Assalamualaikum.
Macam mana keputusan SPM yang diumumkan haritu?
Dah mohon mana-mana biasiswa?
UPU dah isi ke belum?
Masih keliru nak pilih kursus di UPU?
ASASI UiTM
Baiklah sebagai pelajar Asasi Sains Hayat di UiTM Puncak Alam 2014/2015, saya ingin kongsikan sedikit beberapa perkara mengenai Asasi UiTM yang diharapkan dapat membantu adik-adik (adiklah sangat padahal beza setahun) lepasan SPM 2014 membuat pilihan bagi menyambung pelajaran.
1. Syarat Kemasukan Asasi UiTM.
Syarat kemasukan ke asasi UiTM adalah minimum 2A 2B bagi mata pelajaran elektif. Contohnya bagi yang masa SPM ambil aliran sains tulen, empat mata pelajaran tersebut ialah Matematik Tambahan, Kimia, Biologi dan juga Fizik. Majoriti yang mohon sememangnya punya keputusan SPM yang hebat-hebat, straight A+ pun ramai juga.
2. Kursus Asasi di UiTM.
Di UiTM terdapat beberapa kursus Asasi dan antaranya ialah Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Teknikal (Kejuruteraan) di Puncak Alam, Asasi Undang-Undang dan Asasi TESL. Khabarnya bermula batch 2015/2016 (bagi semester kedua), semua asasi akan ditempatkan di kampus baharu di Dengkil. Untunglah kampus baru, mesti semua pun baru.
3. Subjek di Asasi.
Memandangkan saya merupakan pelajar asasi di Puncak Alam yang cuma terdapat dua kursus asasi jadi maklumat saya terhad kepada Asasi Sains dan Asasi Kejuruteraan sahaja. Seperti biasa subjek yang akan diambil dalam program Asasi Sains ialah Matematik, Kimia, Biologi, Fizik, ELC (Bahasa Inggeris) dan CTU (Pendidikan Islam). Manakala bagi Asasi Kejuruteraan pula subjek yang diambil sama seperti Asasi Sains kecuali Biologi ditukar kepada subjek CSC (Computer Science). Semester dua pula ada perubahan bagi subjek Matematik di mana Asasi Sains akan ambil Mathematics For Scientists dan Asasi Kejuruteraan akan akan ambil Mathematics For Engineers, silibus tak sama. Jadi dalam kesemua subjek ini mana yang paling senang? Semua senang asalkan fokus dalam kuliah, siapkan tutorial dan kurangkan main-main di Asasi.
Pengiraan pointer setiap subjek terdiri daripada 50% carrymarks ( Test 1&2, Kuiz, Assignments, dan Lab Reports) dan 50% lagi datang daripada markah Final Exam. Senangkan untuk skor A? Tapi kenalah jaga carrymarks, belajar kena konsisten gitu. Pengiraan Pointer UiTM dan UPU sangatlah berbeza di mana Pointer UiTM mengambil kira semua subjek yang diambil (6 subjek yang dinyatakan di atas tadi) jadi bolehlah dikira dengan jari bilangan pelajar yang dapat 4.00 flat UiTM. Pengiraan CGPA pula dikira daripada purata markah semester satu dan semester dua, misal kata masa semester satu Biologi dapat 69, B+ dan lepas study bermati-matian jaga carrymarks untuk semester dua dan score masa final dapatlah Biologi 87%. Hasil tambah markah semester satu dan dua tadi ialah 156 dan dibahagi dua untuk purata dapatlah 78%, A. Mudahkan? Pengiraan Pointer UPU pula berdasarkan 3 subjek iaitu Matematik wajib dan dua lagi subjek sains terbaik. Jadi boleh fokus hanya pada dua subjek sains, misal kata tak minat Fizik yang asdfghjkl beribuuu formula nak diingat, boleh fokus dan dapatkan A untuk Kimia dan Biologi untuk 4.00 flat UPU. Bilangan pelajar yang dapat 4.00 flat UPU sangatlah ramai belum tengok pelajar matrikulasi lagi, besar saingan.
5. Biasiswa.
Alhamdulillah setiap semester, KPM akan beri biasiswa dalam RM1960. Biasiswa ni sangatlah cukup kalau guna duit ke jalan yang betul (HAHAHA kemain ke jalan yang betul) maksudnya tak guna untuk online shopping dan sebagainya. Biasiswa yang diberi ini boleh guna untuk bayar yuran pengajian dan yuran penginapan.
6. Peperiksaan (Test).
Setiap semester akan ada dua test yang perlu diambil dan setiap satu test mewakili 10-15% carrymarks. Bagi setiap semester juga ada final exam dan macam mana kalau failed final exam, gred C- (45-49% dan ke bawah). UiTM tak akan terus buang pelajar yang gagal, akan ada ujian ulangan untuk ditapis mana-mana pelajar yang punya peluang lagi untuk teruskan ke semester dua. Selain itu, para pelajar yang failed juga akan ditawarkan ke diploma oleh UiTM. Prihatin kan UiTM?
7. Persekitaran.
Puncak Alam dan Tangga Kejayaan sememangnya sinonim, rasanya tangga ni merupakan adik-beradik tangga Batu Caves. Sangatlah tinggi dan boleh jadi punca kejang kaki. Memandangkan batch lepas ini akan berada di Puncak Alam untuk satu semester nahh saya sertakan gambar Tangga Kejayaan.
