Chem-E-Car UMP

5:32 PM

Rasa excited dan tak sabar bila mula-mula senior tahun tiga ajak join team diorang untuk masuk pertandingan Chem-E-Car. Gila tak seronok? Mestilah sebab dari awal masuk belajar lagi dah rancang untuk jadi aktif dekat universiti. Kononnyalah, tapi asal ada majlis briged siswa pungkoq berat nak turun pergi. LOL.


Chem-E-Car?


Apa itu Chem-E-Car?
Chem-E-Car ni merupakan pertandingan yang menguji kreativiti kita berfikir untuk gerakkan kereta tanpa gunakan bateri. Jangan ingat kereta Toyota Vios ke Alphard pulak ehh tapi cuma kereta control bebudakk tu. Kita kena rancang satu tindak balas kimia yang mampu menjana kuasa elektrik untuk gerakkan kereta control. Menarikkan?


Tindak Balas Kimia yang Digunakan?

Setiap kumpulan hanya diberikan masa satu bulan untuk rancang dan sediakan apa-apa sahaja yang boleh gerakkan kereta kontrol kumpulan masing-masing. Dalam masa sebulan yang pihak penganjur bagi tu bukan kami guna sepenuhnya pun biasalah students sibuk dengan assignments, quizzes lagi-lagi tests, nak bincang pasal Chem-E-Car pun terpaksalah curi-curi masa. Haa kereta kontrol ni kita sediakan sendiri nak buat sendiri pun boleh tapi tak rajinlah nak buat, nak senang beli terus je dekat pasar raya. So, kumpulan kami ada beberapa rancangan atau plan yang akan kami guna pakai, antaranya:

1) Activated Carbon + Salt Water
2) Voltaic Cell (Aluminium / Zinc plate)


Tindak Balas Kimia yang Dipilih?

Lepas dah beli activated carbon yang mahal melampau tu (taklah mahal sangat RM11 je dekat hardware), dan dah cuba ikut satu-satu cara yang ada untuk hasilkan elektrik daripada activated carbon tuuu taraaaa! 

Habuk pun tak ada. 

Kalau korang guna benda ni berhasil jangan segan-segan nak share ok!


Buat penat perabes duit beli je! So kami cuba plan kedua yanggg memanggg menjadi tapi kena buat beberapa pengubahsuaian.

Pengubahsuaian yang dibuat:
1) Tambah bilangan metal plate kepada 20 (10 Aluminium + 10 Zinc) untuk hasilkan Volt yang besar
2) Balut metal plate dengan tissue untuk lambatkan pergerakkan ion
3) Gunakan CuSO4 solution sebagai electrolyte ( as a medium for the movement of ions)


Cara Hentikan Pergerakkan Kereta?

Bukan senang nak fikir cara untuk gerakkan kereta yang menjadi! Sekarang bila kereta dah gerak laju macam mana pulak kita nak hentikan? Mesti ada Stopping Mechanism! Fikir punya fikir kami cadang untuk gunakan magnesium strip yang kami sambung secara litar menggunakan crocodile clips dengan susunan plate yang dijadikan sumber elektrik mengantikan bateri. Magnesium strip tu kami rendamkan dalam sulphuric acid (H2SO4) bila mana magnesium strip terputus maknanya litar kami pun akan terputus, jadi takkan ada elektrik yang terhasil dan kereta pun terhenti, mudah!
  

Malam Sebelum Pertandingan

Lepas dah rasa seronok melonjak-lonjak kereta kami dah bergerak tiba-tiba malam tu merajuk pulakkk. Siapa yang merajuk? Kereta kami! Langsung tak bergerak, dah dua plates terbazir. Puas dah macam-macam jampi baca tetap tak bergerak! Mulalah risau, matilah esok dahlah nak bertanding. Kalau kereta tak bergerak sia-sia usaha sebelum ni stay up dari petang sampai 11 malam dekat lab. Duit pun dah banyak labur. Tambah bila tengok kereta kumpulan lain lebih-lebih lagi kumpulan students Chinese yang guna reaction yang lebih advance kot lagi tambah stress.


Miracle

Bila hari pertandingan kami terus test run untuk cuba kali terakhir pastikan kereta kami bergerak. Stress gila bila semalam langsung kereta tak bergerak! Alhamdulillah entah macam mana kereta bergerak macam sebelum ni. Bersyukur sangat sebab dah last minute!


Pertandingan

Ada dua kategori yang dipertandingkan kali ni, iaitu:
1) Jarak 8 meter, bola golf terletak di 4 meter
2) Jarak 4 meter, bola golf terletak di 2 meter

Setiap kumpulan akan dikira qualified sekiranya kereta berhenti sebelum had jarak dan sekiranya kereta melanggar bola dan masuk ke dalam gol akan diberikan markah tambahan.

Untuk kategori pertama kumpulan kami ada masalah teknikal bila tayar kereta longgar dan bergerak keluar dari trek! Sedihhh, terus dikira sebagai disqualified. Untuk kategori kedua pulak paling dramatik bila kereta kami langsung tak bergerak dengan masa persediaan 3 minit yang diperuntukkan dah tinggal 40 saat untuk kereta dilepaskan. Penonton masa tu yang kebanyakkan peserta Chem-E-Car dengan students PSM mula bersorak. Tekanan gila! Last-last kereta bergerakkk dan disebabkan masa tak cukup untuk tunggu sulfurik asid hakis magnesium strip untuk stopping mechanism terpaksa lepaskan jugak! Dan macam yang dijangka kereta kami melebihi had 4 meter meskipun melanggar bola golf.


Kesimpulan

Memang pertandingan yang paling menarik pernah aku sertai lebih-lebih lagi dapat bekerjasama dengan senior tahun dua dan tahun tiga. Yang pastinya tahun depan aku nak cuba lagi, mana tahu kot-kot menang boleh pergi peringkat kebangsaan. LOL!


Antara gambar-gambar di hari pertandingan:





Tak sempat nak tangkap banyak banyak. Ni je yang sempat tangkap T.T 


You Might Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

TEST 1

Ping!