7 Tips Berguna untuk Belajar Secara Efektif

5:51 AM


Jadi seorang pelajar atau mahasiswa ni kadang-kadang memang stress. Terutama bila dah masuk hujung semester, macam-macam dateline kerja yang datang berduyun-duyun. Stay up setiap malam dengan mata bengkak sebab tak cukup tidur tu boleh kata macam rutin harian kitalah. Bila dah selesai semua assesments dan projek, final exam merupakan perkara yang terakhir tinggal untuk menguji kita. 

Kepada semua pelajar dan mahasiswa kali ini suka untuk aku kongsikan tentang tips belajar yang akan membantu memperbaiki skill belajar sedia ada korang.


7 Tips Berguna untuk Belajar Secara Efektif



1) Tak Tahu Nak Mula Macam Mana

Buat senarai setiap tajuk dan subtopik yang perlu diulang kaji. Tetapkan prioriti setiap topik. Rancang dan bahagi masa untuk ulang kaji secara realistik. Mulakan study awal waktu walaupun cuma satu atau dua jam sehari sehinggalah hari peperiksaan.

2) Banyak Perkara Kena Study.. Tapi Masa yang Tinggal Terlalu Singkat

Preview semula nota dan latihan. Lihat semula semua silibus dan subtopik mata pelajaran. Buat penekanan hanya pada subtopik yang penting dan yang masih kurang faham. Tips ini dapat menjimatkan masa dengan memastikan kita faham dan fokus pada subtopik yang penting.

3) Subtopik Membosankan.. Terlalu Banyak Teori

Buat nota atau mind map, highlight kan konsep dan perkara yang penting. Soal diri sendiri tentang isi-isi penting bagi subtopik tersebut. Berbincang dengan kawan untuk tingkatkan kefahaman dan ingatan.

4) Dah Baca, Dah Faham, Tapi Masih Tak Ingat

Huraikan subtopik itu dengan berikan contoh sendiri. Kaitkan informasi yang baru kita belajar dengan perkara yang telah kita tahu. Ini akan menguatkan lagi kefahaman dan ingatan kita kerana kita akan lebih mudah untuk mengingati perkara yang berkaitan dengan kita.

5) Rasa Dah Faham dan Ingat Kesemuanya

Uji kefahaman dan ingatan. Cuba jawab soalan-soalan yang berkaitan isi-isi penting setiap subtopik. Kaitkan hubungan dan konsep di antara subtopik. Huraikan satu persatu isi penting yang ada tanpa rujuk nota untuk lihat sejauh mana kefahaman kita tentang sesuatu subtopik.

6) Terlalu Banyak untuk Di Ingat

Susun atau turutkan input-input baru mengikut turutan supaya lebih mudah faham dan ingat. Maklumat baru akan lebih mudah diingat sekiranya di susun secara sistematik dan teratur.

Tuliskan dapatan setiap subtopik menjadi beberapa kategori dan rumusan. Cipta peta minda untuk mudah hubung kaitkan informasi.

7) Dah Baca.. Tapi Lupa

Review semula. Setiap kali habis baca atau study satu subtopik, cuba untuk mengingati semula isi atau informasi penting subtopik tersebut. Jawab soalan berkaitan subtopik yang di baca. Jika masih tak ingat, cuba untuk baca dan hadam semula bahagian yang masih sukar untuk diingat. Lebih lama masa yang kita luang untuk memahami dan mengingati satu-satu subtopik, lebih lama informasi tersebut dapat kita ingat. Untuk jangka masa panjang juga, akan membuat kita tidak akan lupa 100% tentang subtopik tersebut. 

Bagaimana cara kita menyusun dan mentafsirkan maklumat baharu merupakan perkara yang lebih penting berbanding dengan berapa lama masa yang kita peruntukkan untuk belajar.

You Might Also Like

2 Comments

  1. wah tips dia... power.. tq for sharing!!

    ReplyDelete
  2. wah tips dia.. power.. thank u for sharing.. :)

    ReplyDelete

Syakier Salleh. Powered by Blogger.