5 Realiti Pahit Kehidupan di Universiti

4:11 AM

Universiti sepatutnya jadi perkara yang paling seronok! Lebih-lebih lagi bila setiap kali digambarkan bagaimana seronoknya kehidupan di universiti, tentulah mindset kita mula gambarkan; hidup tanpa peraturan, tiada uniform sama yang perlu dipakai setiap hari, jadual kelas yang lebih fleksibel dan macam-macam lagi. Percayalah apa yang digambarkan itu boleh terjadi! Tapi, kehidupan semasa tahun pertama di universiti boleh mengubah apa yang kita harapkan sekaligus buatkan kita rasa hidup di universiti sesuatu yang teruk.




SUSAHNYA TAMBAH KENALAN

Bukan semua dari kita dapat membiasakan diri dengan persekitaran baharu, berbual dengan orang yang luar dari kebiasaan kita lebih-lebih lagi jika kita seorang yang pemalu dan 'introvert' yang membuatkan kita berasa kekok dan keseorangan. Tidak hairanlah jika di universiti terdapat kelompok-kelompok yang masih belum 'move on' dengan kawan-kawan semasa di matrikulasi mahupun di asrama penuh dulu.

Tidak mudah dan tidak mustahil untuk kita menambah kenalan di universiti. Universiti merupakan tempat yang paling sesuai untuk kita menambah kenalan. Sertailah mana-mana organisasi atau persatuan yang membolehkan kita berinteraksi sesama ahli dan bekerjasama di dalam kumpulan selain dapat menambah pengalaman menguruskan program-program yang dirancang persatuan. Aktifkan diri untuk berpersatuan dan kumpul pengalaman sebanyak mungkin.

Keraplah mengikuti mana-mana 'study group' yang dijalankan di universiti. Jika tiada, tubuhkan satu, cukup sekadar mengajak rakan-rakan sekuliah untuk sama-sama membantu dalam pelajaran. Jangan hanya memilih untuk terperap di dalam dorm/bilik selepas tamat kelas, sebaliknya gunakan masa ini untuk 'explore' universiti kita. Contoh termudah, jika kita kebiasaannya mengulang kaji sendiri di bilik tukarkan dengan berselang-seli pergi ke perpustakaan. Ajaklah seorang dua rakan untuk belajar bersama-sama dengan persekitaran baharu. Mesti seronok!





BERCINTA DI UNIVERSITI

Dalam usia yang baru nak menginjak dewasa dan baru merasai apa yang dimaksudkan sebagai dewasa, kita membesar secara konsisten baik dari segi fizikal, intelektual, emosi mahupun sosial. Perkara-perkara ini banyak mengubah diri kita. Hanya pengalaman atau cara kita dibesarkan membentuk pemikiran, kepercayaan dan pandangan kita.

Universiti adalah masa yang sukar untuk bercinta. Bayangkan kita mengejar dua perkara dalam satu masa, belajar dan bercinta. Memang belajar penting jika dibandingkan dengan cinta, tapi siapa kita menyekat norma manusia yang ingin berteman. Pembahagian masa perlu dilakukan dengan bijak!

Dan jangan terlalu kecewa jika cinta di universiti tidak berakhir seperti yang diinginkan. Rasa sakit dan kecewa tentunya menganggu, terutamanya bila kita sedar kita perlu belajar dan menghadiri kelas. Bangkit dari rasa sakit kerana lambat-laun rasa itu akan pulih. Kekal fokus dan berikan komitmen yang terbaik untuk pelajaran. Pilihlah satu hari untuk keluarkan emosi, apa-apa sahaja yang buatkan kita rasa bebas dengan emosi yang terbuku tak kiralah dengan meluahkan isi hati kita kepada kawan baik mahupun menjerit geram di kawasan lapang (jangan jerit dalam dorm/bilik sudah nanti housemate syak tak waras).


