana DiRaja


Sebelum terus sambung cerita; harga tiket untuk masuk melawat ke Muzium DiRaja adalah seperti berikut:


Pelawat Tempatan:
  • Dewasa (RM5)
  • OKU & Warga Emas (RM3)
  • 6-12 Tahun / SMK Beruniform (RM2)
  • SMK tidak beruniform (RM3)
Pelawat Asing:
  • Dewasa & 13 Tahun ke atas (RM10)
  • 6-12 Tahun (RM5)

Suasana di dalam bangunan Istana Negara lama ini agak mewah dekorasi perabotnya dengan kerawang-kerawang yang menarik. Elegan dan mewah. Banyak terdapat bahagian-bahagian dalam istana yang kebanyakkan sama tetapi digunakan mengikut majlis yang berbeza. Antara ruangan yang terdapat di dalam bangunan istana ini ialah Bilik Bacaan, Ruang Menonton, Bilik Beradu DiRaja, Ruang Makan yang berbeza-beza serta Pejabat Agong dan Pejabat Permaisuri Agong dan sebagainya.

Struktur Istana Lama ini masih kuat meski telah lama bertapak dan hampir keseluruhannya diperbuat dari kayu tetapi masih elok kerana dijaga dengan baik. Balairung di Raja pula terletak diluar bersebelahan bangunan Istana dan ketika lawatan ini tidak dibuka kerana sedang diubah suai untuk majlis diraja. 

Sejujurnya banyak yang kurang atau boleh dipertingkatkan lagi di sini. Terutamanya; perlu juga tunjukkan ruang-ruang peribadi seperti dapur, tempat masak, dan banyak lagi yang perlu dikongsikan kepada pelawat untuk benar-benar memahami dan merasai kehidupan para raja dan agong kita. Ruang untuk melihat dan meninjau di setiap bilik pameran juga terlalu terhad, tidak memberikan kepuasan kepada para pelawat.   

Mungkin juga kerana ingin menjaga kondisi ruang pameran agar terjaga. Tapi rasanya bayaran RM5 bagi dewasa untuk masuk ke Muzium ini dirasakan kurang berbaloi. Fotografi di dalam bangunan Istana ini juga tidak dibenarkan. Jadinya tak banyak gambar yang boleh dikongsikan melainkan anda sendiri mengambil peluang datang dan rasai sendiri pengalaman melawat Muzium DiRaja ini.

Pernah berkunjung di Muzium DiRaja ini? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.

Baca juga: Tarikan Baharu di Batu Caves, Gombak
Share: 4

7 Sebab Trivago Malaysia Laman Banding Hotel Terbaik


Apa Itu Trivago Malaysia?

Trivago MY merupakan laman pembanding harga hotel termurah yang membantu anda untuk membuat pilihan hotel pada harga yang terbaik. Trivago MY membandingkan harga dari lebih 200 laman-laman tempahan hotel popular seluruh dunia seperti Expedia, Booking.com, Agoda dan banyak lagi.

Ini adalah video menerangkan fungsi Trivago MY bagi memudahkan anda:





Kenapa anda harus mencuba Trivago MY?


1) Dengan menggunakan Trivago MY ada dapat menjimatkan masa mencari hotel bagi percutian anda pada kadar terbaik. Trivago MY memudahkan anda dengan membanding dan mencari hotel carian anda dari pelbagai laman web tempahan hotel.

2) Anda dapat jimat lebih dari 35% dari harga asal dengan menggunakan Trivago MY berbanding membuat tempahan secara terus kepada hotel yang anda inginkan.

3) Percuma! Anda boleh mengunakan khidmat Trivago MY tanpa perlu daftar sebagai ahli dan sekaligus menjimatkan masa. Trivago MY akan bertindak membantu anda sebagai enjin carian hotel yang paling berkesan.

4) Trivago MY merupakan laman enjin carian hotel yang tepat sekiranya anda sedang membuat research hotel bagi percutian anda seterusnya.

5) Trivago MY merupakan laman web paling berinformatif bagi tempahan hotel. Trivago MY menghidangkan anda dengan lebih 82 juta reviu hotel di seluruh dunia dan lebih 14 juta gambar-gambar aset hotel untuk anda lakukan perbandingan.

