Dah setahun jugak blog aku dengan nama lakiterok.com ni wujud. Setahun pon masih suam-suam kuku lagi sebab jarang benorr aku nak update. Ranking Alexa pun terus hanyut di lautan pasifik sampai tak jumpa-jumpa dah sama macam MH370.
Aku sebenarnya rindu nak menulis sebagai anonymous tanpa identiti. So that ruang lingkup topik yang aku nak ceritakan dekat blog sangat luas dan tak payah pening nak kisah siapa yang baca blog aku. Mungkin ini jugak punca aku jarang update blog. Aku fikir bakat aku nak cari idea menulis pon dah makin terhakis dan silap-silap tak lama lagi terus pupus dalam diri aku.
Entahlah nasib. Minggu depan test pon dah mula. Aku ada tiga test, dua due assignment, dan satu quiz yang nak kena hadap. Guys doakan aku dipermudahkan nak hadap minggu stress ni ok? Dan tak lupa yang paling best 21 October nanti dah mula cuti mid semester - seminggu. Untuk mengelakkan kehabisan tiket, awal tadi lagi aku dah beli siap-siap!
My biggest fear is aku rasa takut if I am not good enough for her. And those insecurities yang buatkan aku fikir banyak kali before going deeper into any relationship with girls. Aku selesa dengan aku yang sekarang. Walaupun kadang-kadang otak selalu rasa yang aku betul-betul nakkan a stable relationship but when I think back on "how clingy a woman can be" benda tu terus batalkan niat aku. I have those experiences, I can tell though.
Untuk apa yang betul-betul aku nakkan sekarang adalah pertamanya tentu-tentulah to excel in study. Keduanya, kawan-kawan yang sekepala dan setia (berkawan pon kena setia OK!). Ketiganya, nikmat kesihatan dan ketetapan iman dalam diri aku (belakangan ni aku asyik sihat tak sihat je). Dan yang terakhir, untuk aku cari diri aku yang sebenar yang masih samar-samar.
Itu jelah yang aku rasa setakat ini.
Kalaulah hidup ini bukan untuk kepuasan, kenapa wujudnya rasa puas itu.
bila dah single terlalu lama, rasa lebih seronok dari berdua..hehe..belom jumpa jodoh lagi tu.
ReplyDeleteEntahlah, go with the flow jelah. Tengoklah apa akan jadi.
DeleteAku pun tengah strees banyak assignment kena siapkan cuti mid sem ..
ReplyDeleteI've been reading your posts and I noticed that even though your template is simple and all but when I scroll, the pacing is weird and it makes your blog harder to read.
ReplyDeletestatus anonym ada eloknya juga, tak teragak-agak untuk tulis terus, tapi perlu ada batasannya jugak ye dak
ReplyDelete