5 Tips Nak Menang Contest Di Blog

4:03 AM

Baru menang dua tiga kali dah sibuk nak tulis artikel? Amboi amboi tak baik mengata tau! 

Alhamdulillah sepanjang berblogging tahun 2017 ini kiranya adalah juga pendapatan yang aku jana dari contests dan macam-macam lagi. Kiranya ini tahun paling bertuah aku dalam dunia blogging sebab aku dah lebih berani dan ada masa nak join contest untuk blog. Tapi pagi hari ini bukanlah nak cerita apa-apa pasal contest yang aku menang, cuma nak kongsi macam mana caranya untuk menang!

Bagi pembaca baru atau pengikut baru (sekadar informasi); aku dah menang contest Traveloka & juga contest Shopback yang masing-masing berikan aku hadiah yang lumayan! Seronok tau menang hadiah. Antara artikel yang melayakkan aku menang contests tersebut: 




Syarat pertama untuk join mana-mana contest ini mestilah ada blog. Blog koranglah yang menjadi medium untuk post artikel dan sertai kontes. Kalau tak ada blog boleh mula mendaftar dengan mana mana hosting; blogger, wordpress, wix.com dan macam-macam lagi.

Sekarang jom kita lebih serius dan aku akan fokuskan cuma kepada 5 tips untuk bantu tambah baik penyertaan korang pada masa hadapan. Kiranya makin sengitlah lepas ini saingan aku kalau nak join mana-mana kontes kan? Tak apalah asalkan saingan secara sihat ye dak?

1) Fahami Kehendak 

Kehendak atau apa butir yang diperlukan untuk setiap kontes adalah benda wajib yang korang perlu tahu. Setiap kontes biasanya akan berikan syarat yang kita kena patuhi dan kadang-kadang berikan sekali tips untuk bantu korang menang. Jadi apa yang korang kena buat? Kena study dan baca dengan pemahaman yang betul dan terjemahkan semula ke dalam penyertaan korang. Mudahkan? Benda ini sangat senang, kiranya kau cuma kena follow the instructions lah. Tapi disebabkan senanglah kita ambil mudah.

2) Buat Carian Atau Research

Kebiasaannya untuk setiap kali tulis artikel tak kiralah untuk join mana-mana kontes aku akan pergi dekat laman web utama diorang. Saja baca-baca dan take note informasi-informasi yang boleh guna pakai untuk menguatkan artikel untuk menang kontes. Contohnya, kontes dari Shopback, kena tahu Shopback itu sendiri pasal apa; Shopback ini kiranya satu laman web ganjaran yang beri rebat kepada pengguna diorang. Idea-idea kecil inilah yang boleh korang kumpulkan dan guna pakai dalam artikel korang nanti supaya penganjur kontes tahu kau sedia maklum tentang syarikat diorang.

3) Draf Artikel & Proofread


Nak mulakan artikel pun payah inikan pulak nak habiskan artikel? Aku sendiri ambil masa untuk menulis artikel tapi biasanya bila dah mula memang payah nak berhenti. Sebab aku akan terus menaip segala benda yang muncul dalam kepala aku masa itu; tak kiralah benda yang penting ataupun yang merapu. Jadi itu pentingnya setiap artikel kita mulakan dengan draf dahulu; supaya kau ada masa semak semula artikel kau. Draf artikel akan bantu kau kepada intipati sesebuah artikel supaya artikel kau tak meleweh-leweh dan fokus pada isi yang kau mahukan. Dalam pada draf artikel itu kebiasaannya kau akan proofread semula. Pastikan tiada kesalahan ejaan yang sememangnya major turn off dan kena lihat struktur ayat kau supaya pembaca dapat baca dengan lancar dan tenang.

