Bercuti Di Melaka & Penginapan 4 Bintang Di Novotel Melaka

9:30 PM

Jika anda ingin lari daripada kesibukan hidup di ibu kota, Melaka merupakan negeri pertama yang patut anda pilih. Melaka merupakan sebuah negeri bersejarah yang terdapat di Malaysia bahkan juga seringkali dikaitkan dengan nama Negeri Hang Tuah iaitu pahlawan terulung semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Fakta menarik tentang negeri Melaka ialah pengisytiharan Melaka sebagai sebuah Bandar Warisan Dunia pada tahun 2008 oleh UNESCO iaitu merupakan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan bertujuan untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan melalui mempromosikan kerjasama antarabangsa menerusi bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.

Selesai dengan fakta tentang Melaka, sekarang mari kita lihat apa yang anda boleh lakukan di Melaka!

Melaka ada segalanya yang anda perlu! Terdapat banyak tarikan pelancongan yang ditawarkan. Antaranya adalah:

1) Melaka Jonker Street

Merupakan pusat bagi Chinatown dan merupakan sebuah pasar yang besar dan membolehkan anda membeli apa sahaja yang anda mahu! Pasar Jonker Street akan sentiasa dipenuhi dengan orang ramai sama ada pada hari minggu ataupun hujung minggu.

2) Christ Church Melaka
Sumber: sgmytaxi.com

Merupakan sebuah gereja yang bina oleh pihak Belanda semasa zaman penjajahan mereka di Melaka. Struktur bangunan yang unik dan penuh bersejarah menjadikan ianya sebagai sebuah tarikan yang perlu dilawati semasa berada di Melaka.

3) Taman Tema Air Melaka Wonderland

Melaka bukan sahaja padat dengan tempat berunsurkan sejarah bahkan Melaka juga mempunyai lokasi hiburan keluarga iaitu Taman Tema Air Melaka Wonderland. Dengan cuaca yang panas, amatlah sesuai untuk anda berkunjung di sini bagi meredakan diri dan berhibur bersama-sama dengan ahli keluarga. Taman tema air ini mempunyai 16 permainan yang berbeza untuk anda cuba dan rasai pengalamannya.

4) Melaka River Cruise

Di Melaka juga anda boleh merasai pengalaman menaiki River Cruise di sepanjang sungai Melaka. Sepanjang perjalan melalui sungai Melaka ini anda akan diceritakan tentang bangunan dan sejarah yang terdapat pada bangunan dan lokasi di sepanjang Sungai Melaka. Waktu terbaik untuk melakukan aktiviti ini adalah pada waktu malam di mana anda akan dapat melihat suasana yang cantik di bantu oleh cahaya lampu pada bangunan dan kedai-kedai di sepanjang Sungai Melaka.

5) Menara Taming Sari
Sumber: gomelaka.my

Menara Taming Sari menjadi symbol kepada lagenda Melaka iaitu berkaitan dengan pahlawan terulung Melaka iaitu Hang Tuah di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Berketinggian 110 meter, menara ini membolehkan anda untuk melihat keseluruhan landskap bandar Melaka. Menara ini boleh menampung 66 orang pada satu-satu masa dan setiap sesi adalah selama 7 minit. Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat landskap penuh bandar Melaka dan ambil gambar-gambar yang menarik!

Secara keseluruhannya, Melaka sememangnya mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati dan diterokai!

Puas bercakap tentang tempat-tempat menarik di Melaka? Sekarang jom kita cerita tentang penginapan di Melaka pulak!

Dah puas berjalan mengelilingi Melaka, pastinya kita perlukan penginapan yang selesa dan yang sememangnya berbaloi untuk kita merehatkan diri. Novotel Melaka lah yang sepatutnya menjadi pilihan anda untuk penginapan di Melaka!

Rasai Penginapan Hotel 4 Bintang di Novotel Melaka!


