#RekomenFilem What Happened to Monday?

4:36 PM

It's been awhile since kali terakhir aku review dan rekomen filem dekat blog. First Kiss Kisah Cinta Komedi Thailand merupakan post terakhir aku berkaitan filem. Dan baru dua hari lepas aku ada masa senggang untuk stay up layan movie lepas siapkan partial thesis aku.

So, filem kali ini yang aku nak #RekomenFilem adalah What Happened to Monday.



Latar masa dan tempat bagi filem ini berlaku di masa hadapan yang maju dan canggih dengan teknologi dan sains. Banyak dan boleh kata setiap babak di dalam filem ini memaparkan kecanggihan teknologi mereka dengan sistem hubungan yang cuma gunakan paparan pada telapak tangan. Memang susah nak jangkau dek akal dengan teknologi macam tu dalam zaman kita yang sekarang ini tapi tak dinafikan tak mustahil untuk teknologi sebegitu ada pada masa hadapan.

Filem ini memaparkan permasalahan lambakan penduduk dan kekurangan sumber makanan bagi menampung keperluan semua manusia. Jadi dengan itu, Nicolette Cayman selaku pengarah bagi Child Allocation Bureau (CAB) menguatkuasakan akta rancangan keluarga kepada semua masyarakat untuk hanya mempunyai seorang anak bagi satu keluarga. Sekiranya didapati mempunyai anak lebih dari seorang, maka mereka akan tangkap anak-anak lebihan untuk dimasukkan kedalam cryo chamber yang kononnya dikatakan akan ditidurkan sementara sehinggalah masalah overpopulation di dalam dunia ini diselesaikan dan anak-anak yang ditidurkan ini akan dibangunkan semula.

Berbalik kepada watak utama dalam filem ini, mengisarkan tentang 7 orang adik beradik kembar yang cuba untuk survive kehidupan mereka di dalam dunia yang tidak membenarkan mereka untuk hidup bebas. Setiap adik beradik ni mempunyai personaliti mereka yang tersendiri walaupun mereka kembar dan mereka juga diberi nama mengikut turutan hari di dalam seminggu. Untuk memudahkan lagi korang mengenali watak ini aku akan senaraikan nama dan personaliti mereka di bawah:

Monday - long haired leader, that went missing
Tuesday - red headed compassionate drug user
Wednesday - health nut and anti-NGO fanatic
Thursday - short haired skateboarder that thrashed her finger and longs for freedom
Saturday - blonde hair partier and cut up
Sunday - the believer and the idealist

Ketujuh-tujuh adik-beradik kembar ini cuma boleh menggunakan satu identiti yang sama iaitu Karen Settman dan mereka cuma boleh keluar dari rumah mereka mengikut giliran hari berdasarkan nama mereka untuk mengelakkan ditangkap oleh CAB.

Permulaan cerita bagi aku sedikit perlahan sebab plot sedang menceritakan suasana di latar tempat mereka dan plot berkembang dengan usaha datuk mereka yang melatih mereka untuk hidup secara kolektif dengan menggunakan cuma satu identiti. Aku suka sangat dengan Noomi Rapace yang aku yakin telah berjaya melakonkan 7 watak dengan identiti berbeza dengan baik. Bukan semua pelakon aku rasa yang berbakat untuk melakonkan 7 watak dalam satu filem. Aku jugak nak puji dengan cinematography bagi filem ini kerana belum pernah lagi aku lihat filem yang mempamerkan 7 watak serentak hasil lakonan cuma seorang pelakon. Di antara ketujuh-tujuh watak ini, watak kegemaran aku ialah Wednesday. Aku rasa cuma Wednesday yang banyak menyumbang kepada babak aksi yang menarik untuk ditonton dalam filem ini. 


Filem ini pada mulanya tidak menjadi pilihan aku kerana aku kurang gemarkan filem bergenre sains fiksyen yang kebiasaannya mempunyai jalan cerita yang berat dan berfakta dan macam-macam terma saintifik yang kadang-kadang aku langsung tak faham. What Happened to Monday, ini sebuah filem yang aku rasa sesiapa pon boleh relatekan diri mereka untuk memahami dan menikmati filem ini kerana tema utama yang dibawa dalam filem ini adalah tema kekeluargaan.

Secara keseluruhannya filem ini sepatutnya mendapat sambutan yang lebih. Terdapat banyak babak-babak menarik yang penuh dengan aksi dan tak kurang jugak babak yang akan mengalirkan air mata untuk korang tonton. Banyak juga pengajaran dan motivasi yang dapat diambil dari menonton cerita ini. Yang paling aku tabik untuk cerita ini adalah plot twist yang paling aku tak sangka di pengakhiran cerita. Mungkin nanti aku akan cuba untuk ulang tonton filem ini lagi.

RATING: 4.7 / 5
Kalau korang ada suggestion movie yang best untuk aku tonton, korang boleh listkan di bahagian komen di bawah ye!

You Might Also Like

0 Comments

Syakier Salleh. Powered by Blogger.