19 Disember

6:42 AM

19 Disember tahun ini masih lagi sama seperti 19 Disember yang sebelumnya. Aku andaikan ia sebagai satu putaran masa yang akan terus berulang untuk aku hargai. Tak banyak bezanya kali ini cuma bezanya emak menginjak satu lagi angka usia ke atas. Aku sedar usia memamah kudratnya untuk terus meningkat.



Saban tahun aku berharap untuk tidak rasa kecewa pada tarikh ini. Saban tahun itu juga aku gagal untuk tidak rasa kecewa. Kecewa dengan betapa penakutnya diri aku dalam menzahirkan rasa yang benar-benar aku rasakan. Anggaplah aku ini seorang yang pengecut dan cuma pentingkan diri atau mungkin sekadar tidak pandai untuk menzahirkan rasa melalui susunan kata-kata.
Mungkin, kerana bagi aku biar berjuta sekalipun perkataan yang wujud di dunia tapi masih belum cukup untuk menggambarkan rasa abstrak yang hanya datang dari hati.

Aku gemar curi lihat senyuman yang emak ukirkan saat dia membaca ucapan anak-anak yang lain di telefon. Dan entah kenapa aku berfikir teknologi juga punca yang mematikan rasa yang dulunya dizahirkan dengan lisan tapi kini dibentuk menjadi barisan ayat tanpa jiwa. Kosong, tiada nada sebagai inti yang disertakan bagi gambarkan rasa.

Dan bila difikirkan apresiasi apa yang layaknya diberikan kepada emak. Aku tergamam. Kerana aku tahu tiada apa yang diinginkan emak selain keikhlasan dari anak-anak.

Aku juga tahu bahawa waktu tidak akan berhenti berputar dan akan terus meninggalkan segalanya ke belakang. Jadi aku putuskan hari ini menjadi hari yang paling bermakna.

Selamat hari jadi emak! Biar emak dikekalkan nikmat kesihatan dan semoga setiap apa yang emak curahkan kepada kami adik-beradik mendapat ganjaran dari Dia yang Maha Pemberi. Mungkin tidak dengan harta benda di dunia tetapi dengan ganjaran lain di penamat masa. Sesungguhnya emak ialah anugerah di dunia yang tidak ternilai buat kami.

Seikhlas hati,
Anak mak.

You Might Also Like

4 Comments

  1. Happy birthday to your mom.. Dalam kes nie, kita almost serupa. I'm the type yang nak luahkan tapi tak reti nak luahkan.. Padahal dalam hati, banyak nak luah, banyak nak bagitau yang how I love her tapi entah.. Tak terluah.. ._.

    ReplyDelete
  2. happy birthday utk ur emak. semoga ur emak diberi kesihatan yg baik dan diberkati ALLAH :) kita sebagai anak2 memang selalunya segan nak tunjuk kasih sayang melalui kata2. so, boleh je zahirkan dari perbuatan macam selalu tolong2 emak. :D

    ReplyDelete
  3. Selamat hari jadi buat emaknya. :D

    ReplyDelete
  4. Same birthday with my mum 😊

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!