Syakier Salleh's #2017BestNine

6:39 PM


Seperti sudah menjadi satu trend setiap tahun baru pasti pengguna media sosial Instagram akan memuat naik BestNine masing-masing. Jadi gambar di atas ini merupakan #2017BestNine aku.

#2017BestNine

Secara keseluruhan aku telah memuat naik 69 keping gambar di Instagram sepanjang tahun 2017 dan mengumpul 17,187 likes. Sedikit sangat kalau nak dibandingkan dengan instafamous di Instagram.

Bagi sesiapa yang masih belum mengikuti aku di Instagram, bolehlah berbuat demikian, ini akaun aku di Instagram; @syakiersalleh .

1. Laut Biru di Phi Phi Island, Thailand

Gambar bersinglet ni di ambil semasa awal tahun 2017 sekitar hujung bulan Januari iaitu semasa aku dalam percutian ke Phuket, Thailand. Disebabkan kurang tahu tentang kepentingan sunblock dan sunscreen masa ni, teruk jugaklah nak menanggung sunburn masa ni.

Rindu bila teringat pantai dan laut biru di Phuket. Kalau ada kesempatan rasanya teringin nak pergi ke Thailand semula, mungkin ke bandar yang lain pulak.

2. Batuan di Teluk Chempedak, Pahang

Demi menyahut seruan tahun melawat Pahang 2017 sempatlah melawat sekitar negeri Pahang. Memandangkan aku pun belajar di negeri Pahang dan barulah tahu banyak jugak kawasan dan tempat perlancongan yang menarik di Pahang.

Foto ini diambil di sekitar batu-batuan di Teluk Chempedak, Pahang. Nyaman udara dan luas pemandangan di sini. Moga-moga papan tanda "Jauhi Maksiat" yang barangkali masih terpacak di sana dapat dihadam orang ramai supaya berkuranglah pasangan-pasangan bermadu kasih di balik batu-batuan di sana.

3. Bergambar Bersama Encik Tin, Pahang

Foto ketiga ini juga merupakan sebuah lokasi yang terletak di Pahang. Ia merupakan bekas lombong bijih timah yang dijadikan muzium untuk di kunjungi oleh orang ramai.

Para pengunjung boleh merasai pengalaman memasuki ke lombong bijih timah menggunakan kereta api pengangkut bijih timah yang terdapat di situ. 

Memandangkan aku seorang yang pencermat dan lebih suka berjimat aku lebih suka untuk mengambil gambar kenang-kenangan dengan Encik Tin sebagai memori di Pahang.

4. Swafoto Yakin Diri

Jarang-jarang aku mengenakan topi kalau keluar berjalan sebab aku rasakan topi bukanlah aksesori yang sepadan dengan bentuk muka aku. Tetapi mungkin gambar ini telah berjaya menolak pandangan aku. Sesuai tak?

Gambar ini di ambil ketika aku sudah berada di sekitar TBS untuk pulang semula ke kampus selepas balik berhujung minggu di rumah. Rindu nak naik bas ekspres lagi.

5. Menikmati Keindahan Alam di Bukit Panorama, Pahang

Masih segar lagi dalam ingatan aku, sebab foto ini di ambil semasa 1 Januari 2017. Lokasi kejadian bertempat di Bukit Panorama. Entah apa semangat tahun baru yang buat aku rasa nak hiking pagi-pagi tahun baru masa tu. Apapun hiking di Bukit Panorama ni memang memenatkan sebab laluan bertangga yang banyak. Aku lebih gemarkan laluan bertanah yang lebih santai dan mengikut pace aku sendiri.

Foto ini jugak antara hasil editan aku yang masih baru menggunakan aplikasi Lightroom. Tak berapa nak cantik tapi cukuplah sedap mata memandang. Aku suka dengan kehijauan yang menjadi latar belakang foto ni.

6. Melanggar Pantang di Pantai Guo Cina, Indonesia

Foto ini di ambil semasa aku sedang bersuka ria di sebuah pantai di Indonesia yang terletak di Jawa Timur; Pantai Guo Cina. Apa yang menarik tentang pantai ini adalah kepercayaan masyarakat setempat tentang pantang larang yang harus dipatuhi ketika berada di pantai ini.

