ASSALAMUALAIKUM
Jarang
sekali Laki Terok nak mulakan entri dengan memberi salam kan? Salam dah diberi
so apa tunggu lagi? Jawab ler lelaju, tak jawab dosa!
1 Mei 2015,
hari yang kita sudah sedia maklum hari cuti umum yang disambut di seluruh dunia
sebagai satu penghargaan buat semua tenaga kerja atau nak lebih senang faham
hari ini ialah Hari Pekerja. Ehh kejap mana satu yang betul, Hari Buruh ke Hari
Pekerja? Mana-mana pun boleh labu asalkan jangan kau sebut Pusat Gedung Pakaian
Hari-Hari je mentang-mentang ada perkataan Hari.
Hari Pekerja
pertama yang disambut di Malaysia adalah pada 1 Mei 1972 yang diumumkan oleh
Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman. So, apa
keistimewaan Hari Pekerja ini selain semua pusat gedung membeli belah penuh
dengan para pekerja yang bercuti? Murid-murid dan pelajar-pelajar pun turut sama
cuti, tapi itu bukan keistimewaannya. Keistimewaan Hari Pekerja adalah akan adanya
Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan dan jugak Anugerah Hari
Pekerja dan sebagainya.
Tema Hari Pekerja 2015: Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat
Apa tunggu
lagi? Macam biasa trend ucap mengucap ni bila ada hari special, Selamat Hari
Pekerja buat semua individu yang bergelar pekerja tidak kira di sektor swasta
mahu pun kerajaan, abang-abang dan kakak-kakak yang berdiri hampir 10 jam di
Jusco yang mungkin tak cuti pada hari ni, guru-guru yang memberi inspirasi pada
generasi termasuk juga cikgu-cikgu praktikal yang cantik-cantik meow~,
kakak-kakak yang mahir buat kira-kira duit di bank, para pengawal keselamatan
yang bersengkang mata mengawal keselamatan tatkala orang lain sedap memeluk
isteri di waktu malam, tak kiralah siapa pun anda dan apa pun pekerjaan yang
anda lakukan, Selamat Hari Pekerja!
Kejappp! Tak
lupa jugak buat yang masih bekerja pada hari ini, jangan sedih-sedih tapi
nikmatilah hari ini, dalam ramai-ramai sedang seronok bercuti andalah yang
dipilih untuk bekerja. Senyum, dan tingkatkan semangat anda untuk bekerja sebab
harini double pay. Gila ke apa kalau semua nak cuti hari ni, siapa nak scan
barang dekat kaunter cashier? Siapa nak jaga depan Kedai Emas Poh Kong
kalau-kalau ada pencuri datang merompak dan siapa pulak nak jaga keselamatan
kita kalau tak ada unit beruniform yang bertugas hari ni? Tak ke huru-hara
nanti.
Buat
brader-brader yang mungkin seronok bercuti hari ni jangan lupa pulak kewajipan
kita hari Jumaat harini… Okay itu je.
Nota Kaki:
Hari yang paling spesial bukanlah Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Ayah mahupun
adik beradik Hari yang lain, tapi hari yang paling spesial adalah bila mana kau
sedar untuk menikmati hari-hari yang mendatang.
Would you like to comment?