Pengalaman Melawat Muzium DiRaja (Istana Negara Lama) yang Jadi Sejarah

1:05 AM

Cuti pertengahan semester kali ini diisi dengan aktiviti bersejarah sedikit. Sejarahkan untuk dikenang dan di ambil iktibar. Umur pun dah hampir 21 tahun duduk di bandaraya Kuala Lumpur tapi masih belum sempat lagi untuk berkunjung ke Istana Negara yang terletak di Jalan Istana bersebelahan jalanraya yang sibuk dengan lalu-lalang kenderaan.

Sampai sahaja di hadapan pagar Istana Negara Lama sempat juga beli air tin dari mesin layan diri (vending machine). RM1 sahaja, murah dan boleh melegakan tekak lagi-lagi semasa waktu dan cuaca panas terik dekat Malaysia ini. Jalan sedikit berbukit menuju ke perkarangan masuk ke kawasan bangunan istana juga agak jauh untuk berjalan.

Suasana disekeliling bangunan Istana Lama juga agak luas tetapi kosong cuma dipenuhi dengan tumbuhan dan pokok-pokok yang tidak padat. Waktu ini tak ramai pula pelancong asing dan pelawat di sini, mungkinlah kerana hari ini hari minggu dan merupakan hari bekerja. 

DI Perkarangan Hadapan Istana DiRaja


Sebelum terus sambung cerita; harga tiket untuk masuk melawat ke Muzium DiRaja adalah seperti berikut:

Pelawat Tempatan:
  • Dewasa (RM5)
  • OKU & Warga Emas (RM3)
  • 6-12 Tahun / SMK Beruniform (RM2)
  • SMK tidak beruniform (RM3)
Pelawat Asing:
  • Dewasa & 13 Tahun ke atas (RM10)
  • 6-12 Tahun (RM5)

Suasana di dalam bangunan Istana Negara lama ini agak mewah dekorasi perabotnya dengan kerawang-kerawang yang menarik. Elegan dan mewah. Banyak terdapat bahagian-bahagian dalam istana yang kebanyakkan sama tetapi digunakan mengikut majlis yang berbeza. Antara ruangan yang terdapat di dalam bangunan istana ini ialah Bilik Bacaan, Ruang Menonton, Bilik Beradu DiRaja, Ruang Makan yang berbeza-beza serta Pejabat Agong dan Pejabat Permaisuri Agong dan sebagainya.

Struktur Istana Lama ini masih kuat meski telah lama bertapak dan hampir keseluruhannya diperbuat dari kayu tetapi masih elok kerana dijaga dengan baik. Balairung di Raja pula terletak diluar bersebelahan bangunan Istana dan ketika lawatan ini tidak dibuka kerana sedang diubah suai untuk majlis diraja. 

Sejujurnya banyak yang kurang atau boleh dipertingkatkan lagi di sini. Terutamanya; perlu juga tunjukkan ruang-ruang peribadi seperti dapur, tempat masak, dan banyak lagi yang perlu dikongsikan kepada pelawat untuk benar-benar memahami dan merasai kehidupan para raja dan agong kita. Ruang untuk melihat dan meninjau di setiap bilik pameran juga terlalu terhad, tidak memberikan kepuasan kepada para pelawat.   

Mungkin juga kerana ingin menjaga kondisi ruang pameran agar terjaga. Tapi rasanya bayaran RM5 bagi dewasa untuk masuk ke Muzium ini dirasakan kurang berbaloi. Fotografi di dalam bangunan Istana ini juga tidak dibenarkan. Jadinya tak banyak gambar yang boleh dikongsikan melainkan anda sendiri mengambil peluang datang dan rasai sendiri pengalaman melawat Muzium DiRaja ini.

Pernah berkunjung di Muzium DiRaja ini? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.

You Might Also Like

3 Comments

  1. Alaa...teringin nak tengok kat dalam tuh. Akak pun belum pernah sampai lagi. Best kalau dapat tengok tempat peribadi macam tuh kan. Nak tengok tools derang masak guna kuali ape. Tefal ka? HAHAH!

    ReplyDelete
  2. takpernah lagi masuk mana2 muzium. T^T
    teringin jugak singgah sini kalau ada peluang kesana suatu hari nanti :D

    ReplyDelete
  3. Dah lama sangat tak masuk muzium. Rasa macam nak masukkan trip ke muzium dalam plan habis belajar nanti. Teruknya alahai bila boleh cerita serba sikit pasal sejarah negara lain tapi lemah sejarah sendiri. T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!