ASASI UiTM : Korang Tanya, Abang Jawab :) (UPDATED)

10:28 AM

Jawapan bagi soalan berkenaan program asasi di UiTM.

Soalan :

"Assalamualaikum abang, ada lah tadi singgah di blog psl uitm tu hahahaha. berapa purata mahasiswa bagi Asasi sains bagi setiap sesi ? mcm abang 2014/2015 kan, berapa orang batch abang ? terima kasih :)" 

Jawapan :

"Waalaikumusalam dik, berkaitan dengan purata mahasiswa dengan mahasiswi di asasi UiTM untuk setiap sesi biasanya bergantung pada kursus. Bagi asasi sains kelas ada 70 masa batch abang, setiap kelas ada dalam maksimum 35 orang dan lelaki sikit berapa kerat je adalah dalam 9 orang untuk setiap kelas. Untuk asasi kejuruteraan pulak terbalik, kelas sikit je, berapa tu tak ingat hahaha. Ikut bilangan pelajar pulak biasalah lelaki lagi ramai dalam asasi kejuruteraan, perempuan pun dalam 9 orang untuk satu kelas. Masa batch abang jumlah pelajar asasi saje dah nak cecah 3000 orang, ramai sangat. Okay, harap menjawab persoalan adik :) btw tahniah dapat asasi uitm."
Sebarang soalan berkaitan yang di hantar melalu email justsyakier96@gmail.com akan dibalas di sini, entri ini akan diupdate setiap hari. Terima Kasih. :)

Soalan:

"apa beza CGPA dengan UPU? Mana lagi penting?"

Jawapan:

"CGPA ada dua iaitu CGPA UiTM dan CGPA UPU. CGPA yang lagi penting ialah CGPA UPU yang akan diambil kira untuk permohonan UPU bagi degree nanti. So, kena betul-betul skor tiga subjek yang diambil kira iaitu Matematik wajib dan dua lagi subjek sains terbaik."

Soalan:

"Assalamualaikum. Sy dpt tawaran asasi law kat uitm. Kalau sy tertolak tawaran tu, apa sy perlu bt? Bleh tk sy bt rayuan utk 2nd intake?"

Jawapan:

"Waalaikumusalam, susah jugak situasi macam ni. Hmm apa yang boleh saya sarankan boleh terus call bahagian UPU, kalau nak lagi mudah buat rayuan untuk second intake, InshaAllah kalau ada rezeki. Harap membantu."

Soalan:

"Oh ya. Pasal bantuan kewangan asasi, duitnye dapat bile ye? Lepastu ape yg saya tau, masa pendaftaran nanti kena bawak slip pembayaran. Tapi kalau dapat bantuan kewangan asasi, pihak KPM bayarkan sekali yuran pengajian tu.. so, macam mana ye? Kalau pihak KPM bagi duit yuran pengajian tu selepas mendaftar nanti macam mane nak bayar yuran tu?"

Jawapan:

"Berkenaan bantuan kewangan tu biasanya lepas sebulan mula asasi baru dapat, yuran pengajian memang ditanggung oleh KPM tapi untuk kemasukan yang awal ni sebelum duit KPM diterima biasanya kita kena dulukan duit kita sendiri. Nanti kita dapat balik duit yang kita dulukan tu bila duit KPM dah masuk. Kalau adik ada masalah kewangan untuk buat pembayaran yuran boleh rujuk terus ke pusat asasi, hubungi mereka. Harap membantu :D"

Soalan:

"Assalamualaikum... sy lepasan spm 2014 dan dpt tawaran asasi sains di uitm... sy baca blog awak.. tq atas info2 yg bnyk mmbantu... sy mmg terima tawaran ke uitm tu... tapi subjek asasi sains bnyk ke kaitannya dgn sbjek pure science di sekolah menengah?? Bukannye ape.. klu bnyk ambil drpd sbjek di skolah menengah, sy nk buat persediaan sedikit... otak pun dah berkarat sejak habis spm tahun lepas... huhu.... nnti masuk takdelah blank.."

Jawapan:

"Waalaikumusalam, tahniah sebab dapat tawaran asasi di UiTM. Berkaitan subjek di asasi, silibus yang digunakan berbeza untuk setiap sesi. Boleh kata hampir setiap subjek ada kena mengena dengan subjek sains tulen di sekolah menengah tetapi perinciannya sedikit berbeza, contoh mungkin sesuatu subtopik masa SPM kita belajar lebih terperinci tetap di asasi tidak, dan sebaliknya. Contoh subjek fizik ada tambahan subtopik yang kita tak belajar pun di sekolah menengah, subjek lain pun sama jugak. So rasanya untuk buat persiapan tu baik jugak rasanya ataupun boleh minta dengan senior asasi UiTM untuk lecture notes sesi yang lepas-lepas untuk rujukan. Harap membantu :)"

Soalan:

"Assalamualaikum syakir! Saya ****(a girl okay!) and in sha Allah akan masuk UITM for asasi sains in maybe less than 1 month lagi *nangis* you baru habis asasi right? Congrats! just nak tanya kena ke bawak buku masa form five like biology? still berguna lagi ke? Thankyou :)"

