Mendaftar Sebagai Pemandu Uber

3:00 AM


Dalam dunia serba moden masa kini terlalu banyak peluang dan ruang yang boleh diambil untuk menjana pendapatan. Semua orang perlu bijak untuk mengambil kesempatan dan menggunakan peluang yang ada.

Lambakan pemandu Uber yang semakin berkembang di bandar-bandar baharu seperti Melaka, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu serta Kuching yang menyertai bandar perintis Uber di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuantan.

Rata-rata pemandu Uber dikatakan menjana sehingga RM 750 sebulan dan mencecah RM 3000 sebulan sekiranya memandu Uber selama 4 jam pada hari Isnin sehingga Khamis, 5 jam pada hari Jumaat dan 6 jam pada hari Sabtu dan Ahad. Untuk artikel penuh pendapatan Uber boleh baca di sini: Astro Awani : Pendapatan Bulanan Pemandu Uber di Malaysia 

Uber merupakan satu kerja sampingan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut masa dan kelapangan sendiri. Tidak terikat dengan apa-apa perjanjian mahupun sebarang pertalian.

Apa yang diperlukan untuk menjadi pemandu Uber hanyalah beberapa perkara sahaja:

1) Diri sendiri - untuk membawa penumpang anda ke destinasi.
2) Kenderaan sendiri 
3) Lesen memandu yang sah 
4) Masa lapang - pagi, petang atau malam tentukan sendiri.


JOM MENDAFTAR

Jika berminat untuk menyertai komuniti Uber sebagai pemandu Uber bolehlah mendaftar di sini: Daftar Sebagai Pemandu dan Jana Wang Melalui Uber

RIDE PERCUMA

Dan jika anda pengguna tegar Uber dapatkan voucher RM20 dengan menggunakan promo kod ini : SYAKIERSUE



You Might Also Like

6 Comments

  1. Nak try join Uber rasanya masa tunggu posting :D

    Perempuan as Uber driver... selamat je kan?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sangatlah kalau nak jadi Uber ni untuk perempuan. Selamat je. Tapi pernah sekali naik Uber pemandu dia perempuan. Rasa macam segan pulak dengan Uber perempuan hahaha. Btw kalau ada ramai Uber perempuan mesti lagi ramai perempuan yang rasa selamat untuk naik uber :)

      Delete
  2. syakir jadi pemandu uber dah ke? wahhh hebat.
    rasanya kat tempat BV belum ada lagi pemandu uber nie, maybe belum dilaksanakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh mana ada tak jadi driver Uber lagi tapi kalau jadi pengguna Uber tegar tu yelah betul. hahah sekarang ni dah tak naik teksi. naik uber je nak pergi mana-mana banyak promo code dan lagi jimat.

      Delete
  3. Couldn't deny, Uber ni memang lebih jimat and currently trending.
    Pernah terfikir nak jadi pemandu uber ni but guess I got no time lah bila dah start kerja balik. Weekend rasa nak tido je sepanjang hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak apa asalkan masih dapat berjimat dengan naik Uber.

      Delete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!