Macam Ni Ke Anak Malaysia?

3:03 PM



After a week of orientation, I finally got to treat myself. Guess what? Yes! I went for a movie. Oops! not a movie but movies. Okay stop-lah cakap Bahasa Inggeris kalau salah situ sini nanti kena bahan. 

Sepanjang dekat tempat baru ni dah dua movies aku layan; Hitman dengan The Maze Runner : Scorch Trial. Kedua-duanya aku tengok dekat common place untuk budak-budak bercinta, asrama penuh, teknik, hipster
dan macam-macam lagi dekat Kuantan berkerumun. Tahu apa? Tak lain tak bukan tentulah East Coast Mall. Tapi itu bukan yang aku nak diskusikan walaupun aku menyirap dengan Teresa yang menyebabkan Minho kena tangkap. Aku yakin ramai gegadis frust pasal benda ni. Okay baik aku berhenti cerita pasal benda ni lelaju nanti makin melalut kelaut perginya.


16 September 2015: HARI MALAYSIA

Tak terluput lagi dari ingatan jadi tak terlambat lagi rasanya kalau aku nak ucap Selamat Hari Malaysia dan Hari Merdeka untuk semua marhaen di Malaysia.

Dalam bulan-bulan kemerdekaan kebiasaannya panggung wayang dekat Malaysia ni akan buat satu slot iaitu nyanyian lagu Negaraku sebelum cerita mula selain terpaksa menunggu lebih kurang 15 minit untuk iklan-iklan entah apa-apa ditayangkan. Haa biasanya aku akan tonton iklan tu sampai habis, tak akan ada satu iklan pun yang akan aku terlepas. HAHAHA sebab aku pikir iklan tu pun aku bayar untuk tengok so tak nak membazir duit yang dah aku laburkan. Wajib tonton!


Jadi apa masalahnya???

Apa kaitannya dengan tajuk post aku kali ni yang agak sinis?

Bila tiba panggung wayang minta hadirin untuk bangun menyanyikan lagu Negaraku hampir separuh yang buat endah tak endah. Tentu-tentulah dari bangku sekolah rendah bahkan di tadika lagi kita diajar untuk bangun berdiri menyanyikan lagu kebangsaan kita sebagai menunjukkan tanda hormat, mengenang jasa-jasa nenek moyang kita perjuangkan kemerdekaan demi kebebasan kita hari ini.


Biadap dan kurang ajar! 

Bukan setakat tak berdiri bahkan ada yang tergelak-gelak kecil sambil asyik berderupp-derapp kunyah popcorn. Nasib tak mati tercekik popcorn tu! Haihh. Memang sangat menyakitkan hati bila ingat balik. 

Hello, this is your country too and please have some respect to OUR national anthem. 

Apa yang aku tak faham bila timbul soal ketidaksamarataan, isu itu isu ini bukan main komplen tapi benda paling basic pun tak tahu nak hormat. Bukan nak kata apa tapi realiti dan memalukan! Even foreigners pun berdiri hormat lagu kebangsaan kita. Tapi kita? Seronok kunyah popcorn.

Wajar ke tidak untuk gelarkan diri kita sebagai Malaysian? Lepastu masih lagi nak demand itu ini?

Lu pikirlah sendiri!
   

You Might Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!