Apa Kaitan Lelaki Dengan Istilah Metroseksual Dan Spornoseksual?

2:23 PM

Sedang selak-selak Instagram dengan tujuan nak lihat foto-foto terbaru senyuman manja makwe-makwe tiba-tiba terpandangkan pulak gambar kawan-kawan zaman sekolah dulu-dulu yang sekarang dah banyak berubah, makin ensyiem (hensem), sador, katang semua pun ada. Lepas dah habis feed aku tengok, pencarian gambar senyuman manja makwe di Instagram aku teruskan
di bahagian explore. Tentu-tentulah banyak gambar menarik yang aku jumpa dan ada jugak banyak gambar-gambar lelaki berotot atau sador menunjukkan dada bidang mereka, biceps berupa bantal, tak ketinggalan jugak six packs yang dah macam roti ban sweetie yang selalu aku beli dekat Babu (orang yang jual roti, keropok atas motor) masa kecik-kecik dulu.

Cuba teka berapa banyak kata ganda yang aku guna dalam perenggan atas ni? Kalau betul aku belanja choki choki sebatang. Hehe :D

Bukan satu kepelikan pun sebab aku rasa dah jadi trend. Dari pemerhatian aku, kebanyakan mereka ambil gambar yang menampakkan susuk badan tegap mereka berlatarkan bilik yang aku pasti gambar waktu sebelum tidur, belanja lah sikit followers kan ye dak? Ada jugak yang selfie di gym iaitu sebelum dan selepas mereka bersenam, kalau yang sebelum bersenam tu boleh terima lagi ini ada jugak yang selfie gambar mereka berpeluh-peluh melekit dan aku percaya makwe-makwe yang tekan butang hati di gambar mereka pun merasa lekit. HAHAHA no komen.

Apa itu Metroseksual dan Spornoseksual?

Bercakap tentang dua istilah ini iaitu Metroseksual dan Spornoseksual, apa persamaannya? Ya, lelaki. Kedua istilah ini adalah berkaitan lelaki dan hanya untuk lelaki. Apa benda pulak metroseksual dengan spornoseksual ni?

Metrosexual
A usually urban heterosexual male given to enhancing his personal appearance by fastidious grooming, beauty treatments and fashionable clothes.

Spornosexual
The new breed of metrosexual taking it to an extreme level of physical fitness to the point of obsession.

Faham ke idok? Macam ni lah nak senang, lelaki metroseksual ialah lelaki yang mengutamakan kekemasan tak kiralah dari segi penampilan, penjagaan muka dan macam-macam lagi. So memang tak peliklah kalau sekarang ni ada lelaki yang kulit lagi flawless daripada perempuan. Untuk spornoseksual pulak adalah gabung kata "sport" dan "porn". Lelaki spornoseksual ini semestinya berbadan sasa. Bila dah sasa mestilah nak tunjuk kan? Mereka lebih gemar menayangkan bentuk tubuh badan mereka yang mungkin mereka rasakan suatu kepuasan berbuat begitu dan tak salahlah kalau kita kata medium karib mereka ialah Instagram. Tak percaya? Boleh tengok sendiri :D

Spornoseksual tayang badan?
Perbezaan antara lelaki metroseksual dan spornoseksual ialah lelaki spornoseksual lebih cenderung kepada bentuk badan mereka bukan kepada apa yang mereka pakai di samping tetap menjaga kekemasan diri mereka. Mana tidak, tentu-tentu selfie tunjuk badan memang tak berbajulah kannn?

Spornoseksual di Malaysia.

Boleh kita katakan spornoseksual ni dah lama menular dalam kalangan lelaki di Malaysia, cuma istilah ini jarang kita gunakan. Positifnya baguslah bila ramai yang dah sedar kepentingan menjaga penampilan dan juga kesihatan terutamanya bagi lelaki. Pergi je mana-mana pasti kita nampak lelaki berbadan tegap. Masih ramai lagi lelaki yang sedang usaha mendapatkan bentuk badan yang menarik. Jangan putus asa bro!

Cuma soalnya kerana apa? Untuk diri sendiri? Untuk menangi hati makwe-makwe? Semua mereka punya sebab yang tersendiri.

Nota Kaki: Agak bila dah tepu Malaysia ni dengan lelaki sador, lelaki biasa-biasa macam aku ni ada chance tak nak menangi hati makwe?

You Might Also Like

1 Comments

  1. oK ney antara topik hangat melanda sakang..agaknye kalu denia x de intag or fb...durang bley tayang kat maner yeh..Lorong Haji Taib ke....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!