Bila Di Hujung Semester!

3:28 AM

Alhamdulillah dah masuk bulan Disember, kiranya dah nak tamat dah semester pertama aku untuk degree sebelum berpeluang pergi menikmati pakej percutian selama sebulan di rumah sendiri nanti. Memang tak sabar!

Macam biasa, bila dah hujung-hujung semester akan rasa stress sikit dengan lambakan assigments dan jugak test, lagi stress bila buat kira-kira carrymarks berapa lagi nak cukup atau terlebih cukup?! Haa banyak sangat yang nak dikira.

Tak apa semua benda ni normal untuk setiap mahasiswa LOL. Dan disebabkan kekangan masa dengan perkara-perkara diatas yang dah aku sebutkan tadi dengan urusan peribadi lagi buatkan aku tak berapa sangat nak update entry baru. Kalau ada update pun pasal segmen dan kontes yang aku join dekat blog. Haa btw, bagi siapa yang belum undi aku untuk CONTEST REVIEW LYNK.MY 2015 ni please, please dan pleaseee pergi ke hyperlink tu dan klik pada gambar "UNDI SAYA" di bahagian akhir post. Undilah sebanyak mana yang korang mampu. Undian anda amatlah dihargai! Cewahh!

Selesai beriklan!

Dah nak habis semester satu ni banyak pengalaman yang aku dapat, tak kiralah dengan subjek baru yang makin susah :'D, kawan-kawan baru dan yang paling penting dapat usha gegadis kimia yang comel-comel. HAHAHA!

Tak lupa jugak aku ada explore benda-benda baru dekat Kuantan dan jugak Gambang! Sebenarnya taklah explore mana pun memandangkan UMP dengan bandar Kuantan agak jauh dan kalau naik bas pun pergi balik makan masa lama, memanglah tak rajin (lagipun aku pernah sekolah dekat SEMSAS, jadi bandar KUANTAN tu dah biasa sangat). Kalau sewa kereta pulak agak costly, tahulah kan student duit banyak nak pakai :'D jadi kenalah berjimat (padahal duit habis dekat makanan je).

Ni antara gambar-gambar yang aku nak kongsikan:


lakiterok UMP GAMBANG PEKAN orientasi MINDS
Muka suci masa minggu MINDS, @Aniqqqqqqqqq (kanan) dia kampus Pekan. Kami housemate yang terpisah :'(


UMP GAMBANG PEKAN lakiterok orientasi MINDS
Gambar di sekitar UMP Gambang


lakiterok assignments UMP chemical engineering
Ada yang kata aku makin chubby, so sekarang tengah giat kuruskan pipi dengan memperbanyak aktiviti mengunyah makanan hehee :P~


starbucks teluk chempedak kuantan pahang
Setelah lama mengidam! (Teluk Chempedak - Jauhi Maksiat)


starbucks teluk chempedak kuantan pahang
All time favourite Green Tea :*


teluk chempedak jauhi maksiat
Gambar tak berapa nak semenggah (Teluk Chempedak - Jauhi Maksiat)


air terjun panching kuantan gambang pahang
Dah tiga kali pergi tapi tak merasa lagi nak mandi dekat sini, setakat rendam-rendam kaki je (Air Terjun Panching)

Satu lagi yang paling best dekat Gambang ada Nasi Kukus Mama, sedap terangkat tapi tak boleh makan selalu; cepat muak dan cepat jugak menghabiskan duit korang :P


Ni video tak berapa nak betul bila stress! HAHAHA (mata barai)

video


Troll untuk Penduduk Kuantan:

Siapa curi huruf A dekat perkataan KUANTAN tu weh? Dah jadi bandar KUNTAN dah HAHAHA! Baik ngaku cepat!!

You Might Also Like

8 Comments

  1. Kimia FIST atau FKKSA?

    Apapun selamat belajar di UMP.. Stay focus and score..

    ReplyDelete
  2. smoga sukses slalu dlm belajr.. btw cntik air terjun tu..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Sure, I will share something about UMP in my future post :)

      Delete
  4. Replies
    1. Yep, zaman belajar tu adalah precious moment for everyone!

      Delete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

TEST 1

Ping!