Kredit pada Google!
*malas nak cari dalam folder handphone gambar sendiri tangkap.
Keseronokkan
naik dan turun tangga ni belum habis lagi, masih ada banyak lagi tangga-tangga
di UiTM Puncak Alam yang tak sabar tunggu untuk didaki. Kelas-kelas Asasi
biasanya terletak di aras 7 Fakulti Sains Kesihatan 1,5 (FSK 1,5) dan cuba
teka? Memandangkan pelajar asasi setiap tahun terlalu ramai dalam 3000 pelajar,
lif selalu penuh dan selalu rosak. Jadi alternatif lainnya ialah? Naik tangga
lagi sampai aras 7! Yeayyy seronokkan? Belum lagi kalau ada kelas di FSK 6,
bangunan fakulti paling tinggi di UiTM Puncak Alam (16 tingkat) dan ramai juga
yang sanggup beratur panjang untuk naik lif.
Keadaan
dalam lif yang sendat sempit panas! HAHAHA.
Pemandangan sekitar UiTM Puncak Alam:
Kredit
pada gadis-periang.blogspot.com
Diambil
dari dalam PTAR.
Suasana
subuh live dari tingkap bilik!
Baiklah rasanya itu sahaja yang ingin
saya kongsikan buat masa ini, harap dapat membantu adik-adik sedikit
sebanyak. Doakan kami juga pelajar-pelajar asasi yang dah nak habis ni, final
dah dekat. Study week tak ada pulak tu. Selamat memilih :)
*Sebarang pertanyaan boleh dibuat di
ruangan ulasan atau email terus di justsyakier96@gmail.com
Terima Kasih.
Juga baca artikel : Pertanyaan & Jawapan Bagi Asasi UiTM |
apa beza CGPA dengan UPU? Mana lagi penting?
ReplyDeleteCGPA ada dua iaitu CGPA UiTM dan CGPA UPU. CGPA yang lagi penting ialah CGPA UPU yang akan diambil kira untuk permohonan UPU bagi degree nanti. So, kena betul-betul skor tiga subjek yang diambil kira iaitu Matematik wajib dan dua lagi subjek sains terbaik.
DeleteTp next sem kan dah pindah uitm dengkil... you do know that, right?
DeleteSemester satu diorang masih di Puncak Alam, semester dua baru pindah Dengkil.
DeleteKlau nk amik senibina?credits skrg2nya 5B termasuklah BM ..dn BI skrng2nya C..btu x?
DeleteMemenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat
Deletekepujian (Gred C) dalam mata pelajaran:
• Matematik/Matematik Tambahan
DAN
• Lulus (Gred E) Bahasa Inggeris
Nota: Lulus ujian khas lukisan dan ujian buta warna
dalam temuduga yang dikendalikan oleh Fakulti.
P/S: Ini saya copy dari laman web UiTM sendiri, boleh semak syarat kemasukan lain disini https://smkbbest.files.wordpress.com/2010/03/uitm.pdf
Salam
DeleteSay baru habis spm . adakah saya layak mengambil asasi ini kerana saya dari aliran sastera .
Tak.. klo dip sains mungkin boleh.. tapi tak pasti
DeleteAsasi Sains Palam memang best gilaaa!
ReplyDeleteSerius aku bagi 10 bintang
Semester 2 batch 2014/15 tinggal lagi 3 minggu je ni. Sedih gila nak tinggalkan semua kawan dengan kolej,
Yup Asasi memang best, tapi sangatlah kejap. Tak puas lagi belajar dekat sini. Tup tup dah nak habis. Huhuhu.
DeleteBukan tak puas study,tapi tak puas berkawan haha
Delete10 bulan pun dah cukup untuk menjalinkan ukhwah yg sebegitu erat.
I'm gonna miss Palam and all of my friends :')
Good luck for final to all of asasians Year 2014/15 and u Syakir
Sorry spam kat sini haha
HAHAHA, yup itu yang kita semua rasa. 10 bulan sangatlah kejap, pejam celik dah final semester 2. We would miss everything here in Palam. Even, pemilik mini mart yang jual barang mahal melampau tu ehh. Goodluck Amin ! :)
Deletemacamana dengan MDS ? teruk tak ?
ReplyDeleteMDS batch 2014/2015 ada tiga wave. Saya wave ketiga, yang terakhir daftar, hari ketiga lepas MDS mula. So, nak kata MDS teruk tu mungkin wave satu yang rasa teruk sebab lagi lama masa diorang MDS. Tapi wave tiga pun teruk jugak kot, makanan kadang tak cukup beratur kemain panjang. Tapi tak kisahlah berapa hari sangat, lepas dari tu dah seronok duduk dekat asasi :)
Deleteselamat berkuliah dik!!! ^^
ReplyDeleteDah habis kuliah dah Kak, ni tengah mereput dekat rumah. HAHAHA. Btw, thanks Kak.
Deletesalam . nk tnye asasi sains kira pecahan antara sains hayat dan sains teknikal ke ?
ReplyDeleteWasalam, Asasi sains bukan pecahan antara sains hayat dan sains teknikal. Ketiga tiga kursus ni berbeza.
