Fenomena 12.12 Semua Wajib Tahu!

Fenomena 12.12!

Apa itu Fenomena 12.12?!

Jeng Jengg Jengggg!




Korang tahu tak apa yang tengah jadi sekarang ni?


Takkan tak tahu?


Rugilah tak tahu sebab fenomena ni dah sehari berlangsung!


Dah bermula dari 10 Disember - 12 Disember 2015


Nak tahu apa yang berlangsung sekarang ni?


Jangan risau jangan khuatir mehh aku bagitahu satu-persatu!


LAZADA!!!

Pun tak tahu jugak apa tu LAZADA?!!

Alaa LAZADA yang selalu keluar iklan tu, tempat nak beli macam-macam segala barang, baik dari pekakas dapur sampailah ke gajet-gajet yang terkini semuanyaaa ada!

So sekarang LAZADA tengah buat Online Revolution dengan beri diskaun harga melampau besar-besaran!

Nak tahu antara barang-barang yang diberikan diskaun melampau oleh LAZADA?!

Ni haa dia aku siap tepekkan poster antara barang-barang yang diberikan diskaun melampau untuk korang tatap!


Harga murah lazada lakiterok online

Dah puas tatap?!

Bila LAZADA dah buat promosi dan aku pun dah tiga empat kali belek-belek laman web LAZADA terasa gatal pulakkk nak membeli. Mestilah nak beli bukan selalu LAZADA buat promosi macam ni. Kalau nak bandingkan harga dekat LAZADA dengan kedai-kedai dekat luar jauh sangat beza. Baik berbelanja dekat LAZADA klik-klik tunggu tiga empat hari barang dah sampai rumah. Mudah! Jimat minyak kereta.

Memandangkan mata aku dah rambang tengok barang-barang dekat LAZADA, ni aku senaraikan barang-barang utama yang aku nak beli:

 1. Fossil Men Nate Chronograph Brown Leather Watch JR1475


Harga murah lazada lakiterok online

Aku memang minat jam Fossil sebab design dia cantik dan vintage tapi smart! Haa macam-macam kann. Lagi satu kualiti jam Fossil sangat-sangat bagus tahan lasak. Dan kebiasaannya harga jam Fossil ni mesti akan cecah RM500++ tapi nasib baiklah LAZADA buat Revolution Online dapatlah aku beli jam ni dengan harga hanya RM300! Buat masa sekarang aku dah ada dua jam fossil dan tambah yang baru ni dah jadi tiga! Yeayyy.


2. Pineng PN-999 20000mAH Powerbank Gold



Harga murah lazada lakiterok online


Powerbank ni benda wajib untuk orang yang hidup dia bergantung dengan gajet, dan korang mesti tak percaya yang aku tak pernah ada powerbank. Kuikuikui, sadis betul kan? Jadi dah alang-alang dapat harga best dekat LAZADA apa lagi belilah sekali!


Untuk semua pembaca blog aku yang ada Instagram rasanya korang semua bolehlah follow @Lazada_my sebab sekarang LAZADA banyak buat Giveaway, baru-baru ni ada yang menang Iphone 6S dengan harga RM12 je!!! Rugi sangat kalau tak join.


lazada di instagram lakiterok



Buat masa sekarang ni sampai 12 Disember 2015, LAZADA tengah buat giveaway ni:

giveaway 12.12 lazada di blog lakiterok

Korang yang ada Instagram tu bolehlah rajin-rajin cuba mana tahu ada rezeki!

Follow @lazada_my di Instagram sekarang!!!

Bestkan LAZADA?!

Haa satu lagi jangan lupa untuk lawat laman web Lazada Malaysia dari 10 Disember 2015 hingga 12 Disember 2015 untuk lihat barang-barang dengan harga diskaun melampau!!!

Cepat-cepatt siapa cepat dia dapat!

Klik sini untuk maklumat lanjut :  http://www.lazada.com.my/online-revolution/ !


Pssst!

KHAS UNTUK PARA BLOGGER!


Lakiterok menang big point air asia
Klik Banner Untuk Maklumat Lanjut Kontes!

Jom ramai-ramai kita pakat join contest ni! Banyak hadiah boleh menang antaranya Air Asia Big Point dan Wang Tunai!

Cepat! Contest berlangsung dari 7 Disember 2015 hingga 12 Disember 2015!
Share: 1

Bila Di Hujung Semester!

Alhamdulillah dah masuk bulan Disember, kiranya dah nak tamat dah semester pertama aku untuk degree sebelum berpeluang pergi menikmati pakej percutian selama sebulan di rumah sendiri nanti. Memang tak sabar!

Macam biasa, bila dah hujung-hujung semester akan rasa stress sikit dengan lambakan assigments dan jugak test, lagi stress bila buat kira-kira carrymarks berapa lagi nak cukup atau terlebih cukup?! Haa banyak sangat yang nak dikira.

