What I Learned in 20 Years of My Existance.

9:04 PM

Cara kita membesar membentuk diri kita hari ini. Tak kiralah berapa pun usia kita, tetapi berapa banyak yang kita belajar sepanjang usia kita?


My Instagram 2016 Best Nine @syakiersalleh

Suka untuk aku senaraikan 8 perkara yang aku belajar sepanjang usia aku:

1. Hidup dengan ekspektasi.

Tak salah untuk terima ekspektasi orang lain. Cuma jangan hidup dalam ekspektasi. Kerana hidup dalam ekspektasi umpama hidup di dalam sebuah kotak. Kau cuma tahu apa yang ada di dalam kotak, tetapi tidak diluarnya. Inilah perkara yang aku rugi terutamanya masa awal remaja. Terlalu terikut dengan ekspektasi orang sekeliling sampai terlupa untuk kembangkan dan mencari sisi diri.

2. Ekspresikan diri.

Ini yang utama dan antara yang terpenting. Benar rasa malu itu perlu ada dan hanya patut digunakan pada situasi yang sesuai. Jangan takut untuk benarkan diri kau keluar dari kepompong, ekspresikan diri kau sebaiknya. Gunakan peluang yang kau ada dalam berkawan untuk ekspresikan perasaan dan diri kau. Belajar jadi berani untuk katakan tidak pada orang. Tak ada yang terpenting selain menjaga hati sendiri. Don't be a yes-man!

3. Berkawanlah sebanyaknya.

Kita akan lebih banyak belajar daripada orang sekeliling berbanding dari diri sendiri. Jadi gunakan peluang yang ada untuk kau tambah kenalan dan belajar sebanyak yang boleh daripada orang lain. Kerana semakin kau dewasa kau punya banyak kepentingan yang perlu kau jaga dan kumpulan kenalan kau makin mengecil kerana masing-masing akan berlari mengejar kepentingan sendiri meninggalkan satu sama lain.

4. Hargai apa yang kau punya.

Semakin dewasa kita akan mempersoalkan tentang kebahagiaan. Hidup kau akan berfokus mencari kebahagiaan yang kau definisikan sendiri; kau bahagia bila rumah dan kereta kau mewah, kau bahagia bila lihat akaun simpanan kau punya lima angka dan lain-lain yang kau rasa akan membahagiakan diri kau. Tetapi kalau sekarang kau mampu berdiri bergerak ke hadapan cermin untuk lihat diri kau ukirkan senyuman, adakah itu juga mampu membahagiakan kau? Bahagia itu sentiasa ada dekat dengan diri kau. Cuma kau pilih untuk rasakan bahagia itu atau pun tidak. Menghargai itu kunci kepada kebahagiaan. Kalau bahagia itu kau definisikan kepada materialistik, hargailah. Hargai tiap-tiap perkara yang kau miliki dan yang terjadi. Kerana apa yang kau pasti tahu; semuanya yang ada hari ini bersifat sementara termasuklah senyuman kau.

5. Bertangguh itu memenatkan.

Hidup tak pernah menunggu. Bertangguh itu pula tak pernah menyenangkan. Lakukan perkara yang boleh kau selesaikan debgan segera dan berikan yang terbaik dalam setiap satunya. Realitinya, bertangguh itu tak pernah melegakan kepala dan merehatkan badan. Tetapi yang pastinya akan menyeksa badan dan menjerut lesu minda kau.

6. Berhenti harap pada orang.

Hadkan rasa kebergantungan pada orang lain. Harapan kau tak layak untuk dikecewakan. Kalau boleh usaha selesaikan sendiri. Berharap itu memenatkan. Jangan beri peluang pada orang untuk kecewakan kau.

7. Had diri.

Kenapa kita selalunya mengalah dan kecilkan kebolehan diri? Kenapa tidak kita kumpulkan kekuatan dan kebolehan diri untuk capai sesebuah matlamat? Jangan pernah hadkan diri dan hentikan usaha untuk sesuatu yang kau pasti berbaloi. Berhenti dari lihat kekurangan yang kau ada tapi mula cari solusi.

8. Belajar pujuk diri sendiri. 

Tak ada siapa yang bertanggungjawab akan apa yang kau rasa melainkan diri kau sendiri. Buang jauh-jauh rasa dan punca yang buat kau rasa sakit, marah, letih dan kecewa. Jangan terlalu selesa berasa lemah kerana itu satu kekurangan yang paling perlu kau selindungkan. Pujuk diri sendiri biarpun kau makan hati. Fokuskan diri kau untuk apa yang lebih penting dan berhenti dari melayan rajuk kau yang sukar orang peduli.

Tujuan penulisan ini tidak lebih dan tidak kurang selain untuk mengingatkan diri sendiri. Sekurangnya dapat jadikan sebagai rujukan untuk diri sendiri yang selalu lupa.


You Might Also Like

6 Comments

  1. Love yourself before loving others.. ^^

    ReplyDelete
  2. I love point number 7. Sometimes I have problem to stop comparing myself to others and then to think I am so much inferior than them. But, I forget that Allah makes us into special & specific characters that only us can handle.

    There will be some things we do feel it would be great if we have them. Yes, we can chase them but with plans. Just like resolutions people make every year. If we only list what we want, we tend not to achieve it unless we come out with how to get it done :)

    Thank you for this post! Lovely!

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. bagusnya dapat kesedaran mcm ni in age 20. i'm such a kid. the last part tu truly golden. faham konsep tp tak pernah dapat keluarkan with words so THANKS!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!