Novotel Melaka memberikan anda merasai perkhidmatan hotel bertaraf 4 bintang dan terletak di lokasi yang sangat strategik berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam dan lokasi menarik untuk dilawati antaranya A’ Famosa dan Gereja St. Paul, Sungai Melaka, Muzium Peranakan Baba dan Nyonya, Tokong Chen Hoon Teng, Christ Church, Dataran Belanda, Jalan Jonker, Makam Hang Jebat, Muzium Tentera Laut Malaysia dan Muzium Maritim, Istana Kesultanan Melayu dan banyak lagi.

Dengan konsep moden dan kontemporari Novotel Melaka sememangnya menawarkan anda dengan pemandangan indah Selat Melaka dan persekitaran bandar bersejarah Melaka.
Fakta mengenai Novotel Hotel:
  • Novotel mempunyai lobi seluas 650 meter persegi yang menjadikannya sebagai hotel yang mempunyai lobi terluas dia negeri Melaka.
  • Menyediakan sebanyak 351 bilik yang terbahagi kepada Superior, Eksekutif, Eksekutif Premier dan Suites yang bermula dengan kadar harga serendah RM198 bagi satu malam.
  • Novotel Hotel juga menawarkan tawaran separuh harga bagi bilik kedua sekiranya pengunjung datang bersama dengan keluarga.


Terdapat banyak kemudahan dan fasiliti yang disediakan di Novotel Hotel:
24-hour room service
Web Corner
Kid’s Corner
Business Centre
Premier Executive Lounge – Exclusive Access
Fitness Centre (gym, swimming pool, sauna)
Concierge services
Laundry & dry-cleaning services
Indoor secured parking services
100% smoke-free environment
24-hour security & reception
Express check-in and check-out

Bila menginap di hotel perkara yang paling penting bagi pengunjung adalah keselesaan dan dekorasi bilik hotel tersebut. Jom kita tengok macam mana agaknya rupa bilik di Novotel Hotel.


Dekorasi bilik bagi Superior Room di Novotel Hotel. Sememangnya moden dan kontemporari! Sangat selesa untuk berehat selepas penat seharian berjalan di bandar Melaka. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan pendingin hawa, televisyen, pembancuh kopi dan the, perkhidmatan WiFi, perkhidmatan bilik 24 jam, sudut kanak-kanak, pusat perniagaan, dobi dan 24 jam kawan keselamatan untuk keselesaan anda sepanjang bermalam di Novotel Hotel serta persekitaran bebas asap rokok.

Kemudahan lain yang terdapat di Novotel Melaka:


Kalau anda sememangnya jenis orang yang tak boleh kalau tak bersenam jangan risau di Novotel Hotel ada menyediakan fasiliti gymnasium untuk kemudahan anda. Jadi bolehlah and terus bersenam walaupun sedang seronok makan angin di Melaka!

Fasiliti seterusnya yang sentiasa menjadi perhatian pengunjung apabila menginap di hotel adalah tak lain dan tak bukan kolam renang! Di Novotel Hotel ada disediakan kolam renang yang sangat luas dan cukup selesa untuk kegunaan anda. Jangan risau dan gusar kerana di Novotel hotel ada dua kategori kolam renang yang disediakan iaitu kategori dewasa dan kanak-kanak. Jadi ibu bapa yang datang bersama-sama anak tak perlu risau tentang keselamatan anak-anak mereka kerana kolam renang kanak-kanak ada disediakan di Novotel Hotel.

Sumber: baynhe.vn

Sekitar pemandangan di kawasan kolam renang di Novotel Hotel Melaka. Turut di sediakan kawasan permainan kanak-kanak di bahagian sudut kolam renang. Orang dewasa jangan gatal pergi main dekat situ pulak tau!

Novotel Hotel Melaka sememangnya menawarkan anda pengalaman yang sangat bermakna untuk anda sekeluarga semasa menginap di sini dengan kesemua fasiliti dan kemudahan yang ditawarkan. Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan Novotel Melaka best rates online sekarang!

Selamat Bercuti xD!

You Might Also Like

0 Comments

Syakier Salleh. Powered by Blogger.