Bayar UBER Hampir RM150 Untuk Perjalanan 21KM di Bandung, Indonesia

3:39 PM

Permandangan di Bandung dari dalam Kereta Api


Bandung terletak jauh di Jawa Barat dan kami dari Surabaya pula terletak jauh di Jawa Timur. Kami bertolak dari Surabaya melalui Stasiun Gubeng Baru tepat pukul 7 petang dan sampai ke Stasiun Bandung 10 pagi keesokan harinya. Menaiki kereta api business class ke Bandung memakan masa hampir 15 jam untuk sampai. 

Hampir nak kematu punggung duduk dalam train dan tempat duduk dalam train sangatlah tak selesa sebab terlalu tegak. Bayangkan nak duduk tegak macam tu sampai berbelas-belas jam? Pilihan lain kalau nak lebih selesa boleh beli tiket eksekutif siap ada screen TV dan boleh baring dengan selesanya sambil tunggu untuk tiba ke destinasi pilihan.


Elak Kelaparan dan Dehidrasi

Lagi satu untuk mengelakkan kes kelaparan dan dehidrasi yang melampau semasa perjalanan di dalam train, aku cadangkan korang untuk beli makanan atau air mineral terlebih dahulu. Biasalah makanan dalam train samalah macam dalam flight, tentu akan mark up gila-gila. Bayangkan nasi goreng dengan telur yang kalau dekat luar boleh dapat dalam 10K (IDR) = RM3 dalam train cecah 30K = RM10. Air mineral kecik pon cecah 12K. Bukanlah aku ni cheapskate tapi kalau travel kitakan mesti on budget jadi kena kawal perbelanjaan sehabis baik. 

Tapi disebabkan kelaparan melampau dan tak makan dari pagi, aku beli jugak! Memang tak sempat nak makan sebab masa hari bertolak tu adalah hari last paper final exam aku yang habis tepat pukul 4 petang dan habis paper terus balik bilik untuk last preparation dan bertolak ke Stasiun Gubeng.

Cara beli tiket Kereta Api Indonesia (Future Post)*

Suhu di Bandung lebih sejuk sekitar 21 - 29 degree celcius jika nak dibandingkan dengan suhu di Surabaya. Kami bercadang untuk bercuti di Bandung cuma selama 3 hari 2 malam. Dan sepanjang tempoh itu juga bermacam-macam kesusahan yang kami alami. Cewah! Kiranya ini kali pertama kami travel bersama-sama dan kali pertama juga aku travel dengan kawan-kawan perempuan.

Hari pertama setelah tiba di Stasiun Bandung, kami terus berangkat ke Trans Studio Bandung. Kami masih belum boleh check in dan terpaksalah bawak luggage gergasi ke kami ke Trans Studio Bandung. Macam mana Trans Studio Bandung?


Trans Studio Bandung 

Yamaha Coaster di Trans Studio Bandung

Entrance fee untuk masuk ke Trans Studio Bandung adalah 180K (Isnin - Khamis) dan 200K (Jumaat - Ahad) . Dan kalau korang bawak luggage gergasi macam kami di sana jugak ada sediakan tempat penyimpanan barang yang dikenakan caj 20K per person.

Kalau rajin dan nak tahu lebih banyak tentang Trans Studio Bandung ni bolehlah tonton vlog aku di bawah:

Jangan lupa Like dan Subscribe ye!


Nak dikatakan berbaloi atau tidak itu rasanya berbaloilah jugak. Biasalah indoor theme park lagi - lagi kalau musim cuti sekolah memang ramai sangat orang dan nak kena beratur lama jugak.

Setelah habis di Trans Studio Bandung kami sepatutnya bergerak ke rumah penginapan kami yang dah aku booking melalui Airbnb. Tetapi malangnya disebabkan masalah yang diluar jangkaan kami tak boleh untuk check in ke penginapan yang sepatutnya. Untuk bercerita tentang penginapan ni aku rasa ada baiknya kalau aku jadikan cerita tu dalam satu post kemudian.


Selfie Bersama Badut di Trans Studio Bandung


Baca: Pengalaman Pahit Menggunakan Airbnb

Setelah bersusah payah mencari tempat penginapan baru malam semalam, kami teruskan hari kedua kami dengan melawat ke The Lodge Maribaya yang terletak agak jauh jugak dari bandar Bandung.


The Lodge Maribaya

Permandangan Hijau di The Lodge Maribaya

Dari kawasan parkir korang boleh pilih sama ada untuk berjalan kaki ke The Lodge Maribaya atau menggunakan khidmat kereta sapu yang panjang gilirannya dan dikenakan caj juga. Kami memilih untuk cuma berjalan kaki ke pintu masuk The Lodge Maribaya, tidaklah terlalu jauh, kira - kira 1KM tapi takkan terasa sebab suasana di sana memang seronok dengan angin yang sejuk jadi selesa walaupun cuma berjalan kaki.

The Lodge Maribaya terletak di dalam kawan perbukitan yang dipenuhi dengan pokok-pokok menghijau, Entrance feenya 20K per orang sekali dengan voucher minuman. Lokasi ini sesuai untuk kaki-kaki swafoto atau dijadikan tempat fotografi. Terdapat banyak jenis tempat fotografi di The Lodge Maribaya tetapi setiap satunya dikenakan bayaran, di dalam julat harga 15K - 50K.