DeleteASASI SAINS HAYAT TAKDE DI PALAM BRO . yg ada ASASI SAINS TULEN .. mcm sama , tpi peluang ke degree adalah berbezaa
ReplyDeletesorry bro .. asasi sains hayat term yg x betol .. asasi sains tulen paling tepat .. peluang ke degree adalah berbeza . takut org keliru
ReplyDeleteThanks untuk maklumat, nanti akan saya terangkan berkenaan ini di post kemudian. :D
DeleteAssalamualaikum. Saya minta maaf soalan saya ni kebudak-budakan sikit. Saya free hair. So nak tanya, boleh ke free hair bila masuk asasi palam nanti?
ReplyDeleteWaalaikumusalam, di universiti bebas. Kalau free hair pun boleh kalau pakai tudung pun boleh. Terpulang pada adikk :D
DeleteAssalamualaikum. Sy dpt tawaran asasi law kat uitm. Kalau sy tertolak tawaran tu, apa sy perlu bt? Bleh tk sy bt rayuan utk 2nd intake?
ReplyDeleteWaalaikumusalam, susah jugak situasi macam ni. Hmm apa yang boleh saya sarankan boleh terus call bahagian UPU, kalau nak lagi mudah buat rayuan untuk second intake, InshaAllah kalau ada rezeki. Harap membantu.
DeleteAssalamualaikum. Sy dpt tawaran asasi law kat uitm. Kalau sy tertolak tawaran tu, apa sy perlu bt? Bleh tk sy bt rayuan utk 2nd intake?
ReplyDeleteSalam..ni tnye student asasi boleh bwk kete gi kampus tk???
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAslam. Saya dapat tawaran Asasi Sains sesi 2015/2016 ini. Daftar 1hb Jun 2015 ini .Nak tanya ttg penginapan. Memang telah ditetapkan oleh pihak UiTM atau kita boleh pilih room mate adan kolej. Tkasih
ReplyDeleteWasalam, boleh je nak pilih roommate, nak pilih housemates pun boleh cuma kena daftar sama-sama masa hari pendaftaran mintak masa tu. Kolej tu tak boleh pilih UiTM tentukan :)
DeleteAslam. Ada berita yang saya dengar, pendaftaran untuk asasi adalah secara 'drive thru'..,ambil kunci di guard then terus terus ke kolej kediaman. Betul ke...so mcm mana pilih room mate ya...kalau kaedah ini benar. MInta pencerahan. Terima kasih bayak dengan perkongsian
ReplyDeleteWaalaikumusalam, berkaitan daftar secara dribe thru tu saya tak pernah dengar lagi, rasanya macam mustahil sebab banyak dokumen yang perlu diserahkan semasa pendaftaran tu so rasanya memang tak logik. Nak pilih roommate boleh terus pergi mendaftar sekali. Daftar sama sama.
DeleteKalau dh tmat asasi kt uitm..bleh smbung U lain x?atau perlu smbung di uitm jgak..
ReplyDeletebukan setakat boleh sambung U lain nak sambung overseas pun boleh tapi syarat tak boleh failed satu paper pun untuk ambik repeat paper. harap membantu.
DeleteAslm. Saya hanya ingin minta pandangan. Saya dapat tawaran asasi sains UiTM sesi 2015/2016. Akan mendaftar pada 2 Jun 2015. Tiga hari lepas saya mendapat tawaran tajaan JPA MARA membuat A-Level selama 2 tahun dan kemudian sambung degree di New Zealand. Tetapi program yang ditawarkan adalah dalam bidang Sains Sosial (ekonomi, akaun, psikologi, undang2 dll). Yang mana satu saya pilih. Asasi Sains atau A-Level (Sains Sosial). Buntu saya . :-(
ReplyDeleteGood luck..
ReplyDeletesekarang jpa ada keluarkan tawaran biasiswa... boleh la apply
http://khudri2337.blogspot.com/2015/06/tawaran-penajaan-biasiswa-jpa.html
Sains tambahan diiktiraf ke utk masuk asasi?
ReplyDeleteالسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُُ
ReplyDeleteAda info lebih tak tentang uitm dengkil?
Contohnya degree ada tak di uitm dengkil?
Kos yang ditawarkan di uitm dengkil ape ye?
Waalaikumusalam W.B.T
DeleteSepanjang apa yang saya tahu UiTM DEngkil akan menjadi Pusat Asasi UiTM yang menempatkan semua pelajar asasi UiTM. Jadinya tiada degree di UiTM Dengkil dan kursus yang ditawarkan di sana semuanya kursus asasi. Harap membantu :)
Salam, saya ni batch 2015/16,just nk bgitau saya dh malas ni, fizik susah cam harem, sekian
ReplyDeleteBelum lagi semester dua! Nantikan HAHAHA :D
Deletesalam, mcm mana ye nak tahu pointer upu tu?
ReplyDeleteWaalaikumusalam, kira pointer maths dan dua subjek sains terbaik.
