Baru dua hari lepas keputusan UPU mula dihebahkan jadinya banyaklah yang bertanya, whatsapp, twitter semua kawan-kawan yang sebelum ni dua tiga bulan hilang tak dapat dikesan muncul. Tiba-tiba muncul siapa yang tak terkejut kan?
Keputusan UPU aku?
Alhamdulillah aku dapat tempat di Universiti Malaysia Pahang atau nak lagi mudah sebutnya, UMP! Terpisah lah ikatan sebelum ni dengan UiTM hmm.
Kursus apa yang aku dapat?
Kursus Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli ataupun omputih sebut Chemical Engineering.
So gembira ke idokkk?
Bolehlah nak kata berpuas hati, nak jugak UMP ni pilih aku! Walaupun patah semula ke Pahang dekat pulak tu dengan sekolah lama aku, SEMSAS. Mungkin jodoh aku pun dekat Pahang. Manalah tahukan? Eh?!
Kenapa pilih Engineering?
Hmm banyak plan yang aku buat. Kalau nak senaraikan banyak dia sama macam alphabet A-Z. So akhirnya dapatlah kursus kejuruteraan yang aku mintak! Padahal frust lagi sebab tak dapat kursus berkaitan sains yang banyak jugak aku mintak. Hmm sedih sedihh sedihhh. Mungkin dah tak ada jodoh dengan sains lagi so kita redojela.
Persediaan untuk jawab soalan pedas mak sedara atau sesiapa yang kata alaaa dapat UMP JE???
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(Surah Al-Baqarah ayat 216)
Rasanya dah cukup kot bagi makna tafsir ayat atas ni. So makanya aku malas nak buat rayuan semula USM dan UM yang aku tak dapat tu :'D Mungkin ini yang terbaik untuk aku. In shaa Allah mohon dipermudahkan.
Persediaan untuk sambung belajar?
Rasanya dah bersedia baik dari segi mental dan fizikal. Mana tidak duduk makan tidur je dekat rumah dari habis asasi. Dah mula selak balik nota organic chemistry bila dapat tahu tahun pertama aku kena ambik subjek ni. Taklah susah mana tapi terlalu banyak yang nak kena tahu dia campur ni campur ni jadi apa lepastu bertukar jadi apa. Hmm rindu kimia asasi. Tak sabar nak belajar balik!!!
Akhir kata?
Ehh pendeknya terus je nak akhir kata? Dah tak tahu nak tulis apa dah. So siapa-siapa yang dapat tawaran belajar di UMP lagi-lagi yang sama kursus dengan aku jomlah kenal-kenal. Tak nak rasa kekok sangat nanti. 4 tahun kot nak duduk sana. Jadi orang Pahang lah kita lepasni.
Okbai.
Wahh . Tahniah . Welcome to Pahang . Again . So , Zealous 96 ? Wahh , Jiran SBP rupanya . ex-Instarian . :)
ReplyDeleteTerima kasih :D Yep zealous 96. Lah Instarian rupanya!
Deletetahniah ya. all the best. selamat belajar. study elok2. hahahhaa. :D
ReplyDeletebagus jawapan tu. :3
HAHAHA terima kasih BV!
DeleteI got ump too. Hee. Ex palam jugak
ReplyDeleteHi ex palam! Dapat course apa dekat UMP?
DeleteDpt kos material techno. Under fist
Deletemake sure terer unit conversion
ReplyDeletemake sure boleh berfikir ikut logic sambil2 ikut fakta sains
jangan sekadar hafal..make sure faham all the engineering laws
yang penting..jangan lupa Allah
"Semoga Allah membuka jalan kepadamu"
In sha Allah, thanks for the tips and du'a :)
Deleteawak dulu ambil asasi sains ke asasi kejuruteraan?
ReplyDeletetidakkk. saya ambil asasi sains dulu.
DeleteKalau lepasan asasi sains mohon engineering and lepasan asasi engineering pun mohon engineering jadi ada keutamaan untuk asasi engineering ke?
ReplyDeleteMasa batch kau ramai tak student asasi engineering?
Keutamaan diberi pada nilai pointer kau, tinggi pointer tinggi lah peluang kau. Tak bergantung pada kursus asasi yang kau ambik. Ramai ada 50 kelas kalau tak silap.
Delete