Apa Kaitan Lelaki Dengan Istilah Metroseksual Dan Spornoseksual?

Sedang selak-selak Instagram dengan tujuan nak lihat foto-foto terbaru senyuman manja makwe-makwe tiba-tiba terpandangkan pulak gambar kawan-kawan zaman sekolah dulu-dulu yang sekarang dah banyak berubah, makin ensyiem (hensem), sador, katang semua pun ada. Lepas dah habis feed aku tengok, pencarian gambar senyuman manja makwe di Instagram aku teruskan
Share: 1

Rosmoh: Perempuan Puaka

Buku Apa Je?




Rosmah Perempuan Puaka - Naufal Tarmizi
LEJEN PRESS




Sinopsis Dari Kulit Buku:

Bagi Rosmah, tohmahan sebagai dalang bagi kematian demi kematian di kampung itu ibarat bernafas di hujung tali gantung. Keadaan bertambah buruk apabila anak gadis Shahrizat si mulut celupar turut menjadi mangsa. Mereka jadi gila. Semua jadi histeria. Apabila seluruh penduduk kampung mengecam keras Rosmah yang baru berhijrah dan mengenakan purdah, bapanya naik amuk. Namun, misteri tetap gagal dirungkai. Hantu wanita berpurdah terus menjadikan anak dara sebagai korban. Siapakah wanita berpurdah itu? Siapa sebenarnya Rosmah?

Ulasan:

Penulis memilih cara penulisan berbeza dari novel-novel yang pernah aku baca, monolog setiap watak dan disertakan sedikit dialog. Jalan ceritanya macam biasalah ada persoalan bila mana Rosmah yang dari freehair terus berhijrah untuk berpurdah. Rosmah berpurdah semata-mata untuk melindungi mukanya yang dibahagian hidung sehingga ke dagu dipenuhi dengan bintik-bintik nanah yang besar, siap ada lecuran yang berulat kesan dari pantang susuk yang diambil dari Bomoh Surya yang dilanggarnya dengan melihat cermin. Pada masa yang sama, Felda Gunung Perawan iaitu tempat Rosmah sekeluarga tinggal sedang heboh tentang kes-kes Hantu Purdah yang banyak membunuh dara-dara perawan dan ini menimbulkan syak wasangka ke pada penduduk Felda yang menyangkakan bahawa Rosmah adalah Hantu Purdah tersebut. Namun, hal ini dinafikan oleh Siak Ali, bapa kepada Rosmah. Adik bongsu Rosmah, Ramona yang bersedih atas kematian kawan baiknya sejak kecil, Yaya termakan dengan kata-kata seorang lagi kawan baiknya iaitu Zara untuk menyiasat sama ada Rosmah itu adalah Hantu Purdah yang heboh diperkatakan. Apakah nasib yang bakal diterima oleh Rosmah? Siapakah sebenarnya yang merupakan Hantu Purdah yang heboh diperkatakan oleh penduduk Felda Gunung Perawan? Keseluruhannya, novel ini sangat menarik untuk dibaca dengan persoalan yang sering ditimbulkan membuatkan kita merasa ingin tahu dan teruskan pembacaan. Seram ke tak? Seramlah jugak dibantu dengan cara penulisan yang kreatif! Aku baca buku ni semalaman je sebab tak sabar nak tahu lepas ni jadi apa lepas tu jadi apa, tak rugi baca!

Rating: 4/5
Share: 1

PERBEZAAN ASASI SAINS HAYAT DAN ASASI SAINS TULEN

Assalamualaikum, sekarang ni masih heboh lagi bila pelajar lepasan SPM 2014 dapat tawaran belajar. Tahniah-tahniah HAHAHA. Soalan-soalan cliche mulalah keluar dari mana-mana mulut, kau dapat dekat mana? Sambung belajar dekat mana? Macam-macamlah soalan yang lebih kurang yang ditanya.