Tak apa semua benda ni normal untuk setiap mahasiswa LOL. Dan disebabkan kekangan masa dengan perkara-perkara diatas yang dah aku sebutkan tadi dengan urusan peribadi lagi buatkan aku tak berapa sangat nak update entry baru. Kalau ada update pun pasal segmen dan kontes yang aku join dekat blog. Haa btw, bagi siapa yang belum undi aku untuk CONTEST REVIEW LYNK.MY 2015 ni please, please dan pleaseee pergi ke hyperlink tu dan klik pada gambar "UNDI SAYA" di bahagian akhir post. Undilah sebanyak mana yang korang mampu. Undian anda amatlah dihargai! Cewahh!

Selesai beriklan!

Dah nak habis semester satu ni banyak pengalaman yang aku dapat, tak kiralah dengan subjek baru yang makin susah :'D, kawan-kawan baru dan yang paling penting dapat usha gegadis kimia yang comel-comel. HAHAHA!

Tak lupa jugak aku ada explore benda-benda baru dekat Kuantan dan jugak Gambang! Sebenarnya taklah explore mana pun memandangkan UMP dengan bandar Kuantan agak jauh dan kalau naik bas pun pergi balik makan masa lama, memanglah tak rajin (lagipun aku pernah sekolah dekat SEMSAS, jadi bandar KUANTAN tu dah biasa sangat). Kalau sewa kereta pulak agak costly, tahulah kan student duit banyak nak pakai :'D jadi kenalah berjimat (padahal duit habis dekat makanan je).

Ni antara gambar-gambar yang aku nak kongsikan:


lakiterok UMP GAMBANG PEKAN orientasi MINDS
Muka suci masa minggu MINDS, @Aniqqqqqqqqq (kanan) dia kampus Pekan. Kami housemate yang terpisah :'(


UMP GAMBANG PEKAN lakiterok orientasi MINDS
Gambar di sekitar UMP Gambang


lakiterok assignments UMP chemical engineering
Ada yang kata aku makin chubby, so sekarang tengah giat kuruskan pipi dengan memperbanyak aktiviti mengunyah makanan hehee :P~


starbucks teluk chempedak kuantan pahang
Setelah lama mengidam! (Teluk Chempedak - Jauhi Maksiat)


starbucks teluk chempedak kuantan pahang
All time favourite Green Tea :*


teluk chempedak jauhi maksiat
Gambar tak berapa nak semenggah (Teluk Chempedak - Jauhi Maksiat)


air terjun panching kuantan gambang pahang
Dah tiga kali pergi tapi tak merasa lagi nak mandi dekat sini, setakat rendam-rendam kaki je (Air Terjun Panching)

Satu lagi yang paling best dekat Gambang ada Nasi Kukus Mama, sedap terangkat tapi tak boleh makan selalu; cepat muak dan cepat jugak menghabiskan duit korang :P


Ni video tak berapa nak betul bila stress! HAHAHA (mata barai)



Troll untuk Penduduk Kuantan:

Siapa curi huruf A dekat perkataan KUANTAN tu weh? Dah jadi bandar KUNTAN dah HAHAHA! Baik ngaku cepat!!

Share: 10

Sukan SEA 2017 Di Malaysia

Tahu tak apa akan jadi pada tahun 2017 nanti dekat Malaysia?

Tak tahu lagi?!

Kalau tak tahu mehh sini nak bagi tahu!

TAPI!

Jom tahu dulu apa itu Sukan SEA :D

Setiap selang dua tahun, negara-negara di Asia Tenggara akan mengadakan temasya sukan dwitahunan yang melibatkan 11 buah negara. Sukan Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Sukan SEA (South East Asia) ini dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara (Southeast Asian Games Federation) dengan hasil kerjasama dengan Komiti Olimpik Antarabangsa (National Olympic Comitte) dan Majlis Olimpik Asia (Olympic Council of Asia).


Malaysia Selaku Tuan Rumah Sukan SEA 2017!!!


Sukan SEA 2017 Malaysia Laki Terok

Yayyy! Selepas tahun terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 2001, akhirnya selepas 16 tahun Sukan SEA datang semula ke Malaysia!

Memandangkan pencarian sukarelawan bagi Sukan SEA 2017 masih lagi diteruskan jom kita mendaftar!

Cara mendaftar sebagai sukarelawan:

1) Pergi ke laman rasmi Sukan SEA 2017 : SUKARELAWAN

2) Isi butiran yang diperlukan:

sukan sea 2017 malaysia lakiterok

3) Setelah selesai isu butiran diperlukan, klik pada kotak:
[ ] Yes, I agree to the Terms & Conditions
[ ] I'm not a robot

4) Klik SUBMIT

5) Sahkan email dengan klik link yang dihantar melalui email setelah submit butiran tadi.

4) Selesai, tunggu emel seterusnya dari mereka.


Saya dah mendaftar, anda bila lagi?

p/s: hehehe buat slogan sikit :D

Share: 1

Get more nice stuff in your inbox!

@syakiersalleh

Disclaimer


All posts and images are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are allowed to be used in other third-party websites without a written consent from the website owner.