Movie Apa? Our Times (Taiwan Film)

1:51 AM

 ❤ Salam 2016 

Rasanya dah lama sangat aku tak update blog dari tahun lepas. Maklumlah busy sangat dengan final exam; tinggal satu kertas lagi Isnin depan. Lepastu merdeka! Yeayyy!!!

So siapa dekat sini minat dengan cerita romantik angkat tangan?! HAHAHA, mesti antara korang ni semua jugak pernah tengok cerita Love Rosie, kisah cinta antara Rosie Dunne dengan Alex Stewart! Pernah? Kalau tak pernah boleh tengok sekarang, rugi sangat tau. Aku dah khatam Love Rosie berbelas kali, sampai dialog dia pun aku dah hafal LOL, mujur tak masuk final exam kalau tak gerenti 4 flat! Eh terserlah pulak taman-taman bunga dekat dalam hati ni HAHAHA. 

So apa kaitannya aku sibuk cerita pasal Love Rosie ni? Ada satu filem dari Taiwan ni yang lebih kurang sikit macam cerita Love Rosie tapi yang lebih banyak ialah sedih. Yes, cerita dia agak sedih kalau nak dibandingkan dengan Love Rosie.


"Our Times"

Cerita ni pasal zaman persekolahan Truly Lin, budak perempuan biasa yang masa tu masih guna surat untuk berhubung dan percaya dengan surat berantai. Ouyang Extraordinary pulak budak lelaki yang Truly Lin minat. Dalam masa yang sama, Truly Lin berkenalan pulak dengan Hsu Tai-yu budak yang kiranya paling gengster dan bermasalah dekat sekolah dia. Nak tahu cerita selanjutnya? Korang bolehlah lelaju tengok sekarang!

Ehh kejap kejap aku tak habis lagi describe cerita ni macam mana lagi, memang cerita dia pasal zaman sekolah yang korang akan ingat cliche dan boring. Tapi sangkaan korang tu ternyata salah 100%. HAHAHA bukan main pulak aku sampai 100%. Sini aku senarai beberapa pendapat aku tentang cerita ni yang aku rasa sangat best! 

1) Cerita ni berlatarkan zaman persekolahan yang mana masa tu akan ada perempuan yang paling cantik dan lelaki yang hensem yang mana kau akan jadikan kau punya crush dalam diam, kiranya cerita ni boleh mengimbau zaman sekolah korang.

2) Jalan cerita yang buatkan kau rasa tak boring dengan adanya unsur humor dan adegan sweet, bab ni perempuan sukalah kan!

3) Cerita ni akan buat kau imbau balik zaman tak ada telefon dan gunakan surat cinta dengan harapan untuk tunggu balasan surat tu.

4) Cerita ni akan buat kau terkenang masa-masa dulu mana yang masa tu kau rasakan masa bergerak perlahan untuk kau nikmati hidup dan rasai berbagai pengalaman.

5) Cerita ni kisah benar olahan semula pengarah cerita ni, Frankie Chen masa zaman sekolah beliau.

Pendek kata, cerita ni sangat sesuai untuk orang yang dahagakan cerita romantis seperti Love Rosie versi Asia tetapi dengan jalan cerita yang sedikit berlainan dan lebih sedih. Dan yang paling penting dapat buatkan kau teringat masa-masa nikmatnya hidup yang kau rasakan bergerak dengan perlahan.
  ❤️

Ni antara scene-scene dalam filem Our Times:








Tunggu apa lagi? Pergilah tengok sekarang!!

Tak tahu nak tengok dekat mana? Jap aku share link untuk streaming.

Our Times (with English subtitles): http://lynk.my/qfzS

p/s: Oklah bye aku nak pergi tengok cerita ni untuk kali kedua!

You Might Also Like

7 Comments

  1. pergh! last tengok cerita taiwan hari tu in time with u...kena tengoklah cerita ni....

    ReplyDelete
  2. done tengok cerita ni!!! memang awesome giler!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann sah kata best! Yeayyy. Rugi siapa yang tak tengok lagi :D

      Delete
  3. klasik habis movie ni. tunggu download jelah

    ReplyDelete
  4. the drama is awesome...thank for sharing....tgok byak kali pon x jemu...hope dpt share lbih byk lgi drama yang menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah kalau ada tertengok movie movie yang best pasti akan direkomenkan dekat blog! :)

      Delete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

TEST 1

Ping!