8 #TipsMasukU Versi Seram!

5:53 PM




Tips Pertama: Bergaul dengan pekerja di universiti.

Rajinkan diri bersembang dan bercampur dengan pak guard dan mak cik tukang sapu. Mereka banyak tahu "rahsia" kolej dan kampus. Pak guard boleh buka cerita tentang suara orang menangis dan menjerit malam-malam pukul 3 pagi. Dia tahu bilik mana ada
budak bunuh diri. Mak cik tukang sapu pula tahu bahagian koridor mana ada budak kena histeria dan lompat dari tingkat tiga, jatuh bawah sampai kepala bersepai. Dia tahu. Lepas tu dia tahu dekat ampaian mana budak-budak biasa nampak langsuir bergayut bila sidai baju pukul 3 pagi.


Tips Kedua: Pemilihan katil

Bila dapat bilik elakkan daripada pilih kati berdekatan dengan tingkap. Bila tutup, rasa lemas. Bila bukak malam-malam rasa seram. Tingkap menghadap koridor bahaya sebab malam-malam dengar bunyi selipar diseret. Bila dengar betul-betul ada bunyi "Karipap! Karipap!" Mak cik Karipap biasanya datang lepas pukul 3 pagi waktu kolej dah sunyi dan gelap. Yang masih belum tidur, sibuk basuh baju dekat toilet hujung dan ada jugak yang sibuk study pakai walkman, tak perasan Mak cik Karipap duduk jenguk dari luar tingkap. Siapa Mak cik Karipap? Tak ada siapa yang tahu. Cuba tanya senior yang pernah nampak kata Mak cik Karipap bongkok macam nenek kebayan, pakai tudung. Muka tak nampak. Di lengannya ada bakul rotan berisi batu nisan. Kalau ditegur di sebalik tingkap "Dik, nak karipap?" Jawablah "Tak nak". Selagi tidak dijawab, takut pula Mak cik Karipap tadi masuk dan tunggu di hujung katil. Ramai dah terkena. Ingat ungkapan keramat ni: "tak nak!"


Tips Ketiga: Pastikan rakan sudah masuk tidur

Kalau dapat kati double decker, pastikan tahu bila rakan yang tidur di atas atau di bawah sudah masuk tidur. Nak tahu kenapa? Banyak kes terjadi bila kita tidur jam 11 malam bila member belum balik, jam 3 pagi kita dengar dia balik dan panjat katil dalam gelap. Kita tahu member kita tengah tidur seb spring katil dekat atas bergerak-gerak dalam gelap. Lepas tu kita dapat Whatsapp dari member: " Bro, aku study McD dengan geng malam ni. Esok ada kuiz. Ko jangan kunci pintu". Kita rasa menggelupur dan nak menjerit dalam gelap. Kisah benar! Pernah terjadi! Beringat sebelum kena, katil double decker memang selalu ada kisah mistik.



Tips Keempat: Bila member balik kampung

Kalau rakan sebilik semua balik kampung dan kolej kamu hanya ada dua tiga kerat yang tak balik, jangan ambil risiko. Dulu ada kes budak yang tak balik kampung sebab malas naik bas berjam-jam. Lagipun ada member bilik atas yang tak balik.Malam itu waktu dia tidur, dia dengar budak bilik atas seret meja pukul 3 pagi. Bengang, dia pun naik atas - tapi dia tengok level tu gelap. Rupanya hanya dia yang tak balik. Takut punya pasal, dia tidur kat pondok Pak Guard sampai Subuh. Ingat tu, jangan tak balik kampung.   


Tips Kelima: Bila ingin ke tandas

Kalau rasa nak buang air kecil atau air besar, buang lah sebelum tidur. Rumit kalau rasa nak terkucil pukul 3 pagi. Toilet nun di hujung koridor. Bila sampai sana, tolak pintu, tutup, lepaskan hajat. Tapi bukan toilet kolejlah kalau tak ada kisah seram. Pernah dengar cerita student pergi kencing pukul 3 pagi dan ghaib? Hilang. Lesap. Macam ditelan bumi. Sebulan cari tak jumpa. Malam tu, ada student tengah berus gigi dalam toilet pukul 11 malam. Bila dia tadah air dalam gelas nak berkumur, segumpal rambut keluar. Bila disiasat, rupanya budak yang hilang sebulan yang lepas ada dalam tangki air toilet tu. Tak ada siapa yang tahu macam mana dia masuk dalam tangki. Mayat dah kembung dan perut dah pecah. Selama sebulan, students lain di level tu dah mandi air mayat... dan makan maggi perisa air mayat. Hati-hati bila ke toilet ya. Itu mungkin kali terakhir kamu ke toilet sebelum hilang.


