Hanya 3 Jam

2:30 AM

Aku masih ingat saat kau membeliakkan mata memerhati kiri dan kanan, atas dan bawah - kosong. Aku tahu kau ligat memikirkan apa butir bicara yang harus kau lontarkan buat hilang rasa kekok yang menghuni sekitar kita. Aku pula masih gemar memandang tepat ke mata kau dengan sedikit harapan yang cuba aku semaikan. Aku harapkan kau dapat melihat ikhlasnya rasa yang aku mahukan. Tapi kau memilih untuk tidak melihat bahkan anak mata kau larikan saat kita saling bertentang. Angin yang bertiup tak terasa dengan bahang dapur kedai yang rancak membakar.

Kau tersenyum sambil mata masih memandang di hadapan jalan raya tika aku mula bicara tentang kurangnya aku. Kacamata yang aku pakai dikelas aku gantikan dengan kamera telefon - untuk penglihatan yang lebih baik. Kau katakan ianya pelik dan baru kesekian kali kau dengar orang yang sedemikian. Tak pernah orang buat itu kata kau yang aku lakukan. Kau terus menguji jauhnya penglihatan aku sambil menunjuk-nunjuk ke hadapan cermin kereta. Aku tersenyum nipis cuba sembunyi rasa gembira yang kau puncakan. Dan kau terus membawa aku ke tempat yang belum biasa aku lihat. Aku berharap malam itu berhenti berdetik kerana terlalu banyak untuk dinikmati dan diingati.

Kau aku lihatnya teruja bila lagu yang kau pasang berjaya aku teka dengan tepat dalam hanya sekali cubaan. Percayalah sungguh aku tak pasti dan sangka itu jawabnya. Kau terus mencuba bertanyakan lagu-lagu yang seterusnya. Dan aku gagal berkali-kali kerana lagu-lagu itu janggal di dengar oleh telinga aku.

Hanya tiga jam itu aku rasakan bagai di syurga yang telah aku siakan. Dalam tiga jam itu aku gagal mengekalkan kau. Hanya dalam tiga jam itu juga aku kehilangan kau.

Jiwa kau belum kosong. Kata kau hati masih berkecamuk memikirkan rasa basi yang lepas. Kau berhenti beri harapan saat kau sedar aku mula mendesak terdesak. Aku sedar kau sedar tapi aku terlalu takut untuk berganjak. Bergerak meninggalkan kau kerana harap aku pada kau masih berbaki dan kau tak pernah peduli.

"Jom I temankan you balik naik train." mungkin dialog yang akan kekal dalam ingatan.
Dan aku pun berhenti berharap.

You Might Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!