6) Trivago MY juga menyediakan nama hotel, lokasi, rating purata pengguna hingga 6 jenis  harga untuk anda lakukan perbandingan.

7) Fungsi Price Alerts di laman Trivago MY memberikan anda notifikasi pada perubahan harga hotel yang anda inginkan bagi memberikan anda kadar hotel pada harga yang terbaik.


JIMAT DUIT DAN JIMAT MASA DI TRIVAGO MY!


Share: 0

Shopback's Birthday & My Birthday Wishlist

HAPPY BIRTHDAY SHOPBACK!

shopback cashback birthday celebration

It's such an honor to be with Shopback for almost two years. And FYI, the last 22nd February was Shopback Malaysia 2nd Birthday! It's young and yet very generous since it wants to make my wish come true!

Ohh BTW have you guys heard anything about Shopback before? If you did not you can read up to this whole post because I am going to tell you everything about Shopback and let you know how knowing it could benefit you!

And if you want to read about Shopback in Bahasa Melayu you can check out this link, I have written about Shopback in Malay earlier: Earn Money While Shop Online. 

While to those who did hear about what Shopback is, you can share this post to those friends whose still don't know! Don't you know that sharing is caring xD 
*scroll till the end of this post for sharing buttons*

Just before that, I want to share with you guys my amaaazingg wishlist that I really want to have! And through these 5 items, it can give you guys an idea of how Shopback works.


1) Canon Camera IXUS 125 HS




camera canon best quality cheaper

A camera is a blogger's best friend; it helps to produce good quality medias and implicitly boost up the attraction of the whole post to the readers. I've been eyeing this camera for a long time. And to me, it makes a good camera in total even though it is a compact handy camera; portable and lightweight. This camera is still possible to take good photos in low light and also the angle lens is about 21.5mm wide. And these two are the things that make a camera, a good camera!

So how you could benefit while buying this camera?


TIPS 1:

With Shopback it offers you a cashback for everything you buy at the merchant. And each merchant offers a different percent (%) of cashback for different categories of items. 


dapat duit shopping online
LAZADA's Cashback Tiers

camera canon murah online lazada

For example, this camera I've been eyeing is sold at the LAZADA merchant. Based on the LAZADA's Cashback tier earlier, it gives 3.5% of cashback for electronics item for a new customer. So what's next? Do the math!


3.5/100 x RM799 = RM27.965 

The new customer of LAZADA could save RM27.965 from the total price!

2. FOSSIL Grant Mechanical Blue Watch


jam fossil murah online kualiti bagus
I'm an avid collector of Fossil watches. I love its elegant design and durability. Currently, I have two Fossil watches and its easy-to-match-leather-color makes it preferable to wear along with any outfit; casual or formal. 

So how you could benefit while buying this watch?  

jam fossil murah online kualiti bagus

CASHBACK! That's correct.

This watch is sold also at the LAZADA merchant, and it is fall in the non-electronic categories which offers 8% cashback! So how much you could save?

8/100 x RM791.10 = RM63.288

TIPS 2:

To save more, shop at the highest cashback rate merchant such as LAZADA, ZALORA, Booking.com and much more!

3. 2 x Trip To Langkawi 3D2N


You always need a meditation time after been through a lot in your daily life. And a trip to Langkawi would be perfect for me. Just need a few days as an escape to busy and chaotic life to enjoy some views and having a relaxation time. So that I'll be refresh and feel recharge!

And if you're looking for a great package of flight + hotel, AirAsiaGo is the place that you should go! Luckily it is one of the Shopback's merchants which mean you could save while going for a holiday! How?

trip ke langkawi air asia murah

Based on the cashback tier of AirAsiaGo (you can refer on Shopback's website), it offers 2.5% of cashback for packages; flights + hotel:

2.5/100 x RM696.58 = RM17.4145

TIPS 3:

There are many merchants for travel categories, you can search and compare the cashback percent and choose the highest one. The highest the cashback rate, the more you save!