Berkaitan dalam post sebelum ni iaitu asasi UiTM, ada orang kemukakan soalan berkenaan asasi sains tulen dan asasi sains hayat dan maaf atas kesilapan maklumat yang disampaikan. So, lepas rujuk beberapa orang barulah dapat maklumat yang sebenar. Benar ke? Kalau ada tersalah boleh betulkan saya :'D 

Asasi sains di UiTM ialah asasi sains tulen dan bukannya asasi sains hayat yang kalau sebelum ini saya katakan keduanya adalah sama. Tidak sama sebenarnya, ada beberapa perbezaan.

Perbezaan yang utama sekali adalah mata pelajaran, kalau pelajar asasi sains hayat mereka cuma belajar mata pelajaran yang sama macam pelajar asasi sains tulen kecuali subjek fizik ataupun sains komputer. So kiranya budak-budak sains hayat tak bolehlah masuk core engineering yang physical. Untuk pelajar asasi sains tulen masih terbuka lagi pilihan mereka.

Peluang untuk ke degree pulak macam mana? Agak berbeza sedikit kursus yang dibolehkan untuk sains hayat dan sains tulen. Nak senang dan nak mudah nampak kursus mana yang boleh korang mohon berdasarkan jenis asasi korang, boleh tengok dekat E-Panduan UPU. Kalau ditengokkan pada setiap kursus, pelajar asasi sains tulen tak ada masalah boleh apply kebanyakan dari kursus yang ada, untuk pelajar asasi sains hayat pulak hanya sesetengah kursus sahaja.

Harap apa yang disampaikan dapat hilangkan kekeliruan mengenai kedua jenis asasi ini, asasi sains hayat dan asasi sains tulen. Tahniah sekali lagi pada semua lepasan SPM 2014 yang berpeluang menyambung pelajaran dan buat yang kurang bernasib baik tu bolehlah buat rayuan atau cuba mohon di mana-mana IPTS sebab InshaAllah rezeki Tuhan itu ada di mana-mana jangan pernah berputus asa ye. 

Jika terdapat sebarang soalan bolehlah diutarakan, kalau terdapat sebarang kesalahan maklumat di entri ni pun boleh bantu saya betulkan. Terima Kasih, harap membantu :D  

Juga baca artikel: Jom Sambung Belajar Asasi UiTM & Asasi UiTM Jawapan Untuk Persoalan

Share: 4

ASASI UiTM : Korang Tanya, Abang Jawab :) (UPDATED)

Jawapan bagi soalan berkenaan program asasi di UiTM.

Soalan :

"Assalamualaikum abang, ada lah tadi singgah di blog psl uitm tu hahahaha. berapa purata mahasiswa bagi Asasi sains bagi setiap sesi ? mcm abang 2014/2015 kan, berapa orang batch abang ? terima kasih :)" 

Jawapan :

"Waalaikumusalam dik, berkaitan dengan purata mahasiswa dengan mahasiswi di asasi UiTM untuk setiap sesi biasanya bergantung pada kursus. Bagi asasi sains kelas ada 70 masa batch abang, setiap kelas ada dalam maksimum 35 orang dan lelaki sikit berapa kerat je adalah dalam 9 orang untuk setiap kelas. Untuk asasi kejuruteraan pulak terbalik, kelas sikit je, berapa tu tak ingat hahaha. Ikut bilangan pelajar pulak biasalah lelaki lagi ramai dalam asasi kejuruteraan, perempuan pun dalam 9 orang untuk satu kelas. Masa batch abang jumlah pelajar asasi saje dah nak cecah 3000 orang, ramai sangat. Okay, harap menjawab persoalan adik :) btw tahniah dapat asasi uitm."
Sebarang soalan berkaitan yang di hantar melalu email justsyakier96@gmail.com akan dibalas di sini, entri ini akan diupdate setiap hari. Terima Kasih. :)

Soalan:

"apa beza CGPA dengan UPU? Mana lagi penting?"

