Bila Entah Nak Sedar!

Monday, March 16, 2015



" I don't regret the things I've done, I regret the things that I didn't do when I had the chance. " " No one is going to hand me success, I must go out and get it myself. That's why I'm here. To dominate. To conquer. Both the world and myself. "

Semangat dah lama luntur. Diri mula lupa matlamat asal, terbawa dengan keseronokan hidup bila tiada yang mengawal. Ada masa dipersiakan, perkara tak pentinglah yang diutamakan. Kadang-kadang terfikir apa yang patut dilakukan, tapi setakat bermain di fikiran. Tiada usaha yang diambil, terus buang masa.

Pernah bila mana sesuatu yang rasa dah diusahakan sebaik mungkin tetapi keputusan yang diperoleh tidaklah setimpal mana. Diri pula mula membandingkan diri dengan individu lain. Usaha mereka sedikit, tapi apa yang mereka dapat lumayan! Tak adil, mula mempersoal. Pernah rasakan?

Jahat betul fikiran. Bukan mahu sedarkan diri, lipat gandakan usaha. Patutnya usaha, usaha dan usaha lagi. Bila pandang semula ke belakang banyak yang dikesalkan. Tapi masih asyik, tak berhenti dengan alasan penyedap hati yang memang melekakan minda dari realiti kehidupan. Langsung tak ambil teladan, jadikan pengajaran. Degil! Masih banyak yang menunggu untuk dicapai tapi kesedaran itu kurang.

Baru belakangan ini, tampar diri sedar dari khayalan. Mula berjaga lewat malam, pegang nota kuliah, mata ralit membaca sambil tangan teruskan mencatat. Bermulalah minggu-minggu penting. Penting bagi tentukan di mana perhentian seterusnya, moga diri terus kekal sedar dan bangun dari asyiknya tidur. Bangkit gapai matlamat asal, bantu diri sendiri.

Final dah tak lama. Good Luck kawan-kawan seasasi, Puncak Alam. Moga dipermudahkan minggu-minggu penamat kita.  

Amin.

Whould you like to comment?

Get more nice stuff in your inbox!

@syakiersalleh

Disclaimer


All posts and images are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are allowed to be used in other third-party websites without a written consent from the website owner.