DeleteJam kredit x Pointer Gred = (Jam kredit x Pointer Gred)/Jumlah jam kredit bagi tiga mata pelajaran tersebut (Maths dan dua subjek terbaik)
Assalamualaikum apa beza antara asasi sains tulen dan asasi sains hayat? Terima Kasih
ReplyDeleteWaalaikumusalam, saya ada tulis entry berkaitan perbezaan asasi sains tulen dan asasi sains hayat. Boleh baca di sini:Perbezaan Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Tulen
DeleteHarap membantu :)
Salam,it seems u ada mention dkt comment bout further study overseas after asasi.Boleh terangkan lebih lanjut tk? Esp bout the requirement grades and uitm provide scholarships ke for those who excel wktu asasi?
ReplyDeleteWasalam, berkaitan untuk further study overseas lepas asasi ni rasanya senior-senior Palam dekat Group Facebook Asasi Palam ada terangkan dengan details. Requirements dia bergantung kalau nak apply scholarship kalau boleh tentulah kena dapat 4 flat. Berkaitan UiTM ada tak pprovide scholarships tu ada kot tawaran belajar dekat UNHAS tak silap nama dia, dekat Indonesia. Biasanya semester dua asasi akan ada taklimat tentang scholarships dan jurusan degree. Bolehlah dapatkan maklumat lagi details atau tanya apa-apa yang berkaitan masa taklimat tu nani. Maaf tak berapa membantu sangat.
Deleteassalamualaikum. saya nak tanya boleh ke kalau dapat asasi kejuruteraan then nak tukar asasi sains? thank you. :)
ReplyDeleteWaalaikumusalam kebiasaanya setiap tawaran yang diberikan adalah muktamad. Jadi mustahil untuk tukar jurusan asasi. Dekat surat tawaran pun ada mention rasanya.
Deleteni dekaat puncak alam kan? dekat dengkil macam mana yea? persekitaran dia?
ReplyDeleteYesss, Persekitaran di Dengkil? Nanti saya update persekitaran Dengkil macam mana pulak ya.
DeleteAssalamualaikum , saya tertarik untuk memilih uitm dlm bidang sains hayat , saya budk lepasan spm 2015, sy nak tnya klau x pass asasi , kena tukar kos lain or pndh ipts lain yaa?
ReplyDeleteKalau tak pass asasi UiTM akan cadangkan untuk mohon diploma UiTM atau kita boleh apply ipts pulak. In shaa Allah kalau fokus dalam kelas takkan failed. Kalau failed pun ada paper repeat. Usaha lah.
Deletewhat if ada fail satu subjek, then amik sup paper, result sup paper dah oay gred, do still have chance to further degree UITM or still kene gak amik dip uitm?
DeleteBoleh terus sambung degree jangan risau. Kalau sup paper fail jugak baru dicadangkan untuk sambung diploma atau pun tamatkan pengajian.
DeleteSalam .klau kita dapat addmath c mmg tak dapat terus ke asasi sains / engineering ? . Ada tak student asasi uitm yg dpt c addmath time spm ?
ReplyDeleteWasalam rasanya macam peluang nak masuk tu agak tipis. Tapi in shaa Allah kalau ada rezeki mungkin dapat. Berdasarkan kawan-kawan dekat asasi dulu majoriti addmath masa spm paling rendah pun B. Lagipun syarat kemasukan ke asasi UiTM 2A2B minimum untuk subjek pilihan.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalamualaikum,nak tanye..tawaran biasiswa asasi tuh kene mohon ke atai automati dpat bila msuk asasi uitm??
ReplyDeleteWaalaikumusalam, biasiswa di asasi sama seperti biasiswa di matrikulasi KPM dia automatik dapat. Masa MDS nanti akan ada fasilitator yang guide untuk isi borang biasiswa tu nanti.
Deletesalam. nak tnye iv for certain cos for degree, dye tgk reslt sem 1 ke?
ReplyDeletereslt sem 2 kluar b4 iv ke? or after iv?
Wasalam, Iv for certain courses will be using the first semester results so of course you need to score for the first sem. and as for the 2nd sem result I don't remeber when it will be announced but I think it will be announced after the iv session. :)
DeleteAwak spm straight a's ehh ,??
ReplyDeleteSaya tak berapa pandai masa SPM cuma dapat 6A3B tapi alhamdulillah sekarang saya dapat sambung dalam jurusan degree yang saya minat iaitu Kejuruteraan Kimia. Jadi jangan putus asa kalau results SPM kita mungkin kurang baik sebaliknya usaha dan rancang apa yang ada di masa depan kita. Harap membantu :)
Deleteresult saya dapat 7A 2B b iaitu bi dan bio. agaknya dapat tak asasi sains uitm?
ReplyDeleteLepas sangat ni dik. Tahniah :)
Deletesalam , apa syarat untuk TESL?
ReplyDeleteNak tanya..asasi sains ni memang blajar di uitm dengkil ke? Biasa ramai tak yang mintak asasi sains ni?
ReplyDeleteAsasi semua di Dengkil. Ramai dulu zaman saya kelas sains pun ada 70 dan setiap kelas maximum 35 org.
DeleteUntuk sambung degree nanti uitm ada sediakan penginapan tak? Ataupun kita mesti cari rumah sewa?
ReplyDeleteAda tapi kebiasaannya untuk first semesterlah. semester kedua kebanyakkan kawan-kawan UiTM dah kena pindah keluar unless kalau aktif dan ada banyak kupon aktiviti bolehlah mintak duduk dalam.