4. New Balance 1260 Running Shoes



I always go to New Balance if I want to look for good quality sports shoes at reasonable price. And since nowadays, marathon and many more run have become a trend among Malaysians why not I go and get a pair of running shoes. So that I can use it if I happened to enter any running competition or marathon.

kasut sukan new balance murah online

Zalora offers this 1260 New Balance Running Shoes at RM542.42 and buying it through Shopback could save some money. Zalora gives 9% cashback for a new customer, so how much you could save?

9/100 x RM542.42 = RM48.8178

TIPS 4:

Fashions category items usually have the highest cashback rate among the other categories.

5. Kanken Classic Backpack


beg kuning kanken murah di lazada dan zalora

This bag is becoming a trend nowadays in Malaysia, it come with a lot of amazing colors and my favorite one is yellow. The design of the backpack is purposely to help with back problems of its user. And this backpack is originated from Sweden. It is already launched in Sweden since 1978!

Through Zalora's 9% of cashback, how much you could save?

9/100 x RM389 = RM35.01

TIPS 5:

Refer friends to get more bonus while earn together!

This is a video explained about Shopback and how it works for your reference:


To conclude, there are only 4 simple steps to start earn with Shopback:

cara dapat duit guna shopback

As a testimonial, this is a screenshot of my account in Shopback:

semak baki cashback cara

Up to this day, I have earned RM40.72 with Shopback and already cashout RM21.17 to my bank account. There is still some balance pending before it can be redeemable.

So wait no more! Sign up as Shopback member and earn while you shop online. You can click the photo below or any Shopback word in this post to get directed to Shopback website!

sign up shopback

Be a smart online shopper!


Share: 2

Kenapa booking hotel di Agoda.com berbaloi?

Kenapa perlu tempah hotel secara online sebelum percutian?

1) Penjimatan masa dan wang - tempahan hotel secara online lebih mengguntungkan kerana adanya website seperti Agoda.com yang memberikan harga menarik menerusi pelbagai promosi dan diskaun.
2) Memudahkan dan fleksibel - anda boleh menempah bilik hanya dalam beberapa klik sahaja secara online berbanding perlu walk-in setiap hotel dan buat perbandingan harga.
3) Tempahan saat akhir - dapat memudahkan anda mencari bilik-bilik kosong sambil membanding harga dari hotel-hotel yang berbeza untuk anda buat pilihan.

Kalau nak bercuti di Asia Tenggara, website paling berbaloi untuk booking hotel adalah menerusi Agoda.com!


hotel murah book thailand malaysia sabah sarawak indonesia
Sumber


Nak pergi bercuti dan dapatkan tawaran harga hotel yang menarik? Semestinya dia Agoda.com.

Jika percutian anda di Asia Tenggara, booking hotel menerusi Agoda.com adalah amat digalakkan. Agoda.com mempunyai banyak pilihan hotel dengan harga yang menarik dan murah.

Website Agoda.com juga merupakan website yang user-friendly. Di mana anda akan memahami navigasi dan cara menggunakan website tersebut walaupun buat kali pertama.

Menerusi Agoda.com juga kebiasaannya akan ada insider deal; dimana anda akan ditawarkan lagi dengan harga yang murah. Di Agoda.com harga yang dipaparkan adalah per night dan bukannya jumlah harga berdasarkan bilangan hari anda menetap di hotel.

Agoda.com juga memberikan jaminan sekiranya anda mendapati dari mana-mana sumber yang memberikan rate hotel yang lebih rendah di Agoda.com, boleh hubungi mereka sendiri untuk anda diberikan harga yang sama anda dapati melalui sumber.

Sistem points yang diperkenalkan Agoda.com juga membantu anda dalam penjimatan tempahan hotel. Anda akan mendapat reward points bagi setiap tempahan hotel menerusi Agoda.com; 1USD = 20 points. Jumlah reward points yang anda kumpulkan boleh digunakan untuk pengurangan harga bagi tempahan seterusnya di Agoda.com.

Anda juga akan memperolehi 500 reward points bagi menulis review hotel yang anda menginap. Seronokkan?

Untuk setiap tempahan, Agoda.com akan hantar email pengesahan tempahan anda. Mudahkan?

Let's travel;

Untuk memudahkan anda; boleh terus booking di sini:


Share: 1

@syakiersalleh

Disclaimer


All posts and images are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are allowed to be used in other third-party websites without a written consent from the website owner.