Semangat Yang Hilang & Permohonan Semula Adsense Dengan Domain Sendiri

3:47 PM


Aku rasa perjalanan aku berblog dengan menggunakan khidmat Google Adsense ini memang berliku-liku. Aku dah pernah berkali-kali memohon untuk mendapatkan Google Adsense dan juga sudah pernah diluluskan. Tetapi disebabkan ketamakkan dan kurang pengetahuan aku di masa awal berblog dulu juga telah menyebabkan akaun Google Adsense aku di suspended kan. 

Sedih dan sangat sedih sebab masa itu akaun aku baru sahaja diluluskan selama 3 bulan dan selepas akaun aku dibekukan tiada lagi iklan-iklan dari Google Adsense yang boleh diletakkan dalam blog aku. Selama satu bulan jugak akaun aku dibekukan sebelum aku boleh memperlihatkan semula iklan Google Adsense ke dalam blog.

Baru sahaja akaun Google Adsense aku dibebaskan datang pulak idea dalam kepala aku untuk membeli domain sendiri. Konon-kononnya kalau aku beli domain sendiri akan dapat mencantikkan lagi URL blog aku supaya lebih pendek dan mudah untuk diingati tanpa ada perkataan blogspot itu.

Dan sememangnya keputusan aku untuk menukar kepada domain baharu itu juga satu kesilapan. Aku kurang peka bahawa sekiranya kita menukar domain baharu, maka kita perlu membuat permohonan semula akaun Google Adsense. Jadi usaha aku berbulan-bulan untuk meluluskan dan membebaskan akaun aku yang disekat sebelum ini berkecai sekali lagi.

Sepanjang aku menukar domain baharu itu ada jugak aku cuba untuk mohon berkali-kali untuk mendapatkan kelulusan akaun Google Adsense semula tapi haram nak lepas. Aku jugak ada baca dalam artikel-artikel blogger lain yang ramai mengatakan bahawa selepas menukar domain akan menyebabkan lebih sukar untuk blog korang diluluskan oleh Google Adsense. Padanlah muka aku.

Puas jugaklah aku fikir mana silapnya dan apa penambahbaikkan yang perlu aku lakukan untuk meluluskan blog aku ini. Sampailah satu hari itu aku dah betul-betul merajuk dengan Google Adsense yang jugak menjadi punca aku agak kurang aktif berblog untuk tahun 2016. Hampir setahun jugaklah akaun aku di suspended dan semangat aku untuk berblog pon dah makin pudar ditambah dengan kesibukan aku di universiti dengan banyak aktiviti.

Pada tahun 2017 pulak entah macam mana semangat aku untuk berblog itu datang balik dan aku fikir mungkin jugak sebab domain yang sedia ada sekarang aku ini perlu dibayar dan mendatangkan semula mood aku untuk berblog. Kemanisan yang paling manis aku rasa sepanjang berblog ini juga pada tahun 2017 yang menyaksikan blog aku untuk menang dua kontes yang berikan aku hadiah dan memori yang lumayan sebagai seorang blogger; kontes Traveloka I Need A Holidaylah! dan kontest Shopback Birthday Wish. (Kedua-dua artikel yang aku tulis untuk kontes ini adalah berbahasa Inggeris) 




Kemenangan aku ini memberikan aku kembali kepercayaan kepada diri aku sendiri yang rupanya aku ini masih lagi relevan dan mempunyai bakat untuk berblog. Sepanjang tahun 2017 jugak tidak sekali pon aku cuba untuk membuat permohonan ke Google Adsense sebab aku rasa dah muak dapat email disapproved daripada diorang.

Usaha aku yang seterusnya adalah aku cuba memperbanyakkan kesempatan untuk menulis blog dalam bahasa melayu dan membuat posting di blog sebanyak yang aku mampu untuk menambahkan pageviews dan trafik ke blog aku. Usaha aku ini ternyata bukan sia-sia kerana awal Januari 2018 lalu aku terdetik untuk memohon semula Google Adsense dan lepas beberapa hari menunggu email balas dari pihak mereka akhirnya aku diluluskan!

Hampir 2 tahun aku tunggu dan akhirnya apa yang pernah aku dapatkan dan hilangkan dapat aku tebus semula. Aku bersyukur sangat dan In Shaa Allah aku dah belajar dari kesilapan aku yang lepas dan yakin tak akan buat kesilapan yang sama untuk kali kedua.


Sekiranya korang juga sudah menukar domain baru dan ingin akaun korang diluluskan semula ini adalah apa yang korang perlu lakukan:

1. Log in akaun Google Adsense
2. Pilih tab My Ads
3. Pilih Other Products daripada dropdown list tab My Ads
4. Isikan url blog
5. Tunggu emel balasan dari Google Adsense 

Selamat berjaya dan terima kasih baca perjalanan blog aku dengan Google Adsense ye! 

You Might Also Like

7 Comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan yer Syakier! kesian pulak akak dengar...takper,,lepas ni rajin2 tulis blog. Nanti ade masa akak baca dan komen! :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Dont give up bro. Sabar dan teruskan berusaha.

    ReplyDelete
  3. sampai sekarang tak dapat apply adsense nih
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi lepaslah tu. Baru je pergi tengok blog Hans tadi. Cuba apply balik okay. Goodluck!

      Delete
  4. lama tak tunggu email dari adsense kalau nak tukar domain?
    BV baru je plan nak tukar domain :D

    ReplyDelete

Syakier Salleh. Powered by Blogger.