Kenapa Saya Bukan Lelaki Yang Baik?

Bukan main panjang lagi tajuk entri kali ini kan, entah apalah aku nak bebelkan. Tapi tapiii harap sangat apa yang aku cuba nak sampaikan, sampai sepenuhnya kepada yang membaca. Baiklah, jom kita mulakan!

KENAPA ANDA BUKAN LELAKI ATAU PEREMPUAN YANG BAIK?

Kadang-kadang hidup ini kita rasakan tidak adil. Tak adil bila manusia yang menilai kita. Kenapa? Manusia terbatas kerana hanya mampu menilai dipermukaan berdasarkan apa yang mereka lihat dan dengar, bukannya secara holistik atau menyeluruh. Kayu ukur yang aku suka nak letakkan dalam konteks ini adalah baik buruknya seseorang.

Dalam dunia yang kompleks dan sukar nak dijelaskan, idea untuk menilai baik buruknya seseorang itu aku rasakan patut ditolak sama sekali. Korang rasa kenapa? Meh aku jawab, baik dan jahat itu bukanlah suatu state of being yang statik! Haa kan dah terkeluar bahasa Inggeris aku. Sekejap, buat masa sekarang cuba tanya diri korang. Nilai diri sendiri, baik atau jahat diri korang? Sudah? Jom sambung baca.


Kredit Pada Model: Ilham Idris

I will never be a good person because, to me, good is not what you achieve. It’s an ongoing process that never ends.
Kenapa?

Fakta yang aku rasakan semua dari kita sedia tahu:

Adalah sangat mustahil untuk kita langsung tidak melakukan sesuatu yang baik atau jahat selagi kita adalah manusia. 

Cliché kan, senang kata manusia ini seimbang punya kelebihan dan kekurangan. Setiap orang punya kekurangan atau kelemahan. Itu termasuk korang yang membaca, termasuk juga aku yang menulis. Termasuk individu yang korang idolakan, kawan-kawan yang selalu ada saat korang perlukan sokongan dan bantuan serta para guru yang menjadi pemberi inspirasi kepada generasi. Semuanya tidak terkecuali, natural, fitrah manusia.

Seseorang yang baik jugak sepatutnya tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak mendengar atau menggunakannya untuk menghalang orang lain dari bercakap.

Kenapa?
Good is something that that you make the decision to do every second of every day, not something that you acquire and use as a shield.
Dah jelas?

Konklusinya, dunia ini kompleks, fakta bahawa walaupun kita punya matlamat yang sama tapi tidak semestinya kita saling bersetuju dengan satu sama lain. Ianya sangat mustahil untuk tentukan siapa yang betul atau siapa yang salah dalam pilihan yang mereka pilih atau kata-kata yang mereka gunakan. Tidak adil rasanya untuk menilai dan dinilai, jom hidup lebih positif!

Boleh kongsikan juga pandangan dan pendapat korang diruangan komen. Terima Kasih.
Share: 1

Class Of D10 (PALAM)

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Selesai sudah tempoh hampir 8 bulan kita rasakan pahit manis suasana pembelajaran di Asasi. Terlalu cepat masa berjalan sedang kita asyik menjalin persahabatan. Dalam masa singkat, banyak perkara yang kita tempuh dan juga kongsi. Hakikat tetap hakikat, membawa kita pada realiti.

Tapi sedarkah, kita masih punya memori yang boleh dikenangkan. Meski yang pahit itu lebih banyak, tetap kita punya satu yang manis yang kalau kita imbaskan satu persatu mampu buatkan kita tersenyum. Tersenyum memikirkan telatah kita, rindu dengan apa yang telah kita lalui bersama. Tipulah kalau langsung tiada yang terlintas, apa keras sangat hati kau! Okay sambung ambik mood balik. 

Mula pada hari ini, dah tak ada yang kita nak gelar "pelik" dan lihat "kepelikan" dia yang dia sendiri tak tahu apa kepelikan yang dia lakukan. Tak ada dah orang yang akan kita suruh flip hair sambil kita rakam guna slow mo iPhone. Tak ada yang akan silang tangan kalau kita bergambar. Dan buat aku, dah tiada kuliah biologi, waktu kegemaran untuk tidur. Maaf Miss, hehehe.

FRIM, Setia City Mall (SCM) yang sentiasa setia jadi tempat hiburan kita di PALAM, BBQ, Madam Khaida, Publika okay mungkin ada yang cemburu maaf, HAHAHA. Tak lupa juga kata-kata "Manners Maketh Man" yang Wak Doyok jet jet jadikan kata-kata dia, ya masa kita sama-sama tengok Kingsman. Loghat utara, bahan-membahan, banyak lagi kalau nak ditulis satu persatu, tapi biar yang selebihnya kita simpan untuk kita rindukan.


Sisipan kenangan:













Maaf kalau apa yang ditulis tidak terkesan, cuma terkilan kalau ada yang melupakan. Semoga berjaya dengan haluan masing-masing.

Templer Park mana? Masih tak terjawab! 

  
Share: 12

Get more nice stuff in your inbox!

@syakiersalleh

Disclaimer


All posts and images are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are allowed to be used in other third-party websites without a written consent from the website owner.