Permandang Perbukitan Hijau di The Lodge Maribaya


Perkara penting yang perlu tahu adalah korang perlu pastikan cuaca pada hari yang korang nak pergi tak hujan. Sebab kalau waktu hujan semua wahana (permainan / tempat) fotografi akan ditutup sementara dan yang paling tak best bila wang untuk tiket yang korang beli itu tak akan dikembalikan. Jadi rancang dengan sebaiknya ya!

Floating Market

Ikan-ikan Kebuluran xD di Floating Market

Setelah dari The Logde Maribaya kami terus berangkat ke Floating Market sebuah kawasan pasar yang terletak di sekeliling tasik buatan. Entrance feenya adalah 20K per orang termasuk dengan voucher minuman. 

So far tak banyak pon yang korang boleh buat dekat sini, tetapi kalau korang kaki makan bolehlah cuba untuk makan pelbagai makanan yang dijual di situ dengan harga pon yang jugak boleh tahan. Boleh jugak cuba sate arnab dekat sana!

Kalau korang teringin nak mendayung sampan atau pun nak kayuh swan boat bolehlah jugak cuba di sini sambil menikmati pemandangan di Floating Market dan suasana sejuk di sana. Di sini juga terdapat banyak kawasan taman yang cantik dan juga berkonsepkan ala-ala taman Jepun yang juga sesuai untuk lokasi fotografi. Kalau teringin nak jadi orang Jepun celup jugak korang boleh sewa kostum tradisional Jepun di sana.

Aku jadi konfius kejap aku dekat Jepun ke Indonesia ni? AHAHA.


Bayar UBER Hampir RM150

Alkisahnya masalah kami di Bandung bertambah lagi dengan kos Uber yang perlu kami tanggung disebab kesesakkan lalu lintas di Bandung. Harga asal yang keluar di aplikasi Uber semasa kami pesan adalah sebanyak 92K. Tapi disebabkan hujan dan jam sesak yang teruk di Bandung menyebabkan kami sangkut di jalan selama 3 jam sebelum tiba di Pasar Cimol Gedebage.

Kami bertolak dari Floating Market sekitar pukul 6 petang dan tiba di Pasar Cimol Gedebage pada pukul 10 lebih. Masa driver Uber tunjukkan harga yang perlu kami bayar setibanya di Pasar Cimol Gedebage aku macam sedikit terkejut beruk, bayangkan harganya mencecah 5 kali ganda dari apa yang sepatutnya yang kami perlu bayar. Nak tak nak kami pon terpaksalah bayar; 456K dan lagi sedih Pasar Cimol Gedebage pon dah tutup pada waktu tu.

Memandangkan kami agak fobia dengan harga Uber tadi dan untuk  balik ke penginapan pon agak jauh dan cecah ratusan ribu rupiah kerana semua aplikasi pesanan kereta online high demand jadi kami memilih untuk habiskan masa kami malam itu di McDonalds sekitar Pasar Cimol Gedebage. 

Pasar Cimol Gedebage

Setelah semalaman di McDonald dan masih belum mandi tak tun tuang kami teruskan niat kami untuk ke Pasar Cimol Gedebage seawal jam 7 pagi. Secara keseluruhannya di pasar ini bagi aku tak ada apa yang menarik sangat, pasar ini rata - rata menjual barangan bundle yang kualitinya jugak agak teruk, jadi aku tak rekemondasikan untuk korang ke sini kalau bercuti di Bandung.

MD Plaza

Sebuah kawasan shopping yang menjadi tarikan orang ramai untuk berkunjung. Kalau di sini korang boleh dapatkan batik dan souvenier untuk dibawa pulang nanti. Kedai-kedai di sini terletak di dalam mall dan di sekitarnya juga penuh dengan kedai-kedai yang lain seperti kedai kasut, baju dan lain-lain. Harga rata - rata barang di sini adalah boleh tahan.

Pekan Baru

Syurga shopping yang benar - benar di Bandung adalah di sini. Di dalam satu gedung yang terdiri daripada banyak tingkat ini terdapat banyak kedai-kedai berjualan yang bermacam-macam baik dari pakaian batik, tshirt, souvenier, kain batik, telekung, beg, kasut dan banyak lagi.

Pekan baru memang ideal untuk kaki shopping dan kaki bargain, korang boleh tawar menawar dengan penjual untuk dapatkan harga yang lebih rendah. 

Apa yang aku beli di sini:
  • Baju Kemeja Semi Sutera Batik - 180K
  • Telekung Kain Cotton Jepun - 155K
  • 4 helai Tshirt - 80K
  • 2 helai kemeja batik (untuk anak buah) - 70K
Tak banyak sangat yang aku shopping dekat sini, sebab percutian kami masih panjang dan kami akan bertolak ke bandar kedua pula, Jogjakarta!

Nantikan post aku yang seterusnya okay!

Kalau ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan tempat-tempat yang kami pergi ni korang boleh tanyakan di ruangan komen. Terima kasih :D

You Might Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!