DeleteAssalam..nak tanye,yg kpm kasi duit tuh memang automatik dpat bila msuk asasi sains or certain je?
ReplyDeletehmm nak kata automatik ke tak tu rasanya tak berapa sangat sebab ada kena isi form banyak banyak dan lagi satu dia depends pada gaji mak ayah jugak tapi kebanyakannya dapatlah.
DeleteResult spm 2015 sya 8A2B. Addmaths B dan Bio B+. Sya brminat dgn asasi kjuruteraan..agk2 bleh dpt tak asasi kejuruteraan uitm? Cma sya kurang keyakinan diri...
ReplyDeleteTentu-tentulah lepas. Jangan risau! Tahniah dapat 8A2B, saya pun tak mampu nak dapat keputusan secemerlang awak :)
Deleteassalam, saya tgh keliru nak ambil sma ada dip farmasi atau asasi sains. pd pndangan abg mna yg lebih baik
ReplyDeleteAbang rasa kalau adik dah betul-betul rasa nak teruskan dalam bidang farmasi lebih baik ambik diploma farmasi, tapi kalau masih keliru nak pilih bidang apa boleh masuk asasi.
Deletesaya nak tanya kos untuk asasi sains uitm brape ye? dan ada bntuan biasiswa x ?
ReplyDeleteRM 600++ je, dalam banyak-banyak uni UiTM lah yuran paling murah dan KPM ada sediakan biasiswa untuk pelajar asasi. :)
DeleteAssalamualaikum. Saya nak tanya, pembelajaran asasi uitm dalam bahasa melayu ke english?
ReplyDeleteWaalaikumusalam. Bahasa Inggeris.
DeleteAssalamualaikum. Saya nak tanya, berapa minggu dalam satu semester?
ReplyDeleteWaalaikumusalam, satu semester 14 minggu kuliah.
Deletelepas asasi uitm, kalau pointer bagus boleh sambung oversea tak?
ReplyDeleteBoleh, tapi awak kena dapatkan dulu replacement dekat universiti luar, boleh cuba mohon directly di univerisiti tu atau melalui agen. Rasanya ramai jugak senior asasi yang pernah share benda ni.
DeletePlacement*
DeleteKalau pointer upu tu kan mmg kita kira sendiri je eh? Uitm takde keluarkan slip untuk diprint ke mcm mana?
ReplyDeleteTak payah susah susah kira sendiri, UiTM akan kirakan. Awak akan dapat email dari UiTM untuk results UPU. So tunggulah biasanya lewat sikit selepas results sem 2 dikeluarkan.
DeleteKalau pointer upu tu kan mmg kita kira sendiri je eh? Uitm takde keluarkan slip untuk diprint ke mcm mana?
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Nak tny . Kalo upu nanti.. Dorang tgk result cgpa uitm atau cgpa upu?
ReplyDeleteKalau mohon di UPU untuk universiti lain selain UiTM, diorang akan tengok cgpa UPU awak.
Deletekalo di upu mintak ijazah uitm, yang ditengok tu nnti pointer uitm lah ye?
DeleteAssalamualaikum, kalau saya ambik asasi sains tapi saya nk sambung degree dlm jurusan law boleh ke?
ReplyDeleteWaalaikumusalam, boleh rasanya sebab bidang sains ni peluang ke jurusan degree tu masih terbuka. Cuba tanya pendapat orang lain.
DeleteAssalamualaikum, kalau saya ambik asasi sains tapi saya nk sambung degree dlm jurusan law boleh ke?
ReplyDeleteSaya dapat course asasi sains di uitm dengkil dan dalam masa yg sama dapat matrikulasi melaka. Peluang nak ke degree lebih mudah sekiranya saya ambil asasi atau matrik?
ReplyDeletePeluang untuk ke degree sama rata bagi asasi dan matrik. Cuma yang membezakan peluang awak ke degree tu result akhir awak di matrikulasi atau asasi. Goodluck!
DeleteTumpang tanya, how to rayu/mohon UITM course law secara direct? Sbb pihak UPU kata saya tak mohon UPU. And diorang kata saya ada 2 options je
ReplyDelete1.apply next year
2.buat rayuan direct to univ yg kita nak.
and suprisingly saya minat UITM utk course law. So how bro?
Dapat kursus apa? Biasanya untuk tukar kursus awak kena habiskan dulu satu semester dalam kursus yang awak dapat and make sure kena skor lepas tu jumpalah dekat fakulti atau ketua jabatan untuk mintak pertukaran kursus. Atau pun awak kena tunggu next UPU. Tak pun mintak direct entry di universiti lain. Dapat UiTM kan?
Deleteassalamualaikuum,nk tnya klau dpat asasi kejuruteraan at uitm bole tuka k asasi sains k?berapa purata pelajar perempuan yg amik asasi jurutera ngan asasi sains??
ReplyDeleteWaalaikumusalam, tak boleh sebab keputusan yang awak dapat dari UPU adalah muktamad. Purata pelajar perempuan masa zaman saya 14/15 pelajar perempuan ke pelajar lelaki bagi kursus asasi kejuruteraan 3:10. Kalau satu kelas pelajar lelaki ada 30 jadi pelajar perempuan cuma ada 9 orang. Ni terbalik bagi asasi sains.
