Hantar Karya Ke Cukaria #bukufixi

2:25 AM

CUKARIA

Menulis merupakan satu aktiviti yang paling menyenangkan bagi aku. Minat untuk menulis dan menjadi penulis ini timbul sejak aku masih di sekolah rendah. Dulu masa di sekolah rendah juga aku ada tulis cerita dalam buku tulis. Tapi tak cukup berani untuk bagi sesiapa pun baca. 

Dan tak lupa bila aku sanggup simpan duit belanja harian untuk beli siri novel penyiasatan yang masa tu pada harga tiga ringgit. Tiga ringgit masa itu dah dikira mahal untuk aku. Mana tak belanja sekolah pun dua ringgit je. Jadi nak dapatkan novel tu aku sanggup berjimat. Entah kenapa masa jadi kanak-kanak kita lebih gigih kerja kuat untuk dapatkan sesuatu yang kita mahukan. Tak kenal erti putus asa. 

Bahasa melayu merupakan subjek kegemaran aku. Siap jadi mentor lagi pada kawan-kawan. Dan tak ada yang paling bangga selain tengok kawan-kawan mentee dulu dapat keputusan baik untuk bahasa melayu. Kiranya aku dah berjaya membantu selain usaha mereka sendiri! 

Dan dalam sebulan yang lepas aku ada terpandangkan satu tweet tentang Cukaria.

CUKARIA ialah laman web Malaysia yang dilancarkan pada 4 Januari 2017. Ia bertujuan untuk menerbitkan cerpen baru dalam Bahasa Melayu setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat.


Terus aku terdetik untuk cuba nasib. Dan aku terus hantar satu karya aku ke Cukaria. Aku tak berharap pun untuk karya aku disiarkan di laman Cukaria. Mana tidak bila rata-rata cerpen yang dah di siarkan semuanya dari penulis FIXI yang dah terbitkan satu dua atau lebih novel.

Selepas hampir sebulan lebih tunggu, email dari Cukaria sendiri datang. Karya aku dipilih untuk disiarkan di Cukaria. Dan sebagai ganjaran aku dapat RM100 voucher untuk digunakan di kedai FIXI. 

Jadi jemputlah singgah untuk baca karya aku di Cukaria:

AKU MENCARI CINTA - SYAKIR SALLEH



Antara ilustrasi oleh Gayathiri Gengatharan bagi cerpen aku di Cukaria: 





Bagi sesiapa yang berminat untuk menghantar karya ke Cukaria ini adalah syarat yang mereka kenakan:


  • Sekitar 1,000 - 3,000 perkataan.
  • Dalam Bahasa Melayu, tapi penggunaan bahasa lain secara minima dibenarkan.
  • Hantar sebagai attachment Word. Gunalah font dan spacing apa yang anda mahu, selagi dapat dibaca.
  • Karya tidak diciplak dan tidak pernah diterbitkan di mana-mana. Hakcipta tetap milik penulis.
  • Keutamaan diberi kepada karya yang menyentuh tentang “isu semasa” tapi tidak perlu secara terus-terang. 
  • Umur, tempat lahir dan tempat tinggal penulis tidak relevan.
Dan emailkan karya anda ke: cukariaonline@gmail.com

Selamat mencuba! xD

You Might Also Like

6 Comments

  1. Menariknyaaa Cukaria ni..Terima kasih kenalkan..

    Tahniah juga :D

    ReplyDelete
  2. wahhh tahniahhh. hebat betul dah buat cerpen nie. tabik spring!
    keep it up. puas la shopping di fixi guna rm100 tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks BV. Iye tak tahu lagi nak beli buku apa dekat FIXI. In the list sekarang cuma Gantung je.

      Delete
  3. You're amerzing bro! Nice one.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

TEST 1

Ping!