Apa Ada Dengan Love, Rosie?

6:29 AM

Pernah bandingkan kisah cinta anda dengan filem cinta?

Atau anda mungkin tidak pernah bercinta dan hanya sekadar membayangkan diri anda menjadi watak dalam filem romantis tersebut?

Sungguh romantik bergandingan dengan watak hero idaman anda. Hadapi pelbagai dugaan bersama-sama. Sangat menyeronokkan meski anda tahu hakikat yang ianya cuma imaginasi.

Terlalu kejam bukan? Maaf maaf. Tak salah berfantasi dan teruskanlah dalam dunia fantasi anda. Saya tak peduli!

Love, Rosie.

Ini adalah antara filem romantis kegemaran saya. Dah khatam berkali-kali. Setiap baris dialog yang dituturkan Lily Collins dan Sam Claffin juga saya ingat satu persatu.

Rosie Dunne & Alex Stewart watak yang mereka mainkan. Mereka watak kegemaran saya dengan accent British yang seksi! Kisah cinta antara dua sahabat baik yang banyak halangan dan konflik. Berjurai air mata rasanya walaupun setiap babak yang dimainkan sudah pun dilihat berkali-kali.

Cerita ini sangat dekat dengan penonton kerana ianya realistik. Gambaran hidup di antara sesetengah manusia yang berharap agar rasa cinta mereka disatukan untuk mereka menjadi satu. Bersatu menjadi satu kehidupan "happily ever after" perhaps!

Mana tidaknya filem ini diadaptasikan dari novel Love,Rosie yang ditulis oleh Cecilia Ahern yang menterjemahkan kisah sebenar yang diceritakan oleh Rosie Dunne yang sebenar menerusi helaian-helaian surat dan emailnya yang menjadikan plot filem ini sebagai sebuah cerita yang sangat menarik. Meski cerita sebenarnya berbeza dengan cerita yang difilemkan. Tapi keduanya sama bagus dan menarik! Novel dan filem. Ya kedua-duanya saya baca dan tonton.

Tetapi...

Jika anda masih berfikir drama cliche Melayu yang ditayangkan di salah satu rangkaian televisyen di Malaysia pada setiap waktu maghrib dengan pelakon dan babak yang hampir sama; konflik di antara watak hero dan heroin yang dipaksa kahwin yang kemudiannya berputik rasa cinta yang dipanjangkan lagi ke ranjang, Opps maaf hampir melebih tetapi itulah hakikat plot ceritanya, sebagai satu ketagihan dalam diri anda yang tertanya-tanya sambungan konflik dari episod yang lepas mungkin filem seperti Love, Rosie ini tidak sesuai bagi anda. Serius!

Suka untuk saya petik beberapa babak yang menarik dari filem Love, Rosie bersama-sama dengan baris-baris dialog yang agak memberi kesan juga kepada saya.

Ini antaranya: 


Babak hampir ke penamat cerita. Rosie Dunne menjadi "best woman" di majlis perkahwinan Alex Stewart & Bethany Williams. Ini menjadi saat terbaik bagi luahan hati Rosie Dunne kepada Alex Stewart. Dan baris dialog ini juga menarik! :






"I just want to belong to someone. Because I am tired of waiting."


"You deserve someone who loves you with every single beat of his heart, someone who thinks about you constantly, someone who spends every minute of every day just wondering what you're doing, where you are, who you're with, and if you're OK. You need someone who can help you reach your dreams and protect you from your fears. You need someone who will treat you with respect, love every part of you, especially your flaws. You should be with someone who could make you happy, really happy, dancing on air happy."
- petikan dari novel -



"We have a long way to go to being the perfect couple, we certainly don't live the fairy tale marriage, he doesn't shower me with rose petals and fly me to Paris on weekends but when I get my hair cut, he notices. When I dress up to go out at night, he compliments me. When I cry, he wipes my tears. When I feel lonely, he makes me feel loved. And who needs Paris, when you can get a hug?"
- petikan dari novel -



“It’s funny because when you’re a child, you believe you can be anything you want to be, go wherever you want to go. There are no limits. You expect the unexpected, you believe in magic. Then you grow older and that innocence is shattered. The reality of life gets in the way and you’re hit by the realization that you can’t be all you wanted to be, that you just might have to settle a little bit less.” 
- petikan dari novel -

Terlalu banyak dan tak mampu nak disenaraikan satu persatu. Bagi yang dah tonton dan baca novel apa pendapat anda?

Bagi saya ini mungkin filem dan novel romantis terbaik yang pernah dibaca. Hanya dengan membayangkan dan menghayati surat-surat dan email mereka menerusi novel serta rasa cinta yang tak terungkap yang digambarkan menerusi lakonan mereka.

Sekian.

Psstt, Lily Collins cantik sangat!


You Might Also Like

2 Comments

  1. selalu dengar org comment macam ni...tapi masih belum terdetik lagi nak tgok, baca? pernah tapi feel tak sampai macam tulisan RAM atau pingu toha...lepas baca entri ni baru terdetik nak tengok. maybe...tengoklah dulu...

    ReplyDelete
  2. Macam best je.. buat kan rasa nak tahu je.. nampak gayanya nak kena cari filem dan juga bukunya nie...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

TEST 1

Ping!