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSaya minat dengan asasi tpi hritu saya terbuat sbg pilihan kedua..jdi saya dpt pilihan prtm iaitu dip in fisio..boleh xklu nk buat rayuan for asasi?
Waalaikumusalam, cubalah buat rayuan melalui UPU. Kebarangkalian nak dapat tu saya tak jamin. Tapi manalah tahu ada rezeki awak.
DeleteAssalamualaikum saya nak tanya kalau dari background commerce (perdagangan) boleh tak nak ambil asasi sains ? result saya straight saya dan dapat peluang ke asasi sains kemanusiaan di UIA tapi saya tidak berminat jadi saya ingin membuat rayuan ke asasi sains tapi takut tidak diterima . Terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumusalam, commerce masih ada ambik kimia, fizik, addmaths kan? Rasanya kalau asasi di UIA meraka ada malam ta'ruf (saya tak pasti betul ketidak namanya) dimana students diberi peluang untuk tukar kursus. saya rasa di UIA sendiri ada asasi sains hayat dan fizikal tapi berbeza sedikit dengan asasi sains tulen di UiTM.
Deletesalam bang, nak tanya kat sana ada disediakan iron ke? ke kena bawak sendiri? anddd kettle boleh bawak ke?
ReplyDeleteWasalam, bawak sendiri iron, kettle pon boleh. Tapi kena bayar untuk sticker barangan elektrik.
DeleteAssalamualaikum, saya dapat course asasi sains di uitm dengkil. Saya nak tanya borang perjanjian asasi ipta perlu dihantar pada hari pendaftaran atau boleh dihantar pada hari lain?
ReplyDeleteWaalaikumusalam, hantar hari pendaftaran dan kalau ada masalah tak dapat hantar masa haritu boleh tanya fasilitator kat sana. Diorang akan tolong.
DeleteAssalamualaikum bang.. nk tnya psl kelas nnti kita boleh pilih ataupun pihak pengurusan dah tetapkan kita dapat kelas mana? time kasih =D
ReplyDeleteWaalaikumusalam, kelas akan ditentukan oleh pengurusan secara rawak.
DeleteSalam, nak tanya psl buku y kena guna utk asasi kejuruteraan..takut salah beli
ReplyDeleteAssalamualaikum. Bang, pelajar aliran sastera boleh x buat asasi dlm sains??
ReplyDeleteWaalaikumusalam, kalau untuk kemasukan ke asasi sains IPTA rasanya tak boleh. Kalau di IPTS mungkin boleh, sebab syarat kriteria untuk asasi sains kebiasaannya ada beberapa subjek sains yang perlu di ambil semasa SPM.
DeleteAbang, kalau saya fail physic sem 1 tapi bio and chemist perform cane ea? Boleh ke proceed ke sem 2?
ReplyDeleteKena lulus dalam physic dulu kemudian baru dapat teruskan ke semester 2. Kenalah jawab repeat paper bagi lulus ok.
DeleteAssalamualaikum, sekiranya result spm dalam bidang kemanusiaan mcm perdagangan, eko, ict dapatla dalam 6A-7A, agak agak peluang nak sambung ke asasi law kt uitm ni lepas tak bang? And macam mana pula nak sambung degree law? I mean mcm mana jalan dari asasi law tu utk sambung ke degree law and berapa tempoh tahun? Thank you :))
ReplyDeleteSalam student asasi dapat elaun kan macammna nk download form elaun tu
ReplyDeleteWasalam, ikut pengalaman dulu, masa cetak semua surat tawaran and kemasukan ke asasi dia dah sekalikan dalam dokumen yang perlu diisi.
DeleteSalam macammna nk dapatkan borang untuk elaun asasi tu
ReplyDeleteAda terdapat sekali masa pendaftaran / minggu orientasi / MDS.
DeleteYuran sem 2 berapa? 😂
ReplyDeleteAssalamualaikum.ada soalan nak tanya kat bro ni..elaun asasi tu time daftar baru mohon atau sebelum yaa ??.. kena ada pengesahan ke daripada orang-orang tertentu...dah pening nii..ada kata tidak perlu ada kata perlu..mana satu ya..
ReplyDeleteMasa pendaftaran akan ada pensyarah yang ditugaskan untuk proses pengesahan dan cop.
Deleteassalamualiakum, wanna ask the latest total yuran pengajian dan penginapan kalau ambik asasi di uitm berapa ya? 2016/2015 berapa? tahu tak?
ReplyDeleteMungkin boleh rujuk di portal UiTM sendiri.
Deleteassalamualaikum, saya pelajar Asasi Kejuruteraan UiTM Dengkil. Agak2nya, boleh x saya sambung Ijazah dalam Perubatan? Universiti apa yg terima lepasan asasi kejuruteraan utk sambung perubatan?
ReplyDeleteKalau dari kejuruteraan nak sambung perubatan? Rasanya mungkin ada peluang di swasta. Lebih baik fokus pada realiti dan sambung pada kejuruteraan. Tak buang masa. Sekadar nasihat.
Deletekalau amik diploma sains lps tu boleh terus apply ijazah perubatan tak kalau result ok
ReplyDeleteI heard of this too. Boleh if you score well in your diploma. Esp girls and you guys have a lot of competition dengan students foundation.
