Rosmoh: Perempuan Puaka

9:13 PM

Buku Apa Je?




Rosmah Perempuan Puaka - Naufal Tarmizi
LEJEN PRESS




Sinopsis Dari Kulit Buku:

Bagi Rosmah, tohmahan sebagai dalang bagi kematian demi kematian di kampung itu ibarat bernafas di hujung tali gantung. Keadaan bertambah buruk apabila anak gadis Shahrizat si mulut celupar turut menjadi mangsa. Mereka jadi gila. Semua jadi histeria. Apabila seluruh penduduk kampung mengecam keras Rosmah yang baru berhijrah dan mengenakan purdah, bapanya naik amuk. Namun, misteri tetap gagal dirungkai. Hantu wanita berpurdah terus menjadikan anak dara sebagai korban. Siapakah wanita berpurdah itu? Siapa sebenarnya Rosmah?

Ulasan:

Penulis memilih cara penulisan berbeza dari novel-novel yang pernah aku baca, monolog setiap watak dan disertakan sedikit dialog. Jalan ceritanya macam biasalah ada persoalan bila mana Rosmah yang dari freehair terus berhijrah untuk berpurdah. Rosmah berpurdah semata-mata untuk melindungi mukanya yang dibahagian hidung sehingga ke dagu dipenuhi dengan bintik-bintik nanah yang besar, siap ada lecuran yang berulat kesan dari pantang susuk yang diambil dari Bomoh Surya yang dilanggarnya dengan melihat cermin. Pada masa yang sama, Felda Gunung Perawan iaitu tempat Rosmah sekeluarga tinggal sedang heboh tentang kes-kes Hantu Purdah yang banyak membunuh dara-dara perawan dan ini menimbulkan syak wasangka ke pada penduduk Felda yang menyangkakan bahawa Rosmah adalah Hantu Purdah tersebut. Namun, hal ini dinafikan oleh Siak Ali, bapa kepada Rosmah. Adik bongsu Rosmah, Ramona yang bersedih atas kematian kawan baiknya sejak kecil, Yaya termakan dengan kata-kata seorang lagi kawan baiknya iaitu Zara untuk menyiasat sama ada Rosmah itu adalah Hantu Purdah yang heboh diperkatakan. Apakah nasib yang bakal diterima oleh Rosmah? Siapakah sebenarnya yang merupakan Hantu Purdah yang heboh diperkatakan oleh penduduk Felda Gunung Perawan? Keseluruhannya, novel ini sangat menarik untuk dibaca dengan persoalan yang sering ditimbulkan membuatkan kita merasa ingin tahu dan teruskan pembacaan. Seram ke tak? Seramlah jugak dibantu dengan cara penulisan yang kreatif! Aku baca buku ni semalaman je sebab tak sabar nak tahu lepas ni jadi apa lepas tu jadi apa, tak rugi baca!

Rating: 4/5

You Might Also Like

1 Comments

  1. Hohoho... baca review nie jer dah buat semangat x keruan..
    Masuk nie dalam list.. hohoho..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!