Tips Tambahan: 

Penguasaan Bahasa Inggeris aku taklah hebat mana tapi kedua-dua artikel yang melayakkan aku menang itu semuanya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Jadi penting jugak untuk kau tahu basic grammar dan vocabulary yang menarik. To enrich your vocabulary possibly you need to read more, tapi untuk bantu semak basic grammar, kau boleh cuba Grammarly.com.

4) Baca Penyertaan Blogger Lain

Sebelum submit dan hantar penyertaan, aku akan ambil masa sedikit baca dan go through penyertaan dari blogger-blogger yang lain. Ini penting sebab aku akan bandingkan artikel-artikel yang diorang hasilkan dengan artikel aku sendiri. Aku tengok dan teliti mana kekuatan artikel diorang dan dalam masa yang sama jugak aku boleh tahu apa kekurangan artikel aku. Ini jugak untuk memastikan penyertaan kau itu bukan satu penyertaan yang syok sendiri tapi setanding jugak dengan penyertaan blogger-blogger yang lain. Dah penat baca? Sekarang tiba masanya untuk kau baiki semula artikel yang kau draf tadi.

5) Keistimewaan (Specialty)


Tips kelima inilah yang aku rasakan kekuatan yang paling maha. Tak percaya? Contohnya cuba bayangkan dalam contest Traveloka, 25 orang blogger tulis artikel pasal Tokyo dan rata-rata cakap benda yang sama tak ke kau rasa penganjur akan rasa bosan? Cliche!

"Cliches are the viruses that infect your writing with diseases."

Yes, thank you Pawan Mishra for the accurate quote! Despite how bombastic your vocabulary and how least grammatical errors you make in your article, once it's cliche it will be a cliche. Itu sebabnya dalam artikel aku untuk Traveloka aku selitkan sekali beberapa gambar dari buku journal aku sendiri. Sekadar untuk tingkatkan nilai artikel itu sendiri. Jadi penganjur akan nampak kegigihan, artikel tak nampak malas dan special dari 24 artikel yang lain.

Untuk kontes Shopback pulak aku join masa hari terakhir penyertaan. Sebab jangka masa penyertaan itu aku sibuk teramat dengan exam pertengahan semester. Dan aku pun tak sangka sebab tak banyak yang aku prepare untuk tulis artikel itu. Cuma aku edit sendiri gambar maskot Shopback sempena harijadi Shopback itupun aku guna sticker dekat Twitter *sebab kesuntukan masa dan nak cepat siap* dan aku tambah sedikit tips untuk setiap wishlist aku.

Pendek kata, penting untuk kau tahu dan cari keistimewaan artikel penyertaan kau. Sebab apa yang membezakan artikel kau dengan artikel yang lain akan meningkatkan lagi posibility kau untuk menang. Macam mana nak cari? Terpulanglah pada diri korang.

Artikel ini aku tulis tidak lain tidak bukan sekadar untuk berkongsi dan dijadikan rujukan buat diri sendiri di masa hadapan. Sebarang tips tambahan yang korang ada boleh suarakan di ruangan komen di bawah ok? 

Sekian perkongsian, selamat beramal!




You Might Also Like

8 Comments

  1. bagus tips tips ni untuk kegunaan masa hadapan hehe

    ReplyDelete
  2. nice tips ! memang kena save ni. heheh nak jugak menang contest

    ReplyDelete
  3. Nice tips... and congratulations!!

    ReplyDelete
  4. Sokong semua tips di atas. Akak memang buat yang num 1, 2 dan 4 tuh. The same goes to me. Kalau menulis memang lama. Berhari-hari dan berhati-hati. Bukan apa, kadang takut merapu ke laut dalam. Susah juga tu! HAHAH! Thanks for the tips.

    ReplyDelete
  5. bagus tips dari syakir. nanti nak try la join kalau ada kontes camni. saya ni jenis kurang confident sikit. tapi baca tips ni, rasa nak mencuba. btw, sorry tak sempat reply pasal slider haritu. tak tahu mana nak remove slider tu sebab masa install, xde keluar pun.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!