Deletesalam,saya baru habis spm and saya ambik aliran perdagangan but saya nak ambik asasi tesl. so saya layak ke? trial spm i got 7A
ReplyDeleteWasalam. Layak! :) goodluck.
DeleteAssalam..sy bru lps spm, trial sy dpt str8..sy nk tnye, klu amek asasi kejuruteraan di uitm, pljrn susah mcm spm ke atau lg susah..n mmg rmai ke budak2 yg amek asasi ni bijak2...sy nk amek asasi kejuruteraan tapi sy takut nnti susah bljr n takut x dpt biasiswa untk smbung bljr lps tu sbb rmai competition...sy xnk mnyusahkn mk ayh sy byr yuran pengajian sy....ke sy patut amek diploma?....blh abg tlg beri pndpt...t.kaseh
ReplyDeleteWasalam, memang susah zaman sekarang ni sebab banyak sangat saingan. Subjek asasi kejuruteraan taklah banyak beza pon dari silibus spm cuma ada beberapa penambahan je. Pensyarah pon sangat membantu. Cuma kena pandai jaga diri dan tak culture shock. Better masuk asasi atau matrikulasi, sebab tengok result untuk trial macam mampu untuk bawak. Kalau ambik diploma pon bagus tapi lambat sikitlah untuk habis belajar.
DeleteSaya nak tanya if asasi sains dkt uitm then nak sambung degree ke u lain boleh ke ?
ReplyDeleteBoleh, bebas nak kemana sekalipon, termasuklah overseas.
Deletebm a-, bi b, sej b+ ,math c+ dapatkah masuk asasi?subjek sains lain c
ReplyDeleteMungkin boleh cuba nasib di matrikulasi. Usaha lebih kuat! Goodluck.
Deletekalau dapat kimia c+ lepas tak asasi sains
ReplyDeleteTak pasti. Tapi syarat kelayakan/kemasukan asasi elektif yang empat tu perlu paling minimum 2A 2B. Tapi boleh cuba nasib mana tahu rezeki ataupon alternatif lain macam matrikulasi.
Deleteassalam . saya dapat 7A spm but chem b+ and addmath c . peluang utk saya dapat masuk asasi sains ni mcm mana yee ?
ReplyDeleteTak pasti. Tapi syarat kelayakan/kemasukan asasi elektif yang empat tu perlu paling minimum 2A 2B. Tapi boleh cuba nasib mana tahu rezeki ataupon alternatif lain macam matrikulasi.
Deletenak tanya
ReplyDeletekalau nak amek asasi law,adakah syarat 2A2B digunanakan untuk mengambil course ni
Boleh semak di laman web uitm sendiri syarat kemasukan ke asasi uitm berdasarkan jurusan.
DeleteSalam
ReplyDeleteKlu dpt C+ untuk chemistry and biology bole tak ambik asasi sains Di Uitm
Boleh cuba nasib tapi dinasihatkan untuk pilih matrikulasi / form 6 sebagai alternatif.
DeleteErrr
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteKlu dpt C+ untuk chemistry and biology bole tak ambik asasi sains Di Uitm
Wasalam,
DeleteDigalakkan untuk cuba mohon matrikulasi.
Assalamualaikum,saya dapat bm b+(kecewa sungguh) bi A sej A Agama A- ekonomi asas C maths C+ addmaths C+ Sains B+ and prinsip perakaunan C.saya nak memohon asasi undang2.agak2 apa peluang saya untuk dapat asasi udang2? dan bagaimana saya nak buat rayuan kalau tak dapat?mohon penjelasan bro.saya buntu
ReplyDeleteBoleh rujuk laman Uitm sendiri untuk syarat kemasukan ke asasi mengikut jurusan. Selepas fasa 1 pengumuman keputusan UPU akan dibuka pulak fasa rayuan.
DeleteSalam, saya nk tanya. Adakah Asasi Kejuruteraan atau Asasi sains fizikal(cth UNIMAS) menggunakan bahasa inggeris sahaja??? Ataupun ada yg bahasa melayu?? Kalau exam pula dua2 bahasa ada atau x?? Mohon penjelasan tq
ReplyDeleteDi UiTM bahasa Inggeris. Asasi lain saya tak pasti.
DeleteSalam saya dpt 6A3B. Bio A+ Fizik A Kimia A- Addmath B. Agaknya saya boleh tak dapat asasi sains ni?
ReplyDeleteBoleh sangat ,In Shaa Allah
DeleteBoleh. Sebab dah lepas syarat kemasukan. Tahniah.
DeleteSalam. Sy dpt 8a 1b. Addmath sy dpt b+. Nak tanya, kalau sy bljr asasi sains uitm ni, ape antara course yg sy blh minta lps hbs asasi nnt? Farmasi/dentist boleh ke x ? Terima kasih :)
ReplyDeleteTerbuka. Boleh masuk kursus apa apa yang awak nak. Tahniah.