Dan satu lagi, jangan lupa untuk mencari cinta baharu. Rata-rata menyatakan susah untuk mereka mencari cinta selepas tamat zaman universiti. Terserah! (Bergantung kepada jodoh masing-masing)

DAH STUDY BELUM

Jika di sekolah akan ada guru-guru yang prihatin tentang pelajaran kita, bahkan juga ibu bapa di rumah yang akan mengingatkan kita tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Tetapi di universiti tidak (benda biasa yang kita dengar). Semuanya ke atas diri kita, belajar susun jadual malah menguruskan masa kita sendiri. Tak ada siapa yang kisah! (bertuahlah kalau dapat roommate yang prihatin sentiasa ingatkan kita)

Berhenti dengan perangai 'last minute'. Bayangkan 3 bulan kuliah untuk dihadamkan dalam beberapa hari minggu 'study week'. Sebaliknya rancang ulang kaji dengan teratur dan paling penting DISIPLIN dan DISIPLIN untuk mematuhi apa yang telah dirancang.


ADA DUIT LAGI

Sama seperti belajar, kewangan kita juga tiada siapa yang peduli. Beruntunglah jika anda seorang yang cermat kerana pastinya ini perkara yang boleh dihiraukan. Tapi bagi yang boros (macam aku), perlulah bijak untuk mengawal perbelanjaan. 

Tetapkan perbelanjaan maksima seminggu (contohnya RM50 seminggu) dan kawal nafsu. Bawa duit yang secukupnya ke kafe untuk mengelakkan terbeli makanan yang tak sepatutnya (memang masalah utama mahasiswa untuk berjimat ialah makanan). Kurangkan keluar ke bandar (atau mall jika universiti korang tu terletak dekat bandar) dan gantikan dengan aktiviti riadah, bersenam, bermain sukan atau apa-apa yang mengeluarkan peluh. 

Mudahkan!

HOMESICKNYA RASA

Memang kebanyakan kita fikir bahawa kita akan akhirnya bebas di universiti tapi percayalah ada masanya kita akan rasa 'homesick'. Terutamanya pada keluarga bagi yang langsung tak pernah berjauhan dengan keluarga. Untuk yang dari sekolah lagi sudah duduk di asrama juga boleh abaikan ini kecuali selama berada di asrama anda belum lagi mengatasi rasa 'homesick' (eh ada ke penawar homesick ni?)




Keraplah berhubung dengan keluarga menceritakan hari-hari kita di universiti. Jangan bandingkan kehidupan di rumah (keselesaan dekat rumah, TV dan sebagainya) dengan kehidupan di kampus. Ianya ternyata akan memihak kepada kehidupan di rumah! Buka minda anda dan nikmati kehidupan anda di universiti.


KONKLUSI

Sejujurnya universiti merupakan tempat untuk kita 'discover' diri kita sendiri, mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri di samping menikmati kehidupan belajar. Putuskan apa sahaja yang ingin dilakukan hanya selepas difikirkan baik buruknya sesuatu perkara tersebut. YA realiti ini mungkin bukan perkara yang pahit jika kita sudah sedia dari mental dan fizikal. Dan YA realiti ini jugalah yang akan kita rindukan saat selepas kita sudah bergraduasi.

Selamat menempuh suasana belajar!

   

You Might Also Like

12 Comments

  1. memang realitinya. :D
    paling2 part duit dan homesick hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, tengah cuba atasi rasa homesick ni :'D

      Delete
  2. Teringat zaman2 kat politeknik dulu.. Memang seronok giler kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman belajarlah benda paling seronok. Huhuhu.

      Delete
  3. Ok, artikel ni menarik aku dan mengimbau aku tentang kenangan lama aku zaman univesti... homesick dah memang wajibb tapi aku dah biasa sebab dari kecik dah duduk asrama tapi still ada homesick..
    1. nak tambah kenalan plak berawak saya euwww. hahahah firstt kan dah lama aku ko terus. haha
    2. Nak pergi makan pun pening krang ajak pergi sini kata dah jemu plak. hahaha.
    3. stress tengok kawan study... kita pun rasa macam nak study tapi takde mood. hahaha
    4. assignment buat last minit...
    dan banyak lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati dah sador dari rasa homesick sebab dah terbiasakan.
      Yess! nak mulakan perkenalan tu akan jadi agak awkward tapi bila dah lama-lama baru dapat sesuaikan diri... Buat assignment last minit tu biasaa HAHAHA :D

      Delete
  4. Assignment last minute..haha:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh kerap sangat buat. Nanti stress overload. Sekali sekala tak apa. HAHAHA.

      Delete
  5. I just love how beautiful yr blog is ! I mean the writing style etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for admiring. It's a pleasure to have you reading my blog. I appreciate it very much!

      Delete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

TEST 1

Ping!