PERBEZAAN ASASI SAINS HAYAT DAN ASASI SAINS TULEN

5:44 AM

Assalamualaikum, sekarang ni masih heboh lagi bila pelajar lepasan SPM 2014 dapat tawaran belajar. Tahniah-tahniah HAHAHA. Soalan-soalan cliche mulalah keluar dari mana-mana mulut, kau dapat dekat mana? Sambung belajar dekat mana? Macam-macamlah soalan yang lebih kurang yang ditanya.

Berkaitan dalam post sebelum ni iaitu asasi UiTM, ada orang kemukakan soalan berkenaan asasi sains tulen dan asasi sains hayat dan maaf atas kesilapan maklumat yang disampaikan. So, lepas rujuk beberapa orang barulah dapat maklumat yang sebenar. Benar ke? Kalau ada tersalah boleh betulkan saya :'D 

Asasi sains di UiTM ialah asasi sains tulen dan bukannya asasi sains hayat yang kalau sebelum ini saya katakan keduanya adalah sama. Tidak sama sebenarnya, ada beberapa perbezaan.

Perbezaan yang utama sekali adalah mata pelajaran, kalau pelajar asasi sains hayat mereka cuma belajar mata pelajaran yang sama macam pelajar asasi sains tulen kecuali subjek fizik ataupun sains komputer. So kiranya budak-budak sains hayat tak bolehlah masuk core engineering yang physical. Untuk pelajar asasi sains tulen masih terbuka lagi pilihan mereka.

Peluang untuk ke degree pulak macam mana? Agak berbeza sedikit kursus yang dibolehkan untuk sains hayat dan sains tulen. Nak senang dan nak mudah nampak kursus mana yang boleh korang mohon berdasarkan jenis asasi korang, boleh tengok dekat E-Panduan UPU. Kalau ditengokkan pada setiap kursus, pelajar asasi sains tulen tak ada masalah boleh apply kebanyakan dari kursus yang ada, untuk pelajar asasi sains hayat pulak hanya sesetengah kursus sahaja.

Harap apa yang disampaikan dapat hilangkan kekeliruan mengenai kedua jenis asasi ini, asasi sains hayat dan asasi sains tulen. Tahniah sekali lagi pada semua lepasan SPM 2014 yang berpeluang menyambung pelajaran dan buat yang kurang bernasib baik tu bolehlah buat rayuan atau cuba mohon di mana-mana IPTS sebab InshaAllah rezeki Tuhan itu ada di mana-mana jangan pernah berputus asa ye. 

Jika terdapat sebarang soalan bolehlah diutarakan, kalau terdapat sebarang kesalahan maklumat di entri ni pun boleh bantu saya betulkan. Terima Kasih, harap membantu :D  

You Might Also Like

2 Comments

  1. asasi sains , asasi perubatan ,asasi sains hayat semua ni bukan just medic je kan ? if nk ambik farmasi or else yg ada kaitan dengan sains boleh jugak through one of those asasi kan ?

    ReplyDelete
  2. Kalau dapat asasi sains ni tpi nak tukar ke asasi kejuruteraan/sains fizikal boleh x masa pendaftaran nnti ?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!