DeleteSalam. Sy dpt 8a 1b. Addmath sy dpt b+. Nak tanya, kalau sy bljr asasi sains uitm ni, ape antara course yg sy blh minta lps hbs asasi nnt? Farmasi/dentist boleh ke x ? Terima kasih :)
ReplyDeleteSalam. Sy dpt 8a 1b. Addmath sy dpt b+. Nak tanya, kalau sy bljr asasi sains uitm ni, ape antara course yg sy blh minta lps hbs asasi nnt? Farmasi/dentist boleh ke x ? Terima kasih :)
ReplyDeleteAssalam. Nak tnya asasi sains hayat tu menjurus ke bidang mana utk degree & peluang pekerjaan nnt?
ReplyDeleteAssalam hi. Just wanna know, i want accounting course. As we all know, there is no foundation in accounting, 4 je ada. Engineering, tesl,science and law. So im not sure mana satu pathway utk accounts. So i just applied foundation in law. So can i change my degree course to accounting? If i score well la time asasi. Thank you :)
ReplyDeleteI think it's possible to do so since I got friend which originally enrolled Foundation of Law in UiTM then he pursue his degree in Civil Engineering. But why don't you need to waste time for things you don't want. Better go for dip in accounting.
DeleteSalam bro, harap masih aktif .. Just nk tnye psal roomate , adakah roomate ni mmg same course ataupun random?
ReplyDeleteMasa zaman saya di Palam, ye! Di dengkil saya tak pasti.
DeleteSalam bro, hrap msih aktif.. just nak tanye psal roomate , adakah roomate kite semenangnya same course dgn kite atau random?
ReplyDeletesalam.. asasi tesl ada kan? kelayakannya sama jugak ker dengan asasi sains?
ReplyDeleteAda. Boleh rujuk laman web UiTM sendiri untuk syarat kemasukan.
Deletesalam.. asasi tesl ada kan? kelayakannya sama jugak ker dengan asasi sains?
ReplyDeleteSalam , bro printer pun akan dikenakan sticker jugak ke ?
ReplyDeleteRasanya ya. Tapi bergantunglah pada pengurusan kolej. Boleh tanya pada staff di pejabat nanti.
DeleteNak tanya,kalau study asasi di uitm,terjamin atau tak blh masuk degree terus mcm uni lain seperti unimas dan uiam?Atau mesti mohon lg dn tgk sm ada dpt twrn atau tak?
ReplyDeleteKalau keputusan bagus, In Shaa Allah tak ada masalah.
DeleteSalam, saya baru habis spm. Saya dapat 8a 1b which addmath b+, lepas ke nak masuk asasi kejuruteraan sebab saya dengar budak asasi uitm ni ramai straight As...
ReplyDeleteaku bukan admin.. tapi rasenye, ramai je yg x straight As boleh masuk tahun lepas.. tp x comfim la.. hehe.. aku pon 8As jugak.. B+ chemy.. harap2 dpt masuk le
DeleteInsyaAllah kita kena banyak berdoa. Haha sekolah mana dulu bro?
DeleteMemang lepas rasanya.
Deleteslm, nk tanye, kalau asasi di uitm ni wajib kene join mcm kelab, kawad kaki, sukan mcm kat matriks ke? saye x minat sgt nk join aktiviti2 mcm tu.. jadi kalau boleh nk elak la..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. klau nk apply scholarship utk degree lepasan asasi sains uitm kena guna cgpa upu ke uitm?
ReplyDeleteWaalaikumusalam.
DeleteCGPA UiTM.
Penggunaan laptop sgt penting dan membantu tak semasa study asasi di uitm?
ReplyDeletePenting. Nak guna untuk jawab kuiz online nanti.
DeleteAlhamdulillah result upu harini dapat uitm dengkil. Nak tanya, boleh pilih roomate ke masa daftar sama"? Ataupun pihak uitm dah tetapkan awal"?
ReplyDeleteBoleh. Daftar sama-sama ye!
DeleteHai nak tanye, masok asasi perlu ke kita bawak laptop?
ReplyDeleteHai, masok asasi prlu ke bawak laptop?
ReplyDeletePerlu. Nak jawab kuiz online nanti.
Deleteboleh buat rayuan ke for asasi?
ReplyDeleteBoleh buat rayuan.
Deleteassalamualaikum, i got offer from both matriculation and also foundation sc at uitm dengkil. i would like to hear ur opinion which one is way better due to the subject. specifically which route is more tough to be in? is it both can lead me to further my degree in oversea? kindly need your response, tqvm :)
ReplyDeletematriculation is better. You can further you study in London (with IELTS)
DeleteSalam. nk tny psl roomate. uni yang tetapkan ke masa daftar tu ke camne?
ReplyDeleteBoleh pilih tapi kena daftar sekali.
DeleteBoleh apply oversea tak lepas asasi?
ReplyDeleteSalam. nak tanya. utk subjek chemistry, code chm092, guna buku apa ye? kalau tahu author buku tu lagi bagus. Thank you in advance!
ReplyDeleteMcGraw Hill.
DeleteHai assalamualaikum
ReplyDeletesaya nak tahu course apa yang sesuai untuk saya.saya minat fizik dan matematik.saya memang tak boleh dengan kimia.Harap apat bantu :)
Engineering lah yang paling sesuai.
Deleteada buat tak entry pasai kejuruteraan kimia?
ReplyDeleteBercadang jugak nak buat artikel tentang kejuruteraan kimia. Apa je yang berkaitan kejuruteraan kimia yang awak nak tahu?
Delete