Oktober Tanpa Identiti

4:09 AM



Assalamualaikum,

Hi readers (kalaulah ada yang sudi baca), rasanya dah lama sangat aku tak menulis tentang diri sendiri dekat blog tersayang ni. Blog ni pulak dalam masa berbelas hari lagi akan expired domain dia. Aku ingatkan nak renew (kemain renew padahal bukan selalu update pon) kelmarin tapi ada masalah sikit dengan kad debit aku. So, renewal domain tergendala :( ini sangat menyedihkan.

Dah setahun jugak blog aku dengan nama lakiterok.com ni wujud. Setahun pon masih suam-suam kuku lagi sebab jarang benorr aku nak update. Ranking Alexa pun terus hanyut di lautan pasifik sampai tak jumpa-jumpa dah sama macam MH370.

Aku sebenarnya rindu nak menulis sebagai anonymous tanpa identiti. So that ruang lingkup topik yang aku nak ceritakan dekat blog sangat luas dan tak payah pening nak kisah siapa yang baca blog aku. Mungkin ini jugak punca aku jarang update blog. Aku fikir bakat aku nak cari idea menulis pon dah makin terhakis dan silap-silap tak lama lagi terus pupus dalam diri aku. 

Entahlah nasib. Minggu depan test pon dah mula. Aku ada tiga test, dua due assignment, dan satu quiz yang nak kena hadap. Guys doakan aku dipermudahkan nak hadap minggu stress ni ok? Dan tak lupa yang paling best 21 October nanti dah mula cuti mid semester - seminggu. Untuk mengelakkan kehabisan tiket, awal tadi lagi aku dah beli siap-siap!


Beralih ke kisah cinta pulak, tahniah sebab aku masih berjaya mengekalkan status solo (dah berabad lamanya) dan masih tak terfikir lagi to belong to someone. Bukan langsung tak ada rasa, tapi aku fikir kalau aku ada that kind of special relationship, it won't make me free. Aku tak bebas nak buat apa yang aku suka (entah apalah yang aku nak buat ye?) plus, semenjak umur dah bukan belasan ni buat aku lebih prefer real conversation instead of texting.

My biggest fear is aku rasa takut if I am not good enough for her. And those insecurities yang buatkan aku fikir banyak kali before going deeper into any relationship with girls. Aku selesa dengan aku yang sekarang. Walaupun kadang-kadang otak selalu rasa yang aku betul-betul nakkan a stable relationship but when I think back on "how clingy a woman can be" benda tu terus batalkan niat aku. I have those experiences, I can tell though.

Untuk apa yang betul-betul aku nakkan sekarang adalah pertamanya tentu-tentulah to excel in study. Keduanya, kawan-kawan yang sekepala dan setia (berkawan pon kena setia OK!). Ketiganya, nikmat kesihatan dan ketetapan iman dalam diri aku (belakangan ni aku asyik sihat tak sihat je). Dan yang terakhir, untuk aku cari diri aku yang sebenar yang masih samar-samar.

Itu jelah yang aku rasa setakat ini.



Kalaulah hidup ini bukan untuk kepuasan, kenapa wujudnya rasa puas itu.

You Might Also Like

5 Comments

  1. bila dah single terlalu lama, rasa lebih seronok dari berdua..hehe..belom jumpa jodoh lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, go with the flow jelah. Tengoklah apa akan jadi.

      Delete
  2. Aku pun tengah strees banyak assignment kena siapkan cuti mid sem ..

    ReplyDelete
  3. I've been reading your posts and I noticed that even though your template is simple and all but when I scroll, the pacing is weird and it makes your blog harder to read.

    ReplyDelete
  4. status anonym ada eloknya juga, tak teragak-agak untuk tulis terus, tapi perlu ada batasannya jugak ye dak

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!