Kenapa Blogger Perlu Email Signature?

7:10 PM

Kenapa Blogger Perlu Email SIgnature


Dalam zaman yang serba moden kini, emel merupakan salah satu alternatif untuk kita berhubung. Banyak gunanya platform emel ini contohnya untuk urusan kerja, pemberitahuan jualan murah sekiranya anda melanggan emel daripada laman jualan online dan kalau nak mintak kerja pon kita gunakan emel.


Hidup seorang blogger dengan emel pon tak dapat dipisahkan sebenarnya. Sebab setiap komen baru yang masuk di blog akan diberitahu dahulu menerusi emel supaya dapat ditapis oleh tuan punya blog. Komen-komen yang murni akan dipublish dan komen-komen yang negatif akan didelete. Jadi apa kaitannya email signature dengan blogger?

Ehh korang tahu ke tak email signature itu apa sebenarnya?

Kenapa Blogger Perlu Email SIgnature
Ini merupakan contoh emel signature aku sendiri. Emel signature ini terletak di bahagian bawah emel yang dikarang. Banyak benda yang boleh di masukkan dalam emel signature ini, antaranya nama korang (paling utama), boleh jugak kalau nak tambah description tentang diri sendiri; kalau blogger tulislah blogger, kalau korang pelakon ke model ke pon boleh letak, actor/actress/model ikut suka hati okay! 

Yang paling bergunanya emel signature ini adalah boleh linkkan sekali semua sosial media dan letak details contact korang untuk mudah dihubungi. Manalah tahu klien ternampak emel signature korang dan terus singgah blog korang lepas tu dia rasa nak buat kolaborasi dengan tawarkan advertorial post ke kan? 


Kenapa Blogger Perlu Email Signature?

1) Professionalisme

Kalau kau seorang blogger dan selalu hubungi klien atau pon berbalas komen dengan pembaca blog korang di emel adalah baiknya untuk korang ada emel signature ni. Dengan adanya emel signature akan menampakkan lagi professionalisme emel korang. Emel signature ini juga akan menjadi identiti korang dalam menggunakan perkhidmatan emel ini. Menerusi emel signature ini penerima emel akan mendapat tahu serba sedikit tentant diri korang berdasarkan details yang korang letak pada emel signature.

2) Kad Nama Elektronik

Kebiasaannya blogger-blogger yang famous dan selalu di jemput ke event-event besar mempunyai kad nama mereka sendiri supaya senanglah untuk memperkenalkan diri mereka dan kalau ada tawaran kerja pon si penerima boleh terus hubungi blogger tadi dengan details yang ada pada kad nama tersebut. Samalah jugak bagi emel signature, cumanya versi elektronik. Pembaca akan dapat mengetahui details mengenai diri anda, dan setiap kali emel anda di forward, emel signature anda akan tetap dapat dilihat oleh pembaca lain.

3) Menambah Trafik Blog

Amat penting bagi seorang blogger untuk includekan link url ke blog mereka pada emel signature. Menerusi emel signature, pembaca emel anda akan dapat terus melawat ke blog anda tapi perlu melakukan carian di enjin carian. Klik terus dan sampai di blog anda. Ini sangat berguna terutamanya pada blogger yang menggunakan khidmat newsletter bagi memberitahu para pembaca mereka mengenai post baru di blog mereka.

4) Alternatif untuk Hubungi Anda

Menerusi emel signature, korang boleh linkkan kesemua media sosial yang ada. Kebiasaannya jarang ada orang yang setiap hari semak emel mereka. Dengan adanya details media sosial korang yang dilinkkan pada emel signature akan memudahkan lagi pembaca blog untuk berhubungan dengan korang secara langsung dan cepat. Ini juga dapat meningkatkan lagi engagement di antara blogger dan jugak para pembaca.

Banyak kelebihan yang boleh seorang blogger dapat menerusi penggunaan email signature ini. Nak tahu macam mana untuk cipta email signature dan tetapkan di blog korang? Boleh baca di sini: Cara Tetapkan Email Signature Pada Email 

You Might Also Like

6 Comments

  1. Nice one.

    Tak pernah fikir pasal email signature macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice one kan. Boleh apply dah dekat email.

      Delete
  2. Ahaks! akak pun tak pernah terfikir pun beremail signature ni. HAHAH! bagus tips yang Syakir kongsikan ni.

    ReplyDelete
  3. selaku hakak yang agak senja usianya ni memang tak tahu menahu bab signature email ni. Harus belajar ni. Thanx for the new knowledge (for me)

    ReplyDelete

Syakier Salleh. Powered by Blogger.