TUTORIAL BLOG: WIDGET FOLLOWERS

`
Hi, kali ini saya nak kongsi tentang cara nak wujudkan semula widget followers. Sebelum ni saya pening jugak macam mana cara nak adakan widget followers ni balik lepas dah buang sekali dulu sebab bila cari di bahagian widgets tak ada. Lepas dah penat bersusah payah buat research di Google nahh saya permudahkan untuk korang.

TUTORIAL BLOG: WIDGET FOLLOWERS

1) Apa itu widget followers?

Jangan pening-pening! Bagi yang tak tahu apa itu widget followers ni saya dah tepekkan gambar untuk korang semua lihat. (Abaikan followers ku yang sikit tu ehh :'))


Dah kenal apa itu widget followers?

Kalau dah jom baca cara-caranya pulak.

2) Klik layout pada dashboard blogger korang.

3) Pilih add a gadget di sidebar

4) Pilih HTML/ Java Script


5) Kemudian akan keluar satu pop-up


6) Copy URL pop-up tersebut dan paste di bahagian content

7) Tukarkan URL tersebut

Daripada:

https://draft.blogger.com/rearrange?blogID=5350786843200505037&sectionId=widget&action=editWidget&widgetType=HTML&referrer=directory

Kepada:

https://draft.blogger.com/rearrange?blogID=5350786843200505037&sectionId=widget&action=editWidget&widgetType=followers&referrer=directory

8) Klik save

Selesai.

Sekarang korang boleh lihat semula widget followers di sidebar blog.

Selamat mencuba dan jika ada sebarang pertanyaan boleh nyatakan di bahagian komen di bawah :)



Share: 6

A Little Space to Speak My Heart Out



Hi there, I'm glad to blog again. Thanks to AD's (she's my ex-schoolmate and we used to be closed once) blog posts that bring me here and writing this post! Its looks like my guts to blog kind of fading away and I don't know why it happens. So, I've been blogging for about 1 years? Hmm I guess so, ahh I think it is almost 2 years. Yes, 2 years!!

When I started blogging there's only one thing that come up into my mind and what is it? To share and inspire people! That's it. Cewahhh! But I think I've failed to do so.

But, at least, I still could help some of the SPM's leavers that come into my blog to know some about Asasi, and you guys just make my blog post about asasi reached to 15000++ views and still counting. Thank you so much! I'll try my best to response to the comments and emails that you guys sent to me. (And you know what, this is the reason why I keep on blogging.)

Life sometimes hits you hard, and you have to go through the ups and downs of it (sounded cliche huh?). And maybe a harsh comment could ruin someone's day but it doesn't work for me. Thanks for those who sent me the hate and you know what I've to delete those comments because your negativity is unneeded here and should be kept to yourself.


From nothing to something, that's what blogging teaches me. At first, I don't know what blogging could offer me and I guess I got a lot of positive things by doing it. Helping people, sharing bits of knowledge and also have a growing blog community. What a surprise!

And to say that whether I'm proud of this blog or not I would absolutely say yes! Yes, so far I'm really proud of what I've achieved with this lovely blog and, of course, gotta earn some money with it (not very much money :')). But there's still something missing, that I still try to figure out and come up with it.

In life, there will be always come a problem and by hook or by crook we have to face it. We people may be at our lowest sometimes and that's what I feel now. And to run away from the reality won't solve anything. Because for me, you can run and run as fast and as far as you like but the truth is, wherever you run, there you are.

And as for this post, I chose to write in English because I want it to be.

Well, I think that's all for now.

See ya!

p/s: Just got a news that I pass all the subjects for this semester. I just can't believe that I made it through, especially that freaking hard thermodynamics, but what else can I ask more. :')

Share: 2

Movie Apa? Our Times (Taiwan Film)

 ❤ Salam 2016 

Rasanya dah lama sangat aku tak update blog dari tahun lepas. Maklumlah busy sangat dengan final exam; tinggal satu kertas lagi Isnin depan. Lepastu merdeka! Yeayyy!!!

So siapa dekat sini minat dengan cerita romantik angkat tangan?! HAHAHA, mesti antara korang ni semua jugak pernah tengok cerita Love Rosie, kisah cinta antara Rosie Dunne dengan Alex Stewart! Pernah? Kalau tak pernah boleh tengok sekarang, rugi sangat tau. Aku dah khatam Love Rosie berbelas kali, sampai dialog dia pun aku dah hafal LOL, mujur tak masuk final exam kalau tak gerenti 4 flat! Eh terserlah pulak taman-taman bunga dekat dalam hati ni HAHAHA. 

So apa kaitannya aku sibuk cerita pasal Love Rosie ni? Ada satu filem dari Taiwan ni yang lebih kurang sikit macam cerita Love Rosie tapi yang lebih banyak ialah sedih. Yes, cerita dia agak sedih kalau nak dibandingkan dengan Love Rosie.


"Our Times"

Cerita ni pasal zaman persekolahan Truly Lin, budak perempuan biasa yang masa tu masih guna surat untuk berhubung dan percaya dengan surat berantai. Ouyang Extraordinary pulak budak lelaki yang Truly Lin minat. Dalam masa yang sama, Truly Lin berkenalan pulak dengan Hsu Tai-yu budak yang kiranya paling gengster dan bermasalah dekat sekolah dia. Nak tahu cerita selanjutnya? Korang bolehlah lelaju tengok sekarang!

Ehh kejap kejap aku tak habis lagi describe cerita ni macam mana lagi, memang cerita dia pasal zaman sekolah yang korang akan ingat cliche dan boring. Tapi sangkaan korang tu ternyata salah 100%. HAHAHA bukan main pulak aku sampai 100%. Sini aku senarai beberapa pendapat aku tentang cerita ni yang aku rasa sangat best! 

1) Cerita ni berlatarkan zaman persekolahan yang mana masa tu akan ada perempuan yang paling cantik dan lelaki yang hensem yang mana kau akan jadikan kau punya crush dalam diam, kiranya cerita ni boleh mengimbau zaman sekolah korang.

2) Jalan cerita yang buatkan kau rasa tak boring dengan adanya unsur humor dan adegan sweet, bab ni perempuan sukalah kan!

3) Cerita ni akan buat kau imbau balik zaman tak ada telefon dan gunakan surat cinta dengan harapan untuk tunggu balasan surat tu.

4) Cerita ni akan buat kau terkenang masa-masa dulu mana yang masa tu kau rasakan masa bergerak perlahan untuk kau nikmati hidup dan rasai berbagai pengalaman.

5) Cerita ni kisah benar olahan semula pengarah cerita ni, Frankie Chen masa zaman sekolah beliau.

Pendek kata, cerita ni sangat sesuai untuk orang yang dahagakan cerita romantis seperti Love Rosie versi Asia tetapi dengan jalan cerita yang sedikit berlainan dan lebih sedih. Dan yang paling penting dapat buatkan kau teringat masa-masa nikmatnya hidup yang kau rasakan bergerak dengan perlahan.
  ❤️

Ni antara scene-scene dalam filem Our Times:








Tunggu apa lagi? Pergilah tengok sekarang!!

Tak tahu nak tengok dekat mana? Jap aku share link untuk streaming.

Our Times (with English subtitles): http://lynk.my/qfzS

p/s: Oklah bye aku nak pergi tengok cerita ni untuk kali kedua!
Share: 7

Get more nice stuff in your inbox!

@syakiersalleh

Disclaimer


All posts and images are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are allowed to be used in other third-party websites without a written consent from the website owner.