First Kiss Kisah Cinta Komedi Thailand

3:02 AM

Aku tak pasti kenapa kalau cerita komedi romantik yang Thailand buat akan kebanyakannya jadi sebuah cerita yang menarik. Filem ini bukan romantik komedi pertama Thailand yang aku pernah tengok. Dah banyak sangat dan aku yakin filem ni pon bukan filem dari Thailand yang terakhir aku akan tengok.


Pernah tak terbayang akan sesuatu yang kau selalu impikan dan akhirnya menjadi milik kau? Tapi kau sedar yang memiliki sesuatu yang kau impikan itu akan membawa kau kepada liku-liku dan cabaran. Kiranya ini lah konsep cerita ini secara ringkasnya.

Bagi aku mungkin jalan cerita filem ini agak cliche tapi seimbang dan sarat dengan unsur komedi sambil plot cerita berkembang dengan scene-scene beremosi yang akan buat hati tisu korang tersentuh. Aku yakin!

Mungkinkah takdir kau, yang dah ditentukan untuk punya pasangan yang jauh lebih muda atau lebih tua dari diri kau? Pernah terfikir? 


Aku suka dua perkara yang dibawakan menerusi filem ini iaitu usia dan komitmen. Kiranya kedua perkara ini antara perkara yang penting dalam menjayakan sesuatu hubungan.

Mungkin usia itu bukan halangan sebab orang pon selalu cakap yang cinta itu tak mengenal usia. Dan kita pon sewajarnya percaya dengan takdir yang ditentukan. Bercinta dengan perbezaan usia yang jauh memang dah jadi perkara tabo dalam masyarakat kita jadi terserahlah sama ada mahu beralah dengan perasaan sendiri atau patuh dengan cakap-cakap orang sekeliling. Kalau dari cerita ini, aku rasakan perbezaan usia antara dua watak dalam filem ini dijadikan modal untuk mereka saling memahami dan mengenali antara satu sama lain. Perbezaan ini yang melengkapi mereka untuk menjadi lebih utuh.

Berkerja dan belajar, jika dilihat dari sisi keduanya mempunyai komitmen yang berbeza. Cara pemikiran mereka juga pasti berbeza. Aku suka macam mana kawan-kawan Sa (watak utama perempuan) cuba menyedarkan Sa dari angan-angan cinta dia dengan Bass kembali kepada kehidupan realistik. Dan aku suka cara Bass meyakinkan Sa untuk teruskan hubungan dan boleh kira scene ni, scene penuh bersemut dan ciri kematangan dapat ditampilkan dalam watak Bass.

Secara keseluruhan aku rasakan, filem ini sangat menarik dan sedih untuk ditonton. Dan cerita ini akan lebih sedap ditonton dengan air milo suam dan kerepek pisang masin. 

Selamat menonton.

Tonton di sini: http://gestyy.com/q7Uwg0





You Might Also Like

7 Comments

  1. Never heard of this movie. Might watch this movie during one of these days.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Do watch it whenever you're, it's fun and worth to watch.

      Delete
  2. Dah tengok movie ni, best jugak.

    ReplyDelete
  3. Macam best je bila hang bagi review.. suka tengok movie thailand. hari tu baru tengok movie bad genius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat tengok lagi Bad Genius. Tunggu keluar online jelah hehe.

      Delete
  4. Lama gila tak layan drama thailand, sibuk melayan drama korea.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!