Tips Keenam: Timing membasuh baju

 Elakkan daripada membasuh pakaian selepas pukul 12 malam. Pernah dengar kisah budak nampak "benda tu" tergantung dekat ampaian? Lepas habis perah baju, dia nak sidai kat ampaian tingkat 4. Level dia dah gelap. Semua dah tidur. Tapi dia suka basuh baju waktu malam. Waktu dia nak sidai baju di tingkat 4, dia nampak di hujung ampaian ada bantal bolster yang digantung. Dia tak ambil pusing sangat.Tapi dia perasan "bantal" tu berhayun-hayun. Bila ditengok betul-betul, rupanya pocong tergantung di ampaian. Ingat tu! Hati-hati ya!


Tips Ketujuh: Sejarah bilik

Sesetengah bilik ada "sejarah" tersendiri. Kadangkala sejarah hitam bilik sengaja didiamkan oleh pihak kolej. Pernah dengar kisah student dapat bilik tempat bunuh diri?Malam itu dia tidur seorang sebab member balik kampung. Nak jadikan cerita, pukul 3 pagi bekalan eletrik terputus. Kipas terpadam. Lampu koridor pun tak ada. Gelap gelita. Tapi dia dengar sesuatu. Bunyi kreok kreok kreok dalam gelap. Bunyi bilah kipas siling bergerak. Tapi eletrik tak ada. Dia ambil henfon tepi bantal. Suluh pakai skrin. Tahu apa yang dia nampak? Badan seorang lelaki dewasa tergantung dari kipas dengan seutas tali pinggang. Berpusing... Berpusing... Mata terbeliak dan lidah terjelir. Bunuh diri dek patah hati. Tindakan bodoh. Dan yang paling bodoh, tak ada siapa akan beritahu kita. Setiap bilik di kolej perlu diisi. Kalau ada yang tahu bilik tu pernah ada orang bunuh diri, ada ke orang nak duduk situ? Common sense. Cara nak atasi bilik pernah jadi lokasi bunuh diri?Jangan tinggal solat. Banyakkan baca ayat-ayat suci. Dengar CD Hafiz Hamidun pun ok.


Tips Kelapan: Jangan kutip selimut

Kalau selimut asyik terjatuh atas lantai pukul 3 pagi, jangan dikutip. Biarkan. Kenapa? Tak pernah dengar cerita? Ada student ni perasan selimut asyik terjatuh atas lantai. Mula-mula jam 1 pagi. Lepas tu 1:45. Lepas tu 3:15. Dia tidur sorang malam tu. Katil sebelah kosong sebab member balik kampung. Bila selimut "hilang" sekali lagi jam 3:30 pagi, dia tengok di hujung kaki. Tak ada. Selimut tak ada atas lantai. Dia hairan. Bilik tidur samar-samar sebab ada cahaya dari luar. Dia cuba intai bawah katil. Pun tak ada. Mana selimut dia? Sambil baring di atas lengan kanan, dia pandang katil sebelah. Selimutnya ada di sebelah.Tapi ada "benda" berselubung. Seolah-olah berkapan dari hujung kepala sampai ke hujung kaki.Sampai ke pagi dia tak boleh tidur.


THE END



Cliche betul pukul 3 pagi dengan balik kampung tu, apa-apa pun selamat menyambung pelajaran dan jaga diri baik-baik ya semua para mahasiswa dan mahasiswi semua!

sekadar jenaka
Ihsan Group Whatsapp!



You Might Also Like

6 Comments

  1. Huargh!!!!! Seramnya!!!!!
    Pastu boleh pulak nak baca samapi habis.....huhuhuh
    InsyaAllah semua okay.....
    Fuhh, tenangkan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seram harap benda-benda ni tak adalah dekat hostel nanti hahahaha xD

      Delete
  2. Hahahaha...Cerita Makcik Karipap sgt legend!

    Miss my uni days =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup masa belajar di universitilah antara kenangan manis dalam hidup kita :)

      Delete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!