Belajar dan Shopping Juga Spek Baru

12:16 AM

Dah tak lama masa yang tinggal nak diluangkan dekat rumah. Dua hari lagi dah kena pergi mendaftar sambung belajar. Segala tok nenek dokumen dah hampir aku lengkapkan. Tinggal beberapa lagi yang perlu aku siapkan. Alhamdulillah dah mula rasa lega. Lega tak menghadap buffering loading web ptptn. Dah berlori rasanya carutan
aku keluarkan masa uruskan form online ptptn tu. Ini semua salah na...! Oppss terover pulak. 

Dan sekarang yang paling terakhir aku nak buat tak lain tak bukan:

shopping!!!

Yeayyy!

Shoppinglah benda yang paling best dan menyeronokkan. Bagi akulah menyeronokkan bagi orang lain aku tak nak tahu. Shopping hanya akan jadi best bila wallet kita berkepuk. Tapi kali ni dah tak nak shopping baju. Dah banyak sangat baju yang aku ada. Banyak dia sampai cukup nak balut baju-baju kakak-kakak yang tak cukup kain dekat uptown tu. So memandangkan duit pun tak berapa nak ada kita shopping mana yang perlu je.


Shopping toiletries dan makanan!

Bila kita kaitkan makanan dengan student benda biasa yang kita tahu mestilah Maggi. Hm rasanya aku akan perabes banyak dalam memborong Maggi. Biasalah bila dah malam-malam buta lepas dah perah otak study mesti rasa kebulor. Dan dah nama pun Instant Noodles jadi Maggilah pilihan utama. Mudah dan cepat lagi enak! Selain tu biskut pun jadi peneman aku waktu study lebih-lebih lagi biskut Lexus aummm sangat. 

Achievement Unlocked

Ohh bercakap tentang makanan ni ingatkan aku tentang benda paling rare terjadi dalam hidup aku. Kira ni macam first achievement yang aku capai sepanjang 19 tahun hidup. Aku dah ada satu spare tayar dekat perut! Sangat aku tak percaya, lepas berkali-kali aku cubit bahagian perut tetap aku tak percaya. Untuk kesahihan aku panggil sorang dua mangsa-mangsa yang tak mahu dikenali untuk cuba. Dan terbuktiii!!! POSITIVE!

HAHAHA tapi jangan risau, dekat kampus nanti akan banyak berjalan dari fakulti ke fakulti. Dan yang paling penting makan minum tak teratur. Makan bila perlu. Gerenti hilang spare tayar dekat perut aku tu. Sebelum sempat nak membiak jadi dua lagi aku akan hilangkan! Bahayaaa kalau dibiarkan nanti jadi sebati macam saka jugakk aku kategorikan. Tak gitu?

Lepas habis asasi aku dah lama tak pakai spek. Spek dah patah gara-gara anak buah. So adalah dalam dua tiga bulan jugak aku jadi buta. Tak nampak apa-apa benda yang jauh dari mata. Tapi ada jugak benda positif bila tak nampak ni. Confidence level aku naik mencanak hingga ke 200% dari paras normal!!! Kenapa? Sebab tak nampak muka-muka orang yang pandang aku.


SPEK BAHARU


Bila dah nak sambung belajar ni nak tak nak terpaksa buat spek baru. Benda paling yang aku terkejut bila power mata aku naik menggila. Ni mesti sebab dah lama tak pakai spek ni. Lagipun aku jenis yang tak sedorrr diri tu rabun tapi still degil tak nak pakai spek. Dekat PALAM dulu pun pakai masa kelas je.


Power Mata


KIRI : 300

KANAN : 325

Sesiapa yang ada tips atau petua berkaitan yang boleh turunkan power serta memulihkan mata aku seperti sedia kala apa kata share kat ruangan komen ni atau pun buat entry khas dan tinggalkan link entry korang dekat sini. Senang sikit aku nak terjah!


Terima Kasih.





  

You Might Also Like

4 Comments

  1. hahahahhahhaa............penulisan entry sgt sempoi dan kelakar walaupon blogger baru......btul k x nih blogger bru?hohoohohohh ......apa apa pon , selamat sambung belajar....wish me luck to..salam dr UUM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, salam dari Pahang. Baru setahun jadi blogger. Nak kata baru tu memang barulah banyak benda lagi kena belajar pasal berblogging ni. Apa-apapun terima kasih singgah dan selamat belajar jugak!

      Delete
  2. faham sangat part isi ptptn on9 tu, hahahaha, memang kena bukak balik semua benda borang2/sijil2. tu belum lagi uruskan ptptn nanti. :D

    BV pun jarang guna spek, guna bila perlu je. :3
    tips maybe makan banyak carrot n tomato kot. hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah cuba praktikkan makan carrot dengan tomato banyak-banyak. Harap mata ni pulih semula. Thanks for the tips BV :D

      Delete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!