Jawapan:

"CGPA ada dua iaitu CGPA UiTM dan CGPA UPU. CGPA yang lagi penting ialah CGPA UPU yang akan diambil kira untuk permohonan UPU bagi degree nanti. So, kena betul-betul skor tiga subjek yang diambil kira iaitu Matematik wajib dan dua lagi subjek sains terbaik."

Soalan:

"Assalamualaikum. Sy dpt tawaran asasi law kat uitm. Kalau sy tertolak tawaran tu, apa sy perlu bt? Bleh tk sy bt rayuan utk 2nd intake?"

Jawapan:

"Waalaikumusalam, susah jugak situasi macam ni. Hmm apa yang boleh saya sarankan boleh terus call bahagian UPU, kalau nak lagi mudah buat rayuan untuk second intake, InshaAllah kalau ada rezeki. Harap membantu."

Soalan:

"Oh ya. Pasal bantuan kewangan asasi, duitnye dapat bile ye? Lepastu ape yg saya tau, masa pendaftaran nanti kena bawak slip pembayaran. Tapi kalau dapat bantuan kewangan asasi, pihak KPM bayarkan sekali yuran pengajian tu.. so, macam mana ye? Kalau pihak KPM bagi duit yuran pengajian tu selepas mendaftar nanti macam mane nak bayar yuran tu?"

Jawapan:

"Berkenaan bantuan kewangan tu biasanya lepas sebulan mula asasi baru dapat, yuran pengajian memang ditanggung oleh KPM tapi untuk kemasukan yang awal ni sebelum duit KPM diterima biasanya kita kena dulukan duit kita sendiri. Nanti kita dapat balik duit yang kita dulukan tu bila duit KPM dah masuk. Kalau adik ada masalah kewangan untuk buat pembayaran yuran boleh rujuk terus ke pusat asasi, hubungi mereka. Harap membantu :D"

Soalan:

"Assalamualaikum... sy lepasan spm 2014 dan dpt tawaran asasi sains di uitm... sy baca blog awak.. tq atas info2 yg bnyk mmbantu... sy mmg terima tawaran ke uitm tu... tapi subjek asasi sains bnyk ke kaitannya dgn sbjek pure science di sekolah menengah?? Bukannye ape.. klu bnyk ambil drpd sbjek di skolah menengah, sy nk buat persediaan sedikit... otak pun dah berkarat sejak habis spm tahun lepas... huhu.... nnti masuk takdelah blank.."

Jawapan:

"Waalaikumusalam, tahniah sebab dapat tawaran asasi di UiTM. Berkaitan subjek di asasi, silibus yang digunakan berbeza untuk setiap sesi. Boleh kata hampir setiap subjek ada kena mengena dengan subjek sains tulen di sekolah menengah tetapi perinciannya sedikit berbeza, contoh mungkin sesuatu subtopik masa SPM kita belajar lebih terperinci tetap di asasi tidak, dan sebaliknya. Contoh subjek fizik ada tambahan subtopik yang kita tak belajar pun di sekolah menengah, subjek lain pun sama jugak. So rasanya untuk buat persiapan tu baik jugak rasanya ataupun boleh minta dengan senior asasi UiTM untuk lecture notes sesi yang lepas-lepas untuk rujukan. Harap membantu :)"

Soalan:

"Assalamualaikum syakir! Saya ****(a girl okay!) and in sha Allah akan masuk UITM for asasi sains in maybe less than 1 month lagi *nangis* you baru habis asasi right? Congrats! just nak tanya kena ke bawak buku masa form five like biology? still berguna lagi ke? Thankyou :)"

Jawapan:

"Waalaikumusalam, Tahniah Iman (yer tahu awak perempuan xD) sebab dapat tawaran asasi UiTM. Ye baru habis asasi di UiTM, biasalah tu nak masuk nangis nanti keluar pun nangis jugak! Tapi saya tak nangis lah sebak sesikit tu ada. HAHAHA, okay berkaitan dengan buku rujukan semasa SPM tu perlu dibawak sekali ke tidak itu rasanya bergantung, nak bawak boleh tak nak bawak pun boleh sebab di asasi kita lebih bergantung pada lecture notes dan jugak buku-buku teks yang TEBAL-TEBAL dan tentunya lebih lebih terperinci berbanding buku rujukan SPM. Contohnya biology, dari tak faham dan lepas baca buku teks InshaAllah boleh faham. Harap membantu! :D"
Share: 25

Hari Paling Spesial? Hari Pekerja?

ASSALAMUALAIKUM

Jarang sekali Laki Terok nak mulakan entri dengan memberi salam kan? Salam dah diberi so apa tunggu lagi? Jawab ler lelaju, tak jawab dosa!

1 Mei 2015, hari yang kita sudah sedia maklum hari cuti umum yang disambut di seluruh dunia sebagai satu penghargaan buat semua tenaga kerja atau nak lebih senang faham hari ini ialah Hari Pekerja. Ehh kejap mana satu yang betul, Hari Buruh ke Hari Pekerja? Mana-mana pun boleh labu asalkan jangan kau sebut Pusat Gedung Pakaian Hari-Hari je mentang-mentang ada perkataan Hari.


     

Hari Pekerja pertama yang disambut di Malaysia adalah pada 1 Mei 1972 yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman. So, apa keistimewaan Hari Pekerja ini selain semua pusat gedung membeli belah penuh dengan para pekerja yang bercuti? Murid-murid dan pelajar-pelajar pun turut sama cuti, tapi itu bukan keistimewaannya. Keistimewaan Hari Pekerja adalah akan adanya Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan dan jugak Anugerah Hari Pekerja dan sebagainya.

Tema Hari Pekerja 2015: Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat

Apa tunggu lagi? Macam biasa trend ucap mengucap ni bila ada hari special, Selamat Hari Pekerja buat semua individu yang bergelar pekerja tidak kira di sektor swasta mahu pun kerajaan, abang-abang dan kakak-kakak yang berdiri hampir 10 jam di Jusco yang mungkin tak cuti pada hari ni, guru-guru yang memberi inspirasi pada generasi termasuk juga cikgu-cikgu praktikal yang cantik-cantik meow~, kakak-kakak yang mahir buat kira-kira duit di bank, para pengawal keselamatan yang bersengkang mata mengawal keselamatan tatkala orang lain sedap memeluk isteri di waktu malam, tak kiralah siapa pun anda dan apa pun pekerjaan yang anda lakukan, Selamat Hari Pekerja!

Kejappp! Tak lupa jugak buat yang masih bekerja pada hari ini, jangan sedih-sedih tapi nikmatilah hari ini, dalam ramai-ramai sedang seronok bercuti andalah yang dipilih untuk bekerja. Senyum, dan tingkatkan semangat anda untuk bekerja sebab harini double pay. Gila ke apa kalau semua nak cuti hari ni, siapa nak scan barang dekat kaunter cashier? Siapa nak jaga depan Kedai Emas Poh Kong kalau-kalau ada pencuri datang merompak dan siapa pulak nak jaga keselamatan kita kalau tak ada unit beruniform yang bertugas hari ni? Tak ke huru-hara nanti.

Buat brader-brader yang mungkin seronok bercuti hari ni jangan lupa pulak kewajipan kita hari Jumaat harini… Okay itu je.


Nota Kaki: Hari yang paling spesial bukanlah Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Ayah mahupun adik beradik Hari yang lain, tapi hari yang paling spesial adalah bila mana kau sedar untuk menikmati hari-hari yang mendatang.
Share: 0

Get more nice stuff in your inbox!

@syakiersalleh

Disclaimer


All posts and images are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are allowed to be used in other third-party websites without a written consent from the website owner.