Dugaan Kuliah Minggu Pertama

5:23 PM

Alhamdulillah sekarang dah tamat minggu kedua kuliah dan aku rasa agak tenang sikit harini untuk update blog yang dah lama tak update ni. Baru sempat respon pada komen-komen yang bertanya tentang Asasi UiTM. Boleh baca artikel yang aku tulis pasal Asasi UiTM di sini.

Minggu pertama kuliah haritu merupakan minggu yang aku rasa agak tough mana tidaknya bila minggu tu aku kena demam teruk dan hidup aku masa tu cuma dua je. Ubat dan klinik. Dan yang paling korang suka kalau sakit-sakit adalah doktor akan bagi MC. Aku dapat jugak MC haritu adalah dalam dua hari (sebab aku pergi klinik hari-hari) tapi aku tolak sehari tu. Kononnya tak nak ponteng kelas takut tertinggal belajar dan ya terutamanya kelas Applied Calculus semester ni. HAHAHA.



Dalam seminggu pertama tu aku telan air je berbotol-botol termasuklah bertin-tin air 100plus sebab doktor kata badan aku kurang air sebab dehidrasi dan ada sikit demam. Makan langsung tak boleh sebab tekak aku memang tak boleh terima makanan dan setiap kali aku makan mesti akan muntah-muntah. Seksa jugaklah badan sebab perut lapar tapi tekak tak boleh masuk makanan. Aku tak pasti sakit apa sebenarnya aku masa tu, sebab doktor dekat klinik kesihatan pelajar sini tak semak penyakit aku betul-betul. Dia tanya aku sakit apa? Then aku assumelah aku demam kemudian dia cek tekanan darah dan air dalam badan kemudian bagi aku ubat.

Hari kedua aku pergi lagi klinik kesihatan kononnya nak mengadu dekat doktor yang aku tak boleh telan ubat yang dia bagi sebab bila makan ubat tu tak sampai minit aku muntahkan balik ubat tu so tak ada fungsi ubat tu untuk badan aku. Hari kedua aku jumpa doktor lain pulak, doktor perempuan. Dia tanya aku sakit apa? Sekali lagi aku assume yang aku tersalah makan atau food poisoning sebab memang malam ahad tu aku ada makan bekal nasi lemak yang aku bawak dari rumah masa tengah hari jadi takut nasi tu dah basi dan aku yang tengah kebulur malam tu main makan je. Aku mintak dengan doktor untuk masuk drip air sebab badan aku memang tak bermaya sangat sebab dah 3 hari tak makan apa-apa. Cuma telan air berbotol-botol je sampai perut pun dah masuk angin dan kembung.

Bila sampai hujung minggu kuliah pertama tu aku ambik keputusan untuk balik KL lepas solat Jumaat. Biar aku semak dekat hospital dekat KL dengan parents lagi selamat sebab masa tu badan aku dah mula naik bintik-bintik merah dan aku takut kalau kena denggi sebab masa tu badan aku masih demam lagi. Dalam 3 hari aku berulang-alik dari rumah ke Hospital Selayang untuk cek darah. Doktor kata aku bebas denggi tapi darah ada sikit virus. Takut jugaklah bila dengar macam takut karang kenalah pulak penyakit macam-macam memang aku tak sanggup. Dan yang paling aku bersyukur bila doktor dekat Hospital Selayang dapat kesan sakit aku, aku sakit tonsil dan tonsil aku dah mula membengkak yang kesannya buatkan aku sakit nak telan apa-apa makanan.

Doktor bagi aku ubat antibiotik dan esok jugak aku dah boleh telan makanan. Bila badan dah 5 hari tak makan dan bila dapat telan makanan tu nikmat lain macam susah aku nak describe HAHAHA. Tapi disebabkan platelet aku rendah dalam 144 masa cek darah kali ketiga doktor sarankan aku terus minum banyak air. Dan bila dah hari ahad aku terpaksa balik semula ke UMP sebab aku masih lagi ada kelas nak kena hadir. Cewah berdedikasi kan aku?! HAHAHA.

Hari Isnin minggu kedua badan aku dah sedap sikit dan bintik-bintik merah gatal kat badan yang aku dapat haritu mungkin sebab dari allergik ubat entah apa-apa doktor dekat klinik kesihatan bagi. Kakak aku sarankan aku cek darah lagi dekat klinik kesihatan UMP (yang ni cek darah kali ke-4 untuk hari ke-4 berturut-turut) sebab last check platelet aku cuma 144. Jadi lepas cek darah dekat klinik kesihatan UMP, platelet aku naik mendadak dari 144 ke 197. Doktor kata aku dah boleh berhenti cek darah dan memang aku tak nak ambik darah lagipun sebab bukan takut jarum yang diorang cucuk tu tapi lengan aku dah naik bengkak kesan dari 4 kali cek darah  dengan 2 kali kesan jarum masa drip air haritu. Habis lengan aku :'D

Kesimpulannya, korang kalau sakit pastikan bagitahu details sakit korang betul-betul dekat doktor dan pastikan banyak minum air bukan setakat kulit cantik (kulit aku makin clean sebab banyak minum air minggu tu dan memang aku akan terus amalkan cewahh) tapi dapat elakkan korang dari dehidrasi masa musim panas ni lagi-lagi macam aku students jauh dari family :'D kena pastikan jugak makan minum korang terjaga. Dan untuk doktor yang kerja di klinik kesihatan pelajar universiti pulak tolonglah cek kami ni betul-betul supaya penyakit yang kami kena tu dapat dirawat dan diberi ubat yang betul. Walaupun klinik kesihatan pelajar tu percuma tapi tak salah kalau doktor-doktor ikhlas sedikit dalam berikan kami rawatan :'D

Terima kasih! Terutama buat housemates and parents aku yang jaga aku masa sakit tu. Terharu gitu ada jugak kawan-kawan yang prihatin :'D

p/s: rasanya untuk next post aku nak share pasal UMP khas untuk adik-adik lepasan SPM. Penat belajar dekat UMP jadi apa salahnya kan aku promote sikit pasal UMP HAHAHA.

You Might Also Like

6 Comments

  1. kesian lak. 3 hari takdapat makan sebab takdapat telan makanan? sedihnyaaa. dah tu berkali2 lak pergi jumpa doktor dan amik darah, tahan sungguh. sekarang dh sihat dah? alhamdulillah. pasnie jaga la kesihatan elok2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lepas ni tak boleh nak ambil mudah. Kena tekankan kepentingan untuk jaga kesihatan diri lepas ni. Maklumlah umur pon dah tak berapa nak remaja lagi.

      Delete
  2. Errrr.. Sangatlah tak suka kena cucuk ambik darah.=.="

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi-lagi kalau jururawat tu tersalah cucuk atau darah kita tak keluar. Sabar jelah.

      Delete
  3. teroknyaaa, drip bagai, platelet turun, reading this sort o reminding me on my clinical attachments. true though, kadang doctor tak check thorough since worse condition initially looks like common cold je. teringat bila around kiorang kes denggi makin naik that HKL took serious check up on simple cold pon.anyway, cewahh, minom banyak lagi air, please.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, lepas je kes ni terus selalu amalkan minum air banyak-banyak sehari. Baru sedar kepentingan air untuk badan. Dah tak boleh pandang rendah.

      Delete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!