Universiti sepatutnya
jadi perkara yang paling seronok! Lebih-lebih lagi bila setiap kali digambarkan bagaimana seronoknya
kehidupan di universiti, tentulah mindset kita mula gambarkan; hidup
tanpa peraturan, tiada uniform sama yang perlu dipakai setiap hari, jadual
kelas yang lebih fleksibel dan macam-macam lagi. Percayalah apa yang
digambarkan itu boleh terjadi! Tapi, kehidupan semasa tahun pertama di universiti boleh mengubah apa yang kita harapkan sekaligus buatkan kita rasa hidup di universiti sesuatu yang teruk.