Pantang larangnya:
  • Dilarang bergambar membelakangkan ombak di pantai.
  • Dilarang untuk mandi di sekitar kawasan pantai.
Sekiranya sesiapa melanggar pantang larang ini, barangkali mereka tidak akan jumpa jalan keluar atau hilang di pantai ini. Wallahualam, Alhamdulillah tiada apa yang pelik berlaku kepada rombongan kami masa itu. Semuanya selamat pergi dan balik.

Apalah guna sebuah pantai kalau bukan untuk dijadikan kawasan mandian.

7. Membanting Peluh di CLAP Run 2017, Universiti Malaya

Ini juga merupakan event larian pertama aku secara rasmi pada tahun 2017. CLAP Run 2017 yang bertempat di Universiti Malaya. Sebuah program larian yang agak memenatkan dengan track yang berbukit tapi masih menghiburkan.

Mungkin pada tahun 2018 ni aku akan lebih banyak masuk larian-larian seperti ini. Tertakluk kepada bajet jugak, sebab kebiasaan program larian macam ni bayaran yang dikenakan pun agak tinggi.

8. Pemandangan di Sungai Pahang, Pahang

Sekali lagi foto ini diambil di negeri Pahang. Lokasi ini disekitar Esplanade Pahang ataupun benteng. Kalau rasa teringin nak hirup udara nyaman dan dengar bunyi ombak di sini kawasan yang sesuai. Kalau waktu malam pulak ada banyak jualan dan boleh lihat orang memancing.

Perkataan KUANTAN itu jugak akan menyala dengan lampu berwarna-warni pada waktu malam. Tempat yang sesuai untuk orang yang tak tahu nak habiskan masa di mana di Pahang pada waktu malam.

9. Muzium Sungai Lembing Sejarah Lombong Timah, Pahang

Gambar terakhir yang masih lagi di Pahang. Lokasi kejadian adalah bertempat di Muzium Sungai Lembing yang dulunya sibuk dengan aktiviti perlombongan bijih timah. Aku suka tempat-tempat sebegini sambil kita cuci mata dapat jugaklah tambah pengetahuan dan belajar serba sedikit tentang sejarah.

Lagi pula kebiasaan bayaran masuk bagi mengunjungi muzium-muzium seperti ini tidaklah terlalu mahal.

Konklusi

Secara keseluruhan dari apa yang aku perhatikan berdasarkan #2017BestNine aku, followers atau pengguna media sosial Instagram ini lebih gemarkan swafoto atau gambar-gambar yang terpampang muka anda berbanding dengan gambar bangunan atau pun pemandangan alam.

Sasaran aku untuk tahun 2018 ini adalah untuk lebih aktif di Instagram dan lebih mendalami ilmu edit-editan fotografi supaya hasil akhir setiap gambar travel aku lebih menarik dan seronoklah untuk di kongsi di Instagram dan blog.

Kalau di Instagram, apa yang lebih minat untuk anda follow? Fotografi? Fashion? Food? Travel? Jangan lupa untuk kongsikan akaun kegemaran korang di bahagian komen di bawah. 

Terima Kasih.
Syakier Salleh.

P/s: aku cuba nak embedded kan setiap gambar bestnine aku dari laman Instagram tapi problem sedikit sebab page Instagram tak boleh nak load. In future aku try lagi ye!

You Might Also Like

2 Comments

  1. Yups..akak pun rasa ramai orang suka gambar selfie/wefie dan sewaktu dengannya. Kenapa pun tak tau la. HAHAH! Patutlah sekrang smartphone pun berlumba-lumba upgrade camera selfie derang. Face beauty pun jangan cakaplah . Kadang rasa mcam ada yang tak 'kena' dengan face beauty tuh. Adakah salah satunya 'in the state of denial". HAHAH! ntahlah...

    ReplyDelete
  2. gambar manusia dari jarak jauh boleh dikira selfie ke? heheh :D

    out of my best nine, 4 takde manusia dalamnya.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!