Jawapan:

"Waalaikumusalam, Tahniah Iman (yer tahu awak perempuan xD) sebab dapat tawaran asasi UiTM. Ye baru habis asasi di UiTM, biasalah tu nak masuk nangis nanti keluar pun nangis jugak! Tapi saya tak nangis lah sebak sesikit tu ada. HAHAHA, okay berkaitan dengan buku rujukan semasa SPM tu perlu dibawak sekali ke tidak itu rasanya bergantung, nak bawak boleh tak nak bawak pun boleh sebab di asasi kita lebih bergantung pada lecture notes dan jugak buku-buku teks yang TEBAL-TEBAL dan tentunya lebih lebih terperinci berbanding buku rujukan SPM. Contohnya biology, dari tak faham dan lepas baca buku teks InshaAllah boleh faham. Harap membantu! :D"

You Might Also Like

17 Comments

  1. ex-palam-ian 96? Wahh.. Sama!

    ReplyDelete
  2. Ada contact budak Engineering tak? Nak tanya specs yang perlu untuk Engineering..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh terus tanya dekat tuan punya blog, mohsuhaimi95.blogspot.com inshAllah dia boleh bantu :D

      Delete
  3. Ada contact budak Engineering tak? Nak tanya specs laptop apa yang perlu untuk Engineering.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum . nak tanya kalau saya dah ade buku teks asasi (kakak saya punya ) saya kene beli lagi ke buku ni semua atau takyah and guna je buku kakak saya tu ?

    masa mds kan . siswi kene pakai baju apa sepanjang mds tu ? baju kurung je tshirt ?

    mohon penjelasan . saya daftar 2 jun ni nerves pulak hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, berkaitan buku teks tu memang digalakkan untuk beli terutama sesetengah subjek ada yang kuiz dan assignment kena buat online, so setiap buku ada kod khas untuk daftar bagi jawab kuiz online tu nanti. So memandangkan dah sedia ada buku kakak tu guna je, untuk subjek yang ada kod khas tu nak tak nak kena lah beli. Wajib!

      Untuk siswi rasanya sepanjang MDS pakai tshirt. Untuk majlis penutupan pakai baju kurung putih kain hitam, tudung diorang bagi :D

      Harap membantu!

      Delete
  5. bang , nak tanya kalau kita ambik course ni,nnti time degree sesuai tak kalau nak ambik architecture ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rasanya kalau nak beralih ke architecture tapi kenapa tak terus mohon Architecture UiTM terus? Dia program degree terus untuk architecture, program untuk lima tahun. Taklah buang masa setahun di asasi :D

      Delete
  6. Salam. Results spm saya tak lepas nak masuk asasi sains, tapi kalau saya buat rayuan possible ke untuk dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, yang tu bergantung pada rezeki. Jangan risau matrikulasi masih ada.

      Delete
  7. Assalamualaikum..boleh saya tahu lebih detail tentang pengajaran n pembelajaran bagi asasi saians uitm...dari pandangan yang pernah saya dengar kurang menyenangkan...pandangan tentang senior2 asasi sains tak faham ape yang mereka belajar..semua lnye blur...asasi sains uitm x bagus macam asasi u lain...mohon pencerahan..terima kasih...sebarang kesulitan amat dikesali..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..boleh saya tahu lebih detail tentang pengajaran n pembelajaran bagi asasi saians uitm...dari pandangan yang pernah saya dengar kurang menyenangkan...pandangan tentang senior2 asasi sains tak faham ape yang mereka belajar..semua lnye blur...asasi sains uitm x bagus macam asasi u lain...mohon pencerahan..terima kasih...sebarang kesulitan amat dikesali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, peneyelesaian bagi kes kes tak faham macam ni adalah bergantung kepada usaha awak sendiri, kalau ada apa apa yang tak faham berkaitan semasa kuliah rajin rajinkan diri bertanya dengan pensyarah di bilik mereka dan tutorial jangan pernah tak buat. Pensyarah asasi memang sangat baik dan mereka sangat membantu. Rugi tak gunakan mereka (hanya untuk dapatakan ilmulahh) :)

      Delete
  9. Tahukah anda bahawa CGPA UPU cuma diguna pakai selepas semakan fasa kedua permohonan UPU dan pada semakan fasa pertama CGPA semesta 1 sahaja yang diguna pakai untuk panggilan temuduga, sekiranya keputusan CGPA anda pada semesta 1 tidak bagus maka peluang anda untuk ditemuduga adalah tipis walaupun CGPA UPU anda tinggi. Sekiranya Pihak IPTA yang anda pohon, menyemak status CGPA anda pada fasa 1 permohonan, mereka akan dapati CGPA anda adalah CGPA semester 1 (tetapi mereka sangka CGPA tersebut adalah CGPA UPU) dan ini memberi kesan kepada masa depan anda.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum, nak tanya apa key word untuk di search eh kat google kalau nak cari soalan past years or soalan topikal untuk asasi sains?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum abg saya dapat uitm untuk second intake , hari ni tahu result lusa dah kena daftar . Apa yang patut kena prepare dulu 'selain dari bayar yuran hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

TEST 1

Ping!