5 Produk Kegemaran Dari Box Of Joy LAZADA Online Revolution.

8:57 PM

Kalau dalam post yang lepas aku ada bagitahu dan sertakan gambar Box Of Joy daripada LAZADA; tapi bukan secara details untuk setiap produk dalam kotak istimewa tu. Jadi kali ni aku nak kongsikan apa senarai produk yang ada dalam Box Of Joy tu!


Tapi sebelum tu aku nak kongsikan dulu 5 produk kegemaran aku dalam Box Of Joy daripada LAZADA tu. Jenggg jengg jenggg!!!



5 Produk Kegemaran Dari Box Of Joy LAZADA Online Revolution

1) Beg Milo Edisi Ola Bola

Aku sekarang ni memang perlukan beg macam ni, sebab senang nak bawak balik baju bila ulang-alik naik bas KTN-KUL-KTN dari hostel ke rumah. Kebiasaannya aku cuma bawak balik bagpack je tapi sejak dah ada beg Ola Bola Milo jadi lagi senang dan tak membebankan bahu aku nak galas beg berat-berat, boleh jinjing je sekarang ni. Beg ni tak terlalu maskulin dan tak jugak feminin so sangat cool dan cantik. Jadi aku pilih beg ni untuk pilihan pertama! MUKTAMAD!

2) Nescafe White Coffee Pandan

Aku bukanlah pengemar minuman berkafein ni sangat tapi dengan perisa baru yang Nescafe perkenalkan ni buat aku tertarik nak cuba. Perisa Pandan yang macam agak rare tapi bila sekali cuba pasti rasa nak lagi. 

p/s: Mohon Nescafe hadiahkan aku selori Nescafe! Terima kasih!! HEHE.

3) Panda Bear Dari FoodPanda



Siapa je yang tak sukakan benda yang comel kan? Aku rasa patung panda dari FoodPanda ni sangatlah comel! Bukan setakat bagi patung je, siap ada lagi promo code untuk aku guna dekat aplikasi FoodPanda. Aku dah siap pasang panda tu dekat beg kanken hitam aku! Matching sangat kan :D

p/s: haritu aku dalam kereta terusha kereta orang sebelah dan ternampak ada patung panda sebijik macam yang aku dapat dari FoodPanda ni cumanya dia lagi besar hmm jeles betul mana boleh dia ada yang lagi besar dari aku punya!

4) Nestle Just Milk (Full Cream Milk)



Kaya dengan kalsium dan protein, baik untuk tulang dan jugak pertumbuhan sel sel baharu. Bagi jelah apa-apa perisa dan apa-apa sekalipun produk dari Nestle, semuanya aku suka! Sedap susu ni boleh cecah dengan biskut!

5) L'oreal Paris Professionnel Dual Stylers 



Ada tiga jenis Dual Stylers yang aku dapat; sleek & swing, liss & pump-up dan bouncy & tender. Aku suka sangat produk-produk rambut dari L'oreal ni sebab sangat berkesan dan bagus untuk rambut. Kesuburan rambut pun penting tau untuk di jaga!

p/s: comel-comel je paket-paket dia kan, kalau dapat yang botol punya lagi seronok! Ehh demand pulak, Terima Kasih L'oreal Paris & LAZADA :* !


Selesai aku perkenalkan 5 produk kegemaran aku dalam Box Of Joy daripada LAZADA, dan ini pula adalah barang-barang lain yang jugak terdapat dalam kotak keriangan tu hehe:

1) Mi Maggi OatMee (Perisa Kari)
2) Mi Maggi Royale (Thai Seafood Tom Yam)
3) Nestle Cerelac Nutripuffs (Pisang & Strawberi)
4) Mamy Poko Baby Gentle Wipes
5) L'oreal Professionnel Mythic Oil 
6) Tefal Manual Chopper
7) Beg Kecil dan Pen dari Lactokid


3 DAYS MEGA DEALS DI LAZADA.COM.MY

Jangan lupa 12.12.2016 nanti, di mana akan berlangsungnya 3 DAYS MEGA DEALS dari LAZADA! Masa nilah nak borong barang-barang yang dah lama dok peram dalam favourite, sebab harga diskaun yang ditawarkan melambung-lambung. Rugi kalau tak beli masa tu!

p/s: JOMLAH TUNGGU APA LAGI? MOH KITA SHOPPING DI LAZADA!!

Untuk sebarang keterangan dan maklumat lanjut boleh rujuk di laman web yang berikut:

You Might Also Like

2 Comments

  1. bestnyaaa dapat box of joy dari lazada!
    teringin nak try nescafe pandan tu.
    panda tu comel je melekat kat beg, sesuai je. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha next time punya Box Of Joy joinlahh! Tapi jang lupa mendaftar jadi affiliate lazada dulu. Comel kan panda tu! Thanks BV :D

      Delete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

TEST 1

Ping!