Tarikan Baharu di Batu Caves, Gombak

5:01 AM

Sepanjang dua puluh tahun menetap di Kuala Lumpur belum pernah sekali pon aku jejakkan kaki di salah satu tarikan pelancongan yang terletak di Gombak iaitu Batu Caves.

Sedikit info tentang Batu Caves ini adalah gua batu kapur yang merupakan salah satu kuil Hindu yang agak popular di Malaysia dan menjadi titik tumpuan terutama ketika pada hari perayaan Thaipusam yang di sambut oleh masyarakat Hindu. Di bahagian atas Batu Caves ini terdapat sebuah kuil Hindu dan untuk sampai ke bahagian atas para pengunjung perlu mendaki 272 anak tangga. Sememangnya agak melelahkan bagi orang yang kali pertama sampai di sini.

Sebelum ini tarikan utama yang ada di Batu Caves adalah dengan adanya tugu atau patung Dewa Murugan yang berukuran 42.7 meter. Tugu ini merupakan yang paling tertinggi terdapat di Malaysia dan juga kedua tertinggi di dunia. Sebanyak 2.5 juta ringgit Malaysia telah dibelanjakan untuk pembinaan selama 3 tahun patung ini dengan menggunakan 250 tan keluli, 1.550 meter padu konkrit dan 300 liter cat emas.

Baru-baru ini juga tersebar di media sosial berkaitan Batu Caves yang sudah berwajah baharu. Memandangkan aku juga semasa itu berada di sekitar Kuala Lumpur pon ambillah kesempatan untuk lihat dengan mata sendiri wajah terbaru Batu Caves. Batu Caves pada masa sekarang lebih menarik setelah setiap anak tangga menuju ke bahagian atas di cat dengan mengikut tona warna terang kepada tona warna gelap.

Berikut merupakan foto-foto yang aku ambil semasa berada di sana untuk tatapan korang semua:


Potrait satu!

Potrait dua!

Arca burung merak yang terdapat di kuil di bahagian atas Batu Caves

Tak lengkaplah kalau datang ke Batu Caves tapi tak bergambar dengan tugu simbolik yang satu ni!


Susunan tangga yang dicat mengikut tona warna menarik

Sekitar gelagat peniaga di luar kawasan tangga Batu Caves

Sejujurnya kita, kita semua warganegara Malaysia ini aku rasakan amat beruntung kerana berkongsi dan dapat merasa budaya masing-masing sambil hidup dalam keharmonian. Sememangnya pengalaman yang menyeronokkan bagi aku dapat berkunjung ke sini.

Korang yang baca entry aku ni macam mana pulak? Dah pernah jejakkan kaki ke Batu Caves?

You Might Also Like

2 Comments

  1. Nampak juga dekat IG yang Batu Caves ni dah berwajah baru. Belum pernah pergi sini lagi. Teringin nak pergi but my parents are not fond of this place. Mungkin kena pergi dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete
  2. Lawa! Tak pernah pergi Batu Caves sebab banyak tangga lol tapi rasa nak pergi sebab cantik

    ReplyDelete

Syakier Salleh. Powered by Blogger.