Jom Sambung Belajar Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

5:28 AM

Hi selamat petang semua! Macam mana dengan result SPM? Dapat semua A ke? Dapat semua B? Ke tak ambik SPM lagi? HAHAHA bagi yang tak ambik boleh baca semula entry kali ni pada tahun depan atau tak kisahlah bila-bila korang nak baca.

Sebelum Abang (ehemm-ehem abanglah sebab entry ni special untuk adik-adik spm 2015) nak kongsi pasal Universiti Malaysia Pahang (UMP)mehh sini nak bagi nasihat sikit. 


Bagi sesiapa yang dapat keputusan cemerlang dalam SPM tu diucapkan tahniah dan teruskan lagi kejayaan anda di masa hadapan. Tetapi cuma satu kita hidup jangan terlalu cepat berpuas hati sebaliknya kena sentiasa gandakan usaha kita sebab hidup ni bukan makin senang tapi makin berliku-liku jadi elok-elok jangan sampai terkucil. Cewahhh!


Buat yang kurang bernasib baik dan tak dapat keputusan macam yang diinginkan jangan terus bersedih jadikan keputusan yang korang dapat tu sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya di masa hadapan. Takkan kita nak terus hidup di bawah kan? Ingat hidup kita ni berputar macam roda tapi kunci untuk kita naik ke atas tu adalah usaha, so boleh usaha lagi lepas ni :)


So sekarang Abang (rasa tak selesa pulak dengan gelaran ni :')) merupakan pelajar tahun satu semester dua (freshie lagi kot) bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaysia Pahang (UMP) nak share sikit berkenaan UMP. Yelah sedih jugak dulu masa baru nak masuk UMP buat research dekat internet hampehh apa pun tak ada. Jadi untuk memastikan korang tak rasa macam mana yang abang rasa, pehh entry ni solusinya. Cewahhh sekali lagi. HAHAHA.


Jadi baiklah mari kita mulakan sebelum aku mengarut lagi.

Tapi sebelum itu abang nak korang semua tahu bahawa UMP ini mempunyai dua buah kampus iaitu, Kampus Gambang dan Kampus Pekan (Pekan sekarang ni merupakan kampus induk mengantikan Gambang)

Senarai Fakulti di UMP:

1) Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Pekan)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kawalan & Instrumentasi)
- Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Industri)

2) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (Pekan)

- Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
- Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal & Kejuruteraan Automotif
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal

3) Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (Gambang)

- Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
- Diploma Kejurteraan Awam

4) Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (Gambang)

- Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (bermula batch 2015 dah tak ada major)
- Diploma Kejuruteraan Kimia 

5) Fakulti Sains & Teknologi Industri (Gambang)
- Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Kimia Industri
- Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Bioteknologi Industri
- Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi Bahan

6) Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (Gambang)
- Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Kejuruteraan Perisian
- Sarjana Muda Sains Komputer Sistem Komputer & Rangkaian
- Sarjana Muda Sains Komputer Teknologi Grafik & Multimedia
- Diploma Sains Komputer

7) Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (Pekan)

- Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan
- Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik
- Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik (Twinning Programme dengan Universiti di German)

8) Fakulti Teknologi Jabatan Pengurusan Teknologi (Gambang)

- Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kepujian)
- Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri (Kepujian)
- Sarjana Muda Pengurusan Projek (Kepujian)

p/s: Kursus dan kampus adalah semasa sebarang perpindahan kampus akan diberitahu kelak.


Untuk maklumat lanjut dan prospektus prasiswazah setiap program yang ditawarkan di UMP boleh rujuk di sini: http://bpa.ump.edu.my/index.php/maklumat-akademik/program-yang-ditawarkan.html


Logo Universiti Malaysia Pahang



 

Gambar Kampus Gambang







A post shared by UMP Malaysia (@umpmalaysia) on



Gambar Kampus Pekan







*This post was written back in 2015*

You Might Also Like

4 Comments

  1. bagusnya promote U. betul tu, dulu kalau nak cari pasal course2 tertentu memang jarang jumpa blog2. lepas nie boleh share pasal course pulak :)

    ReplyDelete
  2. lepasni boleh share pasal setiap course yang ade dkt uni tu pulak. senang nanti kalau budqk2 cri kt google

    ReplyDelete
  3. http://www.ump.edu.my/sayangump/index.php?userid=KA16